Masuk hari ni..dah 5 hari aku x update blog ni..xde idea laa..pastu ngn emosi x bape stabil ni..kejap ok..kejap x ok..nape laa ek..last week balik kg..sabtu pg aku balik ngn hubby dan adik bongsu aku..pastu ptg nye gi umh sedara..makan durian..manggis..rambutan..xmkn byk pun..kene berpada²...durian byk kolestrol dan kalori..serta gas..hehe..erm, ahad tu plak gi pekan sehari..tujuan asal nak cari ikan talapia..nak bawak balik putrajaya..beli laa 2 ekor..tp sampai hari ni lom sempat nak masak lg..keras je dlm peti ais..skrg ni dok sebuk packing² barang nak pindah ujung minggu ni..mlm kelmarin (28 Julai 2008)..aku gi P18, pasang langsir..tp senteng plak langsir tu..erm, bosan punye psal..terus balik umh..badan dah penat..mlm semlm plak (29 Julai 2008) packing² buku,majalah masuk dlm kotak..aduh! kotak je beso..tp xbleh masuk byk²..nnti x larat mau angkat..kejap je wat keje tu..pastu mata ngtk..aku pun tido laa..skrg ni badan cpt betul penat..nape tah..kurang stamina kot..ni pun rase ngtk je..ish ish..ok le..cukup le coretan aku..xde idea mau cite..
Wednesday, July 30, 2008
Friday, July 25, 2008
Kepentingan pengambilan sayur dan buah
KITA semua tahu bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan tubuh badan. Namun, berapa ramai daripada kita yang mengamalkan pengambilan dua bahan ini dalam pemakanan seharian malah ada juga yang tidak menyentuhnya langsung. Alasannya, sayur-sayuran dan buah-buahan ‘tiada rasa’ berbanding hidangan lain seperti nasi, daging, ayam dan makanan laut. Biarpun berkali-kali maklumat mengenai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran didedahkan, kesedaran tentangnya masih rendah di kalangan masyarakat kita. Puncanya mungkin daripada amalan pemakanan kita yang sekian lama kurang menitikberatkan pengambilan dua bahan ini. Menjadikan kita lebih selesa dengan ‘piramid’ makanan rekaan sendiri dan meminggirkan saranan oleh mereka yang pakar.
“Secara asasnya saya percaya kebanyakan penyakit berpunca daripada sel yang berfungsi secara tidak sempurna, disebabkan kekurangan nutrisi seperti vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan fitonutrien, sejenis bahan yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Ini ditambah pula dengan keracunan bahan kimia dan metal yang mempengaruhi aktiviti enzim seterusnya menjejaskan fungsi sel,” kata pakar perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan Pencegah Marin, California, Dr. Elson Haas. Beliau berkata demikian dalam satu bengkel kempen hidup sihat anjuran Elken Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut memperkenalkan produk Fitorac, keluaran syarikat tersebut. Dr. Haas yang menjurus kepada kepakaran perubatan nutrisi dan keluarga, serta detoksifikasi dan program kesihatan individu berkata, berdasarkan fakta rakyat Malaysia sememangnya tidak mengambil hidangan buah-
buahan segar dan sayur-sayuran yang betul iaitu antara tujuh hingga sembilan hidangan setiap hari terutama sayuran hijau. Katanya, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 menunjukkan secara purata 88.3 peratus rakyat Malaysia mengambil kurang daripada saranan harian pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Peratusan ini sangatlah rendah berbanding saranan Institut Kanser Kebangsaan yang mencadangkan pengambilannya sebanyak tujuh hingga 12 hidangan setiap hari bagi mengelak masalah kesihatan kronik. Statistik daripada Kementerian Kesihatan pula menyatakan satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko mendapat kanser dan perkara ini disebabkan kekurangan pengambilan sayur dan buah dalam diet mereka. Kata Dr. Haas yang pernah menulis tujuh buah buku mengenai kesihatan dan nutrisi, fitonutrien yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran terkenal kerana keupayaannya menggalakkan liang-liang kesihatan. Ia mengandungi bahan antioksidan kuat yang berkesan dalam menyeimbangkan radikal bebas, menggalakkan fungsi sel imunisasi dan menyuburkan pemulihan liang-liang rongga. “Jika kita menyeimbangkan sel dalam badan dengan mengambil makanan seperti apa yang badan perlukan, ia dapat mengelak toksin sebanyak yang mungkin. Bukankah ia mudah?” soalnya. Menurut beliau lagi, yang menjadi masalah di kebanyakan tempat ialah sikap individu yang gemar mengambil satu atau lebih bahagian gula, nikotin, alkohol, kafein dan bahan kimia dalam pengambilan makanan harian mereka. Seperti di Asia katanya, masyarakat di sini terlalu gemar kepada makanan dan minuman yang diproses. “Saya bersenam dan mencari makanan terbaik untuk menyeimbangkan kesihatan tubuh badan. "Pengambilan makanan tidak seimbang menyekat fungsi badan normal. Cara kita memasak makanan juga menyebabkan bahan berkhasiat yang terkandung di dalamnya hilang,” ujarnya. Beliau menyarankan buah-buahan dan sayur-sayuran dimakan mentah atau dibuat salad dan juga boleh dimasak dengan cara stim, panggang, rebus tetapi jangan terlebih masak. Jelas Dr. Haas lagi, pengambilan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya mengurangkan risiko berkaitan kanser termasuk menghalang sesetengah jenis kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes dan lain-lain penyakit kronik. “Kita perlu memastikan pengambilan sayur dan buah datangnya daripada lima jenis kumpulan warna berlainan iaitu merah, kuning-jingga, putih, hijau dan biru-ungu,” saran Dr. Haas. Fitonutrien berlainan katanya mempunyai fungsi pengoksidaan berbeza dalam sel kita, di mana lebih warna yang diambil, lagi tinggi tahap perlindungan yang kita peroleh. Jelas beliau, mengambil makanan yang kaya antioksidan memang baik untuk kesihatan. Namun, bagaimana kita menyukat kadar antioksidan yang terkandung dalam makanan? “Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen (ORAC) boleh menyukat kebolehan makanan untuk melawan radikal bebas. Kajian menunjukkan memakan makanan yang tinggi kandungan ORAC boleh meningkatkan kuasa antioksidan dalam darah manusia sebanyak 10 hingga 25 peratus,” tambah beliau. Sebagai penggantian kepada pengambilan sayur dan buah yang secukupnya, beliau turut menyarankan pengambilan suplemen yang mengandungi bahan fitonutrien yang terdapat di pasaran.
“Secara asasnya saya percaya kebanyakan penyakit berpunca daripada sel yang berfungsi secara tidak sempurna, disebabkan kekurangan nutrisi seperti vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan fitonutrien, sejenis bahan yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Ini ditambah pula dengan keracunan bahan kimia dan metal yang mempengaruhi aktiviti enzim seterusnya menjejaskan fungsi sel,” kata pakar perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan Pencegah Marin, California, Dr. Elson Haas. Beliau berkata demikian dalam satu bengkel kempen hidup sihat anjuran Elken Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, baru-baru ini yang turut memperkenalkan produk Fitorac, keluaran syarikat tersebut. Dr. Haas yang menjurus kepada kepakaran perubatan nutrisi dan keluarga, serta detoksifikasi dan program kesihatan individu berkata, berdasarkan fakta rakyat Malaysia sememangnya tidak mengambil hidangan buah-
