Thursday, April 28, 2011

SGM Perbadanan Putrajaya : Breastfeeding Management

Assalamulaikum..

Huh, dah bersawang blog ini tidak di update..jenuh laaa kalau dapat penyakit M ni..kebelakangan ini saya sungguh sibuk..sibuk ngan apa ek..kasi gelak dulu laa...sibuk dengan Bazaar Ria Puspanita PPj..Alhamdulillah, even penat kaki berdiri, x sempat makan, lari sana lari sini..rezeki ALLAH bagi tetap masyukkk..even takde la byk sgt hasil jualan..yang penting dapat network..dapat war-warkan kepada semua yang kewujudan Shaklee ni..alhamdulillah, syukur...

Tujuan asal nak cerita pasal menda lain..hehe..melalut ke menda lain plak..Esok saya dan Zulie akan memulakan langkah awal SGM di opis ni..sambutan amat menggalakkan..tapi tempat terhad dan tenaga pembimbing pun terhad..saya menjemput Along Azrina sebagai moderator jemputan..terima kasih kerana sudi nak membantu..even dia masih dalam Cuti Sakit..tapi semangat dia tu saya kagum..bionic woman yang memang memang taksub dan excited pasal penyusuan ini..saya memula kenai dia ni pun melalui penyusuan..

Topik kali ini berkenanan Breastfeeding Management..harap sempat la nak cover dalam masa sejam tu..huhue..kalau tak sempat, buat je la mana yang sempat..gemuruh gak ni..ini 1st time buat SGM sendiri..harap ALLAH permudahkan jalan saya dan rakan-rakan bagi menyebarkan maklumat penyusuan ini..Antara skopnya ialah   Pengurusan EBM untuk dihantar ke pengasuh & nursery, Jadual memerah dan kekarapan, Pemakanan seimbang untuk ibu dan Permasalahan dalam BF (cth. low milk supply, slow weight gain)..memang semua pertanyaan ini akan wujud dalam setiap diri ibu yang menyusu...kekadang mereka tiada tempat nak buat rujukan..tu la pentingnya kumpulan sokongan macam ini..saya berharap agar ilmu yang disampaikan ini kita dapat menfaatkan bersama-sama..sasaran saya kepada ibu-ibu yang baru hamil, ibu yang telah melahirkan dan dlm proses penyusuan dan ibu yang bakal hamil..saya tak dapat nak buka penyertaan ramai sangat..sebabnya tempat terhad dan tenaga pembimbing juga terhad..sayang nya la...huhue..Saya berharap semua akan berjalan lancar..huhue..belum study lagi ni..takut le plak nanti..rakan-rakan yang berkenaan sila bantu ok..ok la..nak selak-selak apa yang patut..nanti takut silap fakta plak...

Happy Breastfeeding!!! 

Wednesday, April 27, 2011

Bazaar Ria Puspanita PPj

Assalamulaikum



Temui Zimah's Department - Shaklee Online Store di Bazar Ria Puspanita Perbadanan Putrajaya seperti berikut:-

Taikh     :  26 - 27 April 2011

Masa     :  9.00 pagi - 4.00 petang

Tempat  :  Ruang Legar Dewan Persidangan Perbadanan Putrajaya, Presint 3  (bersebelahan Maybank Putrajaya)

Boleh dapatkan produk Shaklee, barangan baby, gajet menyusu dan juga konsultan breastfeeding secara percuma oleh saya dan rakan saya Rohana dan Azrina..

Jumpa di sana..datang jangan tak datang!!!

Sunday, April 24, 2011

Apa yang perlu tahu mengenai susu ibu dan kebaikannya

Assalamulaikum

Sekarang ini ramai di kalangan ibu-ibu telah membuka mata dan menerima penyusuan ibu..Masa zaman dulu-dulu susu ibu ini hanya diberi masa pantang je..lepas naik keja, terus disulami dengan susu formula..Zaman telah berubah dan sekarang kemudahan dan informasi mengenai kebaikan susu ibu hanya di hujung jari..just click je..terus terpapar maklumat yang dikehendaki..mudah kan? antara nak dan tak nak je...

So saya nak cerita sikit la apa yang saya dapat masa hadiri kursus MBfPC selama 4 hari..Banyak rupanya ilmu baru yang saya dapat..tapi kena tambah lagi ilmu dan rajin buat research..

Susu ibu ada 2 peringkat iaitu kolostrum dan susu matang..Meh saya brief sket pasal kedua-duanya..

a) Kolostrum - berwarna kuning keemasan, kelihatan pekat dan likat serta tinggi kandungan protein..secara am nya akan keluar pada awal kelahiran dan juga ada mengambil masa beberapa hari nak keluar..ini bergantung kepada badan si ibu dan juga rangsangan yang dilakukan oleh anak ke atas payudara..Kalau cepat kita susukan anak, cepat lah kolostrum itu keluar..Kolostrum ini hanya akan ada 2 - 4 hari sahaja selepas ianya keluar pada hari pertama..Kolostrum ini sangat berharga sebab kaya dengan antibodi dan imunisasi pertama si anak untuk melindungi bayi daripada serangan penyakit.

b) Susu Matang -  keluar selepas kolostrum..mengambil masa 4-5 hari untuk keluar dan bergantung kepada badan si ibu..selalunya berwarna putih dan bersifat ringan je..warna yang suci..cepat hadam..itu pasal la anak kerap menyusu..sebab susu ibu ini cepat hadam..mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang ideal untuk pembesaran dan perkembangan anak..kaya dengan laktosa, kolestorol baik, omega-3, taurine dan asid amino di mana baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi..Breastfeed children found to have highers IQs..

Kebaikan susu ibu :-
  • mengurangkan risiko penyakit seperti jangkitan telinga, alergik, jangkitan paru-paru, jaundis dan obestiti.
  • senang dihadam
  • mewujudkan kasih sayang dgn ibu - bonding
  • membina keyakinan dalam diri anak
  • mengurangkan stress disebab hormon oksitosin (love hormon)
  • mempercepatkan pengecutan rahim si ibu
  • mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser servik
  • ibu senang menyusukan ketika baring dan boleh rehat sekali
  • menjimatkan wang - untuk si ayah
  • mempercepatkan penurunan berat badan ke bentuk asal
  • anak kurang sakit, jadi kurang la ulang alik gi klinik
  • senang untuk travelling - tak perlu bawa perkakas botol bagai
  • ibu ayah kurang mengambil cuti sebab anak kurang sakit - kualiti kerja
 Happy Breastdfeeding..

    Wednesday, April 20, 2011

    Sutera Bidadari - Akhirnya Kita Menemui Jalan Pulang

    Assalamulaikum

     " Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini.."

    Wah sungguh teruja saya!! Excited betul laa..tak lama lagi novel Trilogi Bagaikan Puteri ni nak keluar..Khas untuk Pesta Buku Antarabangsa 2011 ni..harus cari novel ni nanti..akan keluar hujung April 2011..Waaaa..teringin nak pegi Pesta Buku..tapi tu laa..kena cuti la gamaknya..xkan nak bawak Adam plak kan..tentu sesak time tu..Ok meh review sket psal novel ni..ni adalah kesinambungan novel yang lepas..Sutera Bidadari adalah yang ke 5..ingatkan selepas Cinta Sufi dah xde sambungan..rupa-rupanya ada..mesti peminat RAM menantikan sambungan ni..trilogi ni memang best!! Saya dah la peminat setia RAM..semua novel karya dia memang ada simpan..syok betul baca!

    Trilogi Laksamana Sunan @ Saifudin
    1. Bagaikan Puteri
    2. Cinta Sang Ratu
    3. Hijab Sang Pencipta
    4. Cinta Sufi
    5. Sutera Bidadari

    Ni sinopsis yang saya copy paste dari RAMFC..

    Sutera Bidadari :-

    Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
     
    Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin.

    Saifuddin -  Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

    Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya...Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

    Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu ketika dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

    Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abdil Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
      
     "Awan..kalau dapat kucapai maka saktilah hamba.."

     " Tatkala cinta berbisik, hatinya memuji Tuhan. Tatkala rindu terusik, RasulNya jadi pilihan.."

    " Dendam Itu Bara..Marah Itu Api! "

     " Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit.. "

    Tagline best..
    " Mati Itu Pasti, Hidup InsyaALLAH..."
    " Sebagai manusia, aku sayang padamu.."

    Tuesday, April 19, 2011

    MBfPC Training - 9,10,16 & 17 April 2011

    Assalamulaikum

    Tak sangka saya dpt peluang untuk mengikuti MBfPC training ni...training ni diadakan di Bangi..sebelum tu mmg mencari-cari tempat untuk amik kursus ni..training ni sape nak join kena hantar borang permohonan..lepas tu kena jawab soalan..kira macam ujian saringan juga la..berdebar juga..mana tau kot-kot x dapat..tapi alhamdulillah..saya di terima masuk..syukur sesangat..sanggup tukar hari untuk outstation semata-mata training ni..mmg excited nak pegi..hehe..

     ramai-ramai bergambo..