buahan segar dan sayur-sayuran yang betul iaitu antara tujuh hingga sembilan hidangan setiap hari terutama sayuran hijau. Katanya, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2003 menunjukkan secara purata 88.3 peratus rakyat Malaysia mengambil kurang daripada saranan harian pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Peratusan ini sangatlah rendah berbanding saranan Institut Kanser Kebangsaan yang mencadangkan pengambilannya sebanyak tujuh hingga 12 hidangan setiap hari bagi mengelak masalah kesihatan kronik. Statistik daripada Kementerian Kesihatan pula menyatakan satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko mendapat kanser dan perkara ini disebabkan kekurangan pengambilan sayur dan buah dalam diet mereka. Kata Dr. Haas yang pernah menulis tujuh buah buku mengenai kesihatan dan nutrisi, fitonutrien yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran terkenal kerana keupayaannya menggalakkan liang-liang kesihatan. Ia mengandungi bahan antioksidan kuat yang berkesan dalam menyeimbangkan radikal bebas, menggalakkan fungsi sel imunisasi dan menyuburkan pemulihan liang-liang rongga. “Jika kita menyeimbangkan sel dalam badan dengan mengambil makanan seperti apa yang badan perlukan, ia dapat mengelak toksin sebanyak yang mungkin. Bukankah ia mudah?” soalnya. Menurut beliau lagi, yang menjadi masalah di kebanyakan tempat ialah sikap individu yang gemar mengambil satu atau lebih bahagian gula, nikotin, alkohol, kafein dan bahan kimia dalam pengambilan makanan harian mereka. Seperti di Asia katanya, masyarakat di sini terlalu gemar kepada makanan dan minuman yang diproses. “Saya bersenam dan mencari makanan terbaik untuk menyeimbangkan kesihatan tubuh badan. "Pengambilan makanan tidak seimbang menyekat fungsi badan normal. Cara kita memasak makanan juga menyebabkan bahan berkhasiat yang terkandung di dalamnya hilang,” ujarnya. Beliau menyarankan buah-buahan dan sayur-sayuran dimakan mentah atau dibuat salad dan juga boleh dimasak dengan cara stim, panggang, rebus tetapi jangan terlebih masak. Jelas Dr. Haas lagi, pengambilan buah-buahan dan sayuran yang secukupnya mengurangkan risiko berkaitan kanser termasuk menghalang sesetengah jenis kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes dan lain-lain penyakit kronik. “Kita perlu memastikan pengambilan sayur dan buah datangnya daripada lima jenis kumpulan warna berlainan iaitu merah, kuning-jingga, putih, hijau dan biru-ungu,” saran Dr. Haas. Fitonutrien berlainan katanya mempunyai fungsi pengoksidaan berbeza dalam sel kita, di mana lebih warna yang diambil, lagi tinggi tahap perlindungan yang kita peroleh. Jelas beliau, mengambil makanan yang kaya antioksidan memang baik untuk kesihatan. Namun, bagaimana kita menyukat kadar antioksidan yang terkandung dalam makanan? “Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen (ORAC) boleh menyukat kebolehan makanan untuk melawan radikal bebas. Kajian menunjukkan memakan makanan yang tinggi kandungan ORAC boleh meningkatkan kuasa antioksidan dalam darah manusia sebanyak 10 hingga 25 peratus,” tambah beliau. Sebagai penggantian kepada pengambilan sayur dan buah yang secukupnya, beliau turut menyarankan pengambilan suplemen yang mengandungi bahan fitonutrien yang terdapat di pasaran.
sumber UTUSAN MALAYSIA
Thursday, July 24, 2008
Selesai Sudah
Maka hari ni tamat la sudah exam PTK aku..tah aper² aku jwb..ape yg aku bace (bkn bace sgt pun,selak² buku je..) byk x masuk..penat je..yg xde kene mengena ngn skop keje plak yg masuk..ape ke hal nye ada psal Inden Kerja plak..mana le aku tau..pg td lepas subuh aku sempat gak bace..psal pengurusan stor..tp satu hape pun xde..sape le yg bikin soalan..PTK kali ni agak susah le..compare ngn aku dah amik bln 3 lepas...susah sbb aku xbleh jwb ke..atau susah sbb mmg susah..tah le mane satu..aper² pun..mmg aku main belasah je jwb..ikut naluri hati..pas je selesai..terus balik opis..mls dok lelama dlm dewan tu..pendek kata..kuar awl laa..aper² pun..aku lega dah lepas exam ni...kalo result kurang memuaskan..bleh amik lg..cayok! cayok! cayok!
Tuesday, July 22, 2008
Ada Apa Dengan Wayang
Sebut psal wyg..dah lama x tgk..adeh! bleh pitam gini..hehe..bleh ke pitam??? aku dah lama x tgk wyg...huhue.." abg, meh le kite tgk wayang..dah mengidam ni.." bleh x wat ayat pujuk camtu..aku nak tgk batman ngn the x-file..cam beh je bunyi..bilaa laa mau tgk ni..byk btl aktiviti setiap minggu..so xde masa nak gi cinema..
Monday, July 21, 2008
Ahad 20 Julai 2008
Mesti korang agak nape ngn tajuk di atas kan..?? mmg ahad yg bosan..sbb aku sorg² kat rumah (actually pg tu laa..) my hubby gi Shah Alam..anto moto kat adik aku..nak sgt moto...tp aku risau gak laa..takut jd ape²..naik moto ni bahaya sket..kene berhati-hati sket..sementara tu aku kat rumah..byk mende gak nak wat..waaa..baju lom basuh..so proses membasuh telah dilakukan dengan jaganya...tp xde tukang jemur plak..selalunya hubby aku yg tukang jemur ni..lepas siap segalanya..proses memasak plak..aku pk mau masak sup ayam..dah lama x masak..pastu bubuh kentang bebyk..pagi tu b4 hubby aku gi shah alam, aku dah suh dia beli daun sup..nyumm nyum..sedapnya..dah terbyg di mata mkn sup ngn nasi sampai banjir..aku suke! haa..pg tu mmg aku mls mau bikin breakfast..xtau nak wat aper..so mtk hubby aku beli kat kedai bwh je..ade jual nasi lemak..eish..dah melalut plak..berbalik pada memasak td..aku masak sup ayam yg simple..goreng bwg putih + bwg merah + halia..pastu masukkan air..bubuh rempah sup..bubuh sup bunjut..pastu bubuh lada hitam..bubuh garam dan ayam..renehkan laa..tp xtau le betul ke x cara tu..ikut suke hati aku je..janji jd..hehe..then bila dah didih..masukkan kentang plak ngn daun sup..bila kentang dah empuk..bleh laaa tutup api nya..dah siap..aik,segmen memasak plak..then gi mandi..sbb td aku lom mandi..hehe..tgh mandi, dgr hubby aku dah balik..erm..tepat gak masanye even lewat 15 minit..sbb aku ckp ngn dia..balik kul 1..bleh makan sesama..lepas solat zohor, makan time!! bubuh nasi..pastu letak sup bebyk..banjir..mmg besh..kalo ade sambal kicap lg beh..tp aku malas mau bikin..hehe..pas mkn hubby aku ajak gi serdang..nak tinted keta katanya..mau tukau yg dpn tu..sbb gelap sgt..haaa..tau pun takut ngn JPJ..lama betol ddk kat bengkel tu..naik bosan..dkt kul 5 gak laa siap..makan mas dkt 2 jam nak siapkan mende tu..sbnrnya kejap je..tp ade customer lain tokey tu tgh bikin..so tu jd lama..on the way balik, singgah P18 jap..pasang langsir..aduh! langsir cam xkena plak..aduh, nyampah laa plak tgk langsir camtu..kene cari langsir lain gak..igtkan nak berjimat..nnti nak tgk le kat JUSCO..beli yg dah siap je kot..tp kalo beli kain, pastu jahit sendiri lg ok kan..?? tp aku ni mane reti jahit..tu laa mak suh belajar jahit xnak..kan dah padan muka..hahahaha..ok le..lepas pasang langsir tu balik umh sbb lom solat asar..hehe..ok le dah pjg ni..jmpe lagi..daaa..