    Hari yang ditunggu-tunggu..enjoy kat training ni..sbb cara presentation lain yang biasa kita buat..kena berlakon..seronok betul..saya ni plak jenis kalau selamba memang jadi la..hehe..pulak tu jadi watak negatif..lagi la menjadi..hahaha..jadi promoter susu, promote kat ibu baru yang nak cari susu untuk anak..hehe..so sweet that moment..tajuknya Risiko Bayi Yang Tidak Menyusu Ibu..

     tgh berlakon ni..presentation..

    Selain tu banyak ilmu yang saya perolehi..tapi kena byk membaca lagi..ilmu breastfeeding ni bukan setakat ni sahaja..amat luas..so kena rajin studay dan buat research..saya anggap ini satu cabaran untuk saya..saya suka buat kerja camni..Now saya seorang PEER COUNSELOR..Kira macam Pembimbing Rakan Sebaya...Lebih senang ingat...PEMBIMBING IBU MENYUSU..mana-mana rakan-rakan yang mempunyai masalah, perlukan teman untuk meluahkan perasaan dalam penyusuan susu ibu..boleh telefon saya..insyaALLAH saya sedia membantu selagi boleh..

    dapat sijil..saya diiktiraf..
    take note 

    group session

    tuan punya cerita mesti ada..muka happy even sakit kepala..hehe..

    2 rakan sekumpulan..Zulie & Belle..

    SGM 4 - Cranky (Breastfeeding) Baby : Why and How?

    Topic:
    Cranky (Breastfeeding) Baby: Why & How?
    Date: 30th April 2011, Saturday
    Time: 9am ~ 12noon
    Venue: Moms Basic, Saujana Utama, Sg. Buloh

    Untuk topik di atas kami akan mengupas mengapa dan bagaimana menghadapi bayi yang meragam ataupun cerewet di dalam menyusu. Ramai ibu-ibu baru ataupun ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan tidak yakin akan kemampuan mereka untuk menyusu kerana mereka sering mendengar daripada orang-orang lama bahawa bayi yang meragam ataupun cerewet kerana kita tidak cukup susu badan walhal ia adalah disebaliknya. Jika ibu-ibu ingin mendapatkan tips cara menangani masalah di atas datanglah bersama-sama memeriahkan Support Group Meeting di atas di komuniti Sg. Buloh. Kami mengalu-alukan juga pada mereka yang tidak menyusu untuk menyokong kami agar penyusuan susu ibu ini lebih tersebar luas di Malaysia.

    Bersama-samalah memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia
    nota : Kami sangat mengalu-alukan pot luck dari anda. Bagi mereka yang ingin menyertai bolehlah mengemailkan kepada rakan saya iaitu NUHA owner MOMS BASIC di momsbasic@gmail.com sebelum 27th April 2011 ini ataupun boleh emailkan kepada saya di alongazrina78@gmail.com, call/sms di 012-3202372

    copy paste dari blog Along Azrina..

    Friday, April 15, 2011

    MASALAH PENYUSUAN, PEMAKANAN DAN PERAHAN SUSU IBU

    Assalamulaikum

    Ai nak berkongsi mengenai penyusuan ibu ini..masalah, pemakanan dan perahan susu ibu..harap dapat membantu ibu-ibu yang baru dan juga ibu-ibu yang lama..
     
    credit to :   
    Rujukan
    Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 