Ops Bersih - Sabtu 19 Julai 2008
Ni nak story sket..aku ngn my love hubby gi membasuh rumah baru..pas sarapan dan siap terus gerak gi P18..kat mane lagi..dkt ngn taman pancarona tu la P18..hari ni hujan renyai²..cuaca redup je..mmg best kalo ddk kat umh lepak²..tp aku ade misi yg perlu diselesaikan..misi yg amat penting..penting ker?? mmg penting la..kalo x buat x bersih laa..hehe..misi ni diberi nama OPS BERSIH..bleh ke camtu? belasah je laa..memula sampai tu tgk keadaan dulu nak mula dari mana..so my hubby cadangkan, dia settlekan kat dapur yg aku plak basuh lantai kat luar..aku pun setuju..sbnrnya yg kat luar lg luas dari dapur..pandai betul hubby aku ni kan..jgn marah ye bang..nnti kene jual dan harta sume adinda rampas..hehe..mmg penat x terkira laa dibuatnye..pas siap kat luar..mop dlm bilik..pastu kat tingkat..kat balkoni..kat bathroom..dlm almari..penat mmg penat..naik lenguh² tgn ni haa..dlm kul 2 gitu..baru gerak balik..penat woo..perut lak berbunyi..sbb lapo le..haa..makan time..singgah kat P8 dan mkn..sbb rase cam x larat nak memasak plak kat rumah..mlm laa baru masak..so abih laa sesi membasuh rumah..kepuasan pun dapat..tp nnti nak kene mop lg lantai tu..sbb cam xbeh je kalo s wat byk kali..hehe..opsss..lupa amik gambo..tgh basah² xkan nak pegang enset plak kan...hehe...alasan je sume tu..pendek kata mmg lupa..hingga jumpe lg..daaa..
Haa yg tu cite opss bersih..ni malas nak wat post lain..so aku penempek kat sini je laa..belah ptgnye, pas asar gi serdang service moto..sbb esok mau hantar pada adik aku kat shah alam..amik moto kat opis, so merempit laa kami ke serdang..dah lama xnaik moto ni..sakit gak blkg aku..huhue..dulu moto laa haiwan kesygn yg aku ade..gi memana ngn moto..sampai jatuh 2-3 kali gak le ngn moto..sejarah tu..sampai kat serdang gi service..pastu balik..dkt maghrib gak le sampai rumah..tu je laa citenye..mlm lepak rumah..cam biasa..
Friday, July 18, 2008
Nice Number
Ni lg nice number yg aku dpt..actually bkn aku..tp hubby aku..mase dia di TNB bayo deposit elektrik rumah baru..ni cite dah lepas..pastu baru ade mood nak posting..hahaha..x rajin sungguh aku ni ek..ya ampun!! xpyh le cite byk..tgk gambo je laa..sekeping gambo bleh memberi seribu maksud..tersirat or tersurat..so tgk je laaa..
.jpg)
kat TNB
kat LHDN
Thursday, July 17, 2008
Rumah Baru
Haa..semlm tgk le rumah baru aku tuh..luas kemain..excited le plak..heheh..tp tu le..luas² ni cam bg hint nak kene beli perabot le..umh skrg ni aku xde le perabot sgt..sbb sempit..xpe xpe tu bleh diusahakan..cayok!! cayok!! ni nak cerita psal umh baru aku tuh..actually bkn rumah aku..tp rumah kerajaan..hehe..aku dpt tepi sekali...kire corner lot laa..umh aku ni ade 2 balkoni.satu kat ruang tamu..kire anjung laa..satu lg kat dlm master bedroom..erm..tu kene pk mau beli langsir sliding..nnti nak tgk kat JUSCO laa..kak as kata sana murah..sbb tgh sales..pastu ade 3 bilik..2 bilik air dan satu dapur..dapur mmg memuaskan..sbb beso..yei aku suka dapor beso..bleh letak memacam..ruangan utk letak peti ais pun ade..so muat le utk peti ais aku yg beso gedabak tu..tp hari tu aku lupa plak nak amik gambo dapur..sbb excited tgk kat luar..dari anjung tu bleh nmpk tasik..even dari sipi..pun jd laaa..sbb mengadap balkoni umh org..xpe laa..janji ade..eee x sabau mau pindah...seronotnye..penat laa taip pepanjang..tgk gambo je laa..

ruang tamu (luasnya)
master bedroom
Wednesday, July 16, 2008
BPH JPM
Tadi gi BPH..amik kunci rumah..bile dah settle sume baru senang hati..skrg ni proses nak cuci rumah dan pindah..erm..byk gak barang mau packing tu..hadoi!! Ptg ni nak tgk jap le rumah tu camne..pastu bleh plan nak susun perabot cmne..pastu prepare langsir..teruk btl kan..dah dpt rumah last 2 week..tp baru skrg nak naik tgk..seblm² ni aku tgk dari luar je..view ok..cantik..tp dlm lom tau lg..ade org kata luas..xkisah le..janji rumah tu beso dari umh skrg..potong gaji sama je..tp keluasan x sama..mane nak dpt umh camtu kat sini..kalo sewa maunye Rm600-RM700 gak laa..baik ddk kuarters..ye x?? kira dah save tu..erm..x sabo nak tgk umh blk keje ni..tu pun kalo aku x sakit kepala cam semlm..tah le psal 2-3 hari ni aku asek pening je..xkan bwk budak kot..xde pun tanda²..tp aku tau ke tanda² tu camne?? haa..tah² sbb stress kot...tp ape yg aku stress kan ek..??? konpius ni..pikir jap..lagi satu maybe sbb kene ujan..aku ni bkn bleh..kalo kene ujan..mesti jd pening kepala..tu le sbb nye aku akan cpt² mandi kalo lepas kene ujn..ujn lebat xpe..jgn ujan yg sket² ni..renyai² nama nye..maunye pening sehari..semlm dah mtk hubby beli kan 100 plus ngn panadol..tp lom mkn lg..bleh x camtu?? sbb mlm semlm, pas solat maghrib aku dah ok..?? pelik kang pening ni..ape tandanya ek...??? erm..aper² je laaa..
Tuesday, July 15, 2008
Tadaaa..
Haa..yg ditunggu² sudah mari..last week balik kampungggg..amik mende ni laaa selain balik jmpe mak ayah...so xpyh le ckp byk ek..nak tgk dtg opis aku..xpun dtg je rumah aku..ten ten ten..enjoy..

cover depan
isi dalam
so bleh tau kan ape dia??? hehehe..
Monday, July 14, 2008
Pejabat Pos
Erm..last weekend aku telah berkunjung ke Pej Pos..ape lg..amik duit rebet minyak laa..even xde le dpt byk..RM150 je..lepas le nak wat blnje kan..?? memula aku tgk org kat pej pos tu ramai kemain..ade gak niat x jd nak amik..ni kes malas nak nunggu laa..hubby aku ckp..tunggu laa kejap..so ikut perintah le..dah siap² isi borang..amik le no..dpt no 1234..mmg cantik no tu..so snap je laa..bkn senang nak dpt no camtu..kertas kecik tu pun aku ade simpan lg tau..
no giliran
borang
selepas gi pej pos..melepak kat McD..hehe..makan time..dah lame x mkn burger McD ni..ye laa..sejak nikah mane ade mkn fastfood sgt..sian tau..
fries

mr sos
best lepas minum coke
Thursday, July 10, 2008
Rahsia kekal cantik, sihat
KATA orang, kesihatan dan kecantikan mempunyai hubung kaitnya. Mengapa? Jika tubuh kita tidak sihat, bolehkah kita kelihatan cantik dan menawan? Begitu juga, apa maknanya kecantikan jika tidak miliki kesihatan. Untuk cantik, kesihatan merupakan satu aspek penting yang perlu dipelihara. Di sini, Kosmo! senaraikan lapan makanan yang patut dimasukkan dalam diet harian. Ia menyediakan kesihatan yang optimum bagi anda. Periksa senarai ini!
1. Bayam: Sayuran hijau dan berdaun ini adalah makanan sebenar untuk manusia. Pembina bisep yang kaya dengan folat dan omega 3 berasaskan tumbuhan ini membantu mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan osteoporosis. Folat sebenarnya membantu aliran darah ke zakar.