    Disember 2006
    sumber ;  www.mybengkung.com
    mamaqaireen 

    Masalah Penyusuan Susu ibu
    1. Puting leper atau tenggelam 
      • Bayi masih boleh menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu
      • Penyelesaian -perlu yakin tentang kebolehan menyusu
          • Gunakan picagari/pam untuk tarik piuting keluar 
          • Potong hujung picagari sebelah masuk ubat. 
          • Kemudian ambil penekan di bahagian belakang, masukkan penekan tadi dibahagian yang telah dipotong. 
          • Ibu boleh menarik penekan picagari perlahan-lahan secar berterusan tetapi dengan tekanan lembut
    2. Bengkak payudara
      • Berlaku kerana samada bayi tidak menyusu dengan kerap, diberi susu formula atau bayi menghisap dari puting sahaja
      • Penyelesaian 
        • tuam payudara dengan tuala panas
        • perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya
        • pastikan bayi menghisap dari aerola
        • susuilah bayi anda kerap
    3. Puting luka
      • Berlaku kerana bayi menghisap dari puting payudara
      • Penyelesaian 
        • pastikan bayi menghisap dari aerola
        • beri bayi hisap dari payudara yang tidak sakit dahulu
        • bila susu mengalir baik, beralihlah ke payudara yang sakit
        • selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke  penjuru mulut bayi
        • alihkan bayi dari puting anda perlahan-lahan
        • sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda
        • elakkan penggunaan sabun atau losyen pada puting
    Pemakanan Untuk Ibu 
    • perlu ambil makanan seimbang untuk pastikan badan anda mendapat bekalan kalori, protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan diri dan bayi anda
    • amalkan pemakanan yang seimbang berasakan piramid pemakanan
      • banyak sekali ambil dalam bentuk bijirin, 
      • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
      • makan sederhana nasi
      • makan sedikit 
    • anda digalakan minum 6 ke 8 gelas air sehari. Anda juga boleh menambah  pengambilan air dari sup dan buah-buahan
    Memerah susu
     
    Tujuan memerah susu ibu
    • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya
    • meningkatkan penghasilan susu
    • membekalkan susu kepada bayi yang sakit atau bayi pramtang yang belum bersedia menghisap susu ibu
    • melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat 
    • mengekalkan dan meneruskan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja
    Teknik memerah
    • dengan tangan
    • dengan pam tangan
    • dengan pam mesin *** perah setiap payudara 5 ke 10 minit secara bergilir
    Penyimpanan susu perahan
    • suhu bilik - 4 ke 8 jam
    • peti sejuk - 48 ke 72 jam
    • pembeku (2 pintu) - 3 bulan
    Cara memberi susu perahan
    • susu dari tempat pembeku - letakkan susu beku di rak bawah peti sejuk semalaman
    • rendam bekas berisi susu di dalam bekas yang mengandungi air suam.
    • jangan panaskan dalam ketuhor gelombang mikro atau dia atas api
    • berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untukelak keliru puting
    Penyusuan susu ibu bekerja
    • semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
    • 2 minggu sebelum bekerja, berlatihlah dengan jadual berikut
    Masa
    Hari 1-3
    Hari 4-6
    Hari 7-9
    Hari 10-13
    Sarapan
    EBM
    EBM
    EBM
    EBM
    Minum Pagi
    SI
    EBM
    EBM
    EBM
    Makan tengah hari
    SI
    SI
    EBM
    EBM
    Minum Petang
    SI
    SI
    SI
    EBM

    Thursday, April 14, 2011

    My New Gajet

    Assalamulaikum

    Story dah basi..sepatutnye kasi post bln lepas..tapi tu la xde mood nak update sangat..haha..apakah? Just nak share ngn kawan-kawan semua..my new gajet hadiah sempena birthday ai yang ke 30 tahun..hehe..so minta henpon baru la apa lagi from my lovely suami..terima kasih encik ayah..hadiah anniversary nak kamera plak ek..hehe..tgk le enpon ni..bkn riak..nak bg tau je..jeng jeng jeng..

    ******

    ****

    ***

    **

    *


    samsung galaxy ace

    Wednesday, April 13, 2011

    Happy 23rd Birthday My Sister Mijah

    Assalamulaikum


    Hari 13 April 2011..Besday Mijah hari ni..pagi tadi lupa nak wish..hahaha..tu la kuar rumah awal sgt kul 6.45pagi..orang bizi nak mandi manda..dia kalut nak gi kelas..tu la sapa suh ulang alik Shah Alam - Putrajaya - Shah Alam..kan dah kena kuar awal pagi..hehe..

    Anyway, Happy Birthday yang ke 23..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..Belajar elok-elok nanti dah keja gaji besau blanja gi Langkawi..hahaha..

    Friday, April 8, 2011

    Fisiologi Penyusuan Susu Ibu

    Assalamulaikum

    Apa yang ibu-ibu menyusu PERLU @ KENA tau..PENTING!!



    PROLAKTIN

    • Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

    • Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

    • Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
    dihalang oleh hormon lain.

    • Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
    hormon ini dikeluarkan.

    • Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

    • Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

    • Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

    • Lebih tinggi pada waktu malam.


    OKSITOSIN (hormon of love)

    • Penting untuk pancutan susu.

    • Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

    • Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

    • Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

    • Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

    •Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

    • Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
    susu.

    • Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

    • Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.

    credit