Bayam juga mengandungi lutein, sejenis bahan yang melawan penurunan makular akibat faktor penuaan. Amalkan satu cawan bayam segar atau setengah cawan bayam yang dimasak setiap hari.
alternatif: Sayur kale, kubis cina, salad
2. Yogurt : Banyak budaya mendakwa susu masam atau yogurt merupakan ciptaan mereka, tetapi kebaikan makanan berusia 2,000 tahun ini untuk kesihatan tidak boleh pertikaikan.
Proses penapaian selama beratus juta tahun terhadap organisma probiotik yang menyediakan bakteria baik dalam tubuh anda itu, memangkin sistem imunisasi dan pencegahan daripada kanser. Tetapi, bukan semua yogurt probiotik. Jadi pastikan anda membaca label yang menyebut mengenai kultur hidup dan aktif. Amalkan satu cawan yogurt sehari.
alternatif: Kefir, susu masam soya
alternatif: Kefir, susu masam soya
3. Tomato: Terdapat dua perkara yang perlu anda tahu mengenai tomato. Tomato yang berwarna mengandungi bahan antioksida licopene manakala tomato yang diproses juga sama khasiatnya seperti buah yang segar. Kajian mendedahkan diet licopene yang tinggi boleh membantu merendahkah risiko kanser pundi kencing, paru-paru, prostat, kulit dan perut serta penyakit jantung koronari. Dapatkan sekurang-kurangnya 22 miligram licopene setiap hari iaitu bersamaan lapan biji ceri tomato atau segelas jus tomato.
alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik.
alternatif: Tembikai merah, buah gadang merah jambu, jambu batu dan betik.
4. Lobak merah: Kebanyakan buah-buahan atau sayur-sayuran yang berwarna merah, kuning atau oren mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang seperti asma serta penyakit artritis reumatoid. Amalkan setengah cawan lobak merah setiap hari.
alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning
alternatif: Keledek, labu, mangga, lada benggala kuning
5. Bluberi: Perumah kepada antioksidan berbanding buah-buahan lain. Ia membantu mencegah kanser, diabetes dan perubahan pada memori yang mempunyai kaitan dengan peningkatan usia. Kajian mendapati, bluberi kaya dengan serat, vitamin A dan C yang merangsang kepada kesihatan kardiovaskular. Amalkan secawan bluberi segar setiap hari atau setengah cawan bluberi dingin beku atau kering.
alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi
alternatif: Anggur ungu, buah prun, kismis, strawberi
6. Kacang hitam: Kesemua jenis kacang baik untuk kesihatan jantung, tetapi tiada satu pun yang boleh merangsang kuasa otak seperti kacang hitam. Ini kerana ia mengandungi antocianin, sejenis antioksidan yang membantu memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan hidangan kacang hitam menyediakan 8 gram protein dan 7.5 gram serat yang rendah kalori dan bebas lemak tepu.
alternatif: Kacang pis, dal, pinto
alternatif: Kacang pis, dal, pinto
7. Walnut: Kaya dengan omega-3 untuk kesihatan jantung ia jauh lebih tinggi berbanding salmon. Ia juga diperkaya dengan polifenol iaitu sejenis bahan antiradang dan mengandungi protein yang membina otot-otot sama seperti protein ayam. Lain-lain kekacang juga mengandungi kombinasi bahan-bahan ini tetapi tidak ketiga-tiganya.
alternatif : Badam, kacang tanah, pistachio, hazel.
8. Oat: Makanan kesihatan yang pertama mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA). Ia mengandungi serat larut yang merendahkan risiko sakit jantung. Oat kaya dengan karbohidrat. Setiap setengah cawan hidangan oat mengandungi 10 gram protein iaitu menyamai tenaga pembinaan otot-otot.
alternatif: Flaxseed dan beras liar
(petikan dari KOSMO!)
Menu Semlm
Semlm aku pose..so blk tu masak² laa..hehe..masak simple je..ayam goreng berempah, tauhu goreng dan sup sayur bayam plus sambal kicap..mmg sedap le..sbb dah lama x mkn sambal kicap ngn tauhu goreng..hubby aku pun berselera je..dia kata sambal tu sedap..kalo pedas sket lg sedap..hehe..igt kan x mkn..rupe² nye dia sorg je kasi perabih..hehe..xpe le len x wat pedas sket lg..igt kan semlm dah pedas..sbb cili api tu mmg pedas..tu le menu ringkas..simple..cepat dan selamat..hehe..
Wednesday, July 9, 2008
Sepi..
Dah lama x tgk wayang rasenya..last sekali tgk Indiana Jones..tu pun b4 aku nikah dulu..teringin le nak tgk cite SEPI..bebdk opis ni kata cite tu not bad la..bleh layan laa..tp skrg ni tgh gawat.. nak pindah rumah lg..pastu nak balik kg lagi..byk betul mende nak wat..sebut psal pindah rumah.. rasenya byk mende nak wat..nak packing² barang² lagi..nak kemas² lg..brg kat umh skrg pun bleh tahan gak byk nya..sib baik le xde perabot pelbagai lg..kalo ade mmg sesak le rumah..ni pun dah sesak tgk..dlm bilik dpn tu cukup le..dah jd cam stor..aku plak suke simpan mende² yg tah ape²...kotak kasut pun nak simpan..sbb lawa..hehe..dulu hobi aku suke kumpul tag..tag jenama baju, tag beg..mcm² lg laa..pastu kumpul paper bag + plastik yg lawa²..smpai skrg ade lg koleksi paper bag + plastik tu..tah le..syg nak buang..cute + comel sgt..nak buang pun pk 2-3 kali...eish..susah betul laa..tp kan alasan yg lebih tepat..nak selamatkan alam sekitar...kurangkan pembuangan sampah..bleh x camtu??
Bulan Rejab
Today aku pose lg..masuk hari ni dah 3 hari pose..bln rejab ni mmg digalakkan berpuasa..erm, so aku amik kesempatan berpuasa la..alhamdulillah..
Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Friday, July 4, 2008
Latihan Pendaftaran Sistem Fail Berpusat
Pada 3 Julai 2008 a.k.a semlm telah diadakan latihan seperti tajuk di atas..alamak! skema plak.. latihan tu kat Bilik Latihan Komputer A5..so aku ngn shila kene attend..erm..so masa menunggu tu sempat le amik² gambo..pastu masuk le dlm bilik tu..ala, bosan x igt..sbb ajar secara manual (berckp je) xde demo wat sendiri..so dgr je laa..pastu minum²..then balik..sistem ni x lama lagi nak dilakasanakan..rasenye cam makin menyusahkan je..kalo server down, camna nak daftar surat dan fail..eee..x ke susahkan org tu..tah aper²..


Tempat aku..
Ni nak tunjuk tempat aku..hehe..even xde lawa sgt..tp ok le kan..ade gak tempat nak ddk kat opis ni..ade le desktop satu..ok le tu kan..hehe..kemas je..sbb time xde keje..kalo ade keje..mmg bersepah le..
ni bangunan opis aku

ni perhiasan saja..xde kene mengena dlm ini filem..

Hari hijau..
Haa..dah lama x tulis..hehe..tp rasenye baru last wednesday aku tulis kat sini..ni ade entry yg lom masuk..hehe..haaa..nak cite hari hijau sedunia..ni cite last monday..cam lapuk dah..tp x kira nak cite gak..hari hijau..aku pakai bj kurung hijau ngn tudung hijau..huhu..rase cam pokok pisang bergerak plak..pastu ade le gak officemate yg pakai sama ijo gak..tp ijo len sket laa...xmo laa cite byk..meh kite tgk gambo yg ade ni..enjoy!!
ngn kak su nak gi lunch
ngn shila yg serba hijau gak..

Wednesday, July 2, 2008
Sukanya..
Yahooo..akhirnye penantian aku berhasil...aku dpt gak kuarters JPM kat P18..erm..ok le kan..dpt rumah beso sket..smlm pihak BPH call..mase tuh dah dkt nak balik..tetiba dpt call..so hari ni bleh laa amik surat kat sana..eee..sukanya..pasni ddk enviroment baru..
Subscribe to:
Posts (Atom)