Friday, August 28, 2009

Peningkatan

Salam..alhamdulillah..hasil tenusu aku meningkat skrg..sapa kata bulan puasa susu kurang..for me alhamdulillah..sekali pump bleh la dpt 4-5oz..tiap sesi purata camtu la..mcm pas sahur td..aku pump dpt dkt 5oz..sukanya..ni berkat aku minum oat siap kali sahur, mkn kurma 3 biji masa sahur dan berbuka, minum soya yg sepaket RM2 tu aku org belasah..alhamdulillah..belum campur mkn nasi byk + minum air masak..(skrg ni kurang sket minum air masak..perut cpt penuh plak)..suka hati aku..harap kejadian ini akan kekal sampai bila²..insyaALLAH..perjalanan BF aku masih jauh.. ada lagi 19 bulan..target 6 bulan akan tercapai ujng bln depan..insyaALLAH..dan makin byk dugaan aku hadapi skrg..dgn Adam menyusu main-main..sabar je la..yg penting..

USAHA!! U CAN DO IT ZIMAH!! YES U CAN!!

Thursday, August 27, 2009

Online Shopping..

Aku mmg suka buat keje ni..hehe..xpyh gi kedai tau..just suft internet..order..buat payment..pastu brg pun sampai..senangkan..hanya dihujung jari..semlm aku terima 1 parcel..aku beli Bumble Bee Bottles + Technic Ice..aku beli kat sini..ini utk bekalan balik kg weekend ni..(balik Kota Bharu)..ice tu for backup..sbb ice yg ade skrg x tahan lama..10jam dah cair..ni jd kes masa aku kursus 2 hari yg lepas..ice tu dah mencair bila aku sampai rumah..tp sib baik still sejuk..so selamat la hasil tenusuku itu..

isi dlm tu botol ngn ice pack..gambo isi dlm xamik lg..

Hari ni plak aku terima1 lagi parcel..aku beli pouch sling..kegunannya nak gendong Adam..skrg ni mmg pyh la nak wat keja..asek nak suh dokong je..mana larat wooo..so hasilnya aku beli la pouch sling ni..bleh gak tgk kat sini..ok la..murah pun murah dari online yg lain..aku dah wat survey b4 beli menda ni..hehe..ok layan je laa ek..

ni la pouch sling nya..saiz M

Robot


Hai..Nama saya Ahmad Adam Rifqi..cube tgk saya ni..ni mama saya punya kerja..dia yg buatkan saya macam robot..td pagi saya tgh syok isap jari..mama saya bikin saya mcm ni..pastu paksa saya tgk kamera..teruk betul le mama saya ni..ilang selera saya nak isap jari..tgk ni..sampai meleleh air liur saya..huhue..

Wednesday, August 26, 2009

CANDID GIVEAWAY CONTEST

Salam..aku rasa nak join contest lagi la..hehe..dah kemaruk contest kot aku ni..hehe..sila lawat blog si zieha ni..utk tau keterangan lanjut..meh sesama join meh..syarat² nya seperti dibawah :-


SILA FOLLOW ARAHAN YANG DITETAPKAN DI BAWAH


1) Copy gambar kat atas nie & uploadkan kat dlm N3 dan sidebar blog u olls


2) Wajib jadi followers kat sidebar di blog zieha n list kan blog zieha pada bloglist u olls......


3)Uploadkan satu(1) gambar yang boleh dikategorikan candid habis atau yang paling happening,lucu,sedih,gembira, terkejutss yang pernah u olls amik..

contoh macam gambar kat N3 atas nieh..tak kiralah gambar apa pun..
janji bukan 18 xx..hehehe


4) Bila dah dapat gambar candid tu,tinggalkan N3 di link ini sahaja
janji nampak candid..gambar yang buat2 candid ..tak nak k:))


5) Pemilihan gambar berdasarkan gambar yang betul2 menarik dan mesti di amik gambar candid


6) Hadiahnya..adalah SURPRISED....kalau bagi tahu..tak besh la kan...hehehehe

kalau nak tahu hadiahnya..jom la join giveaway contest nie


7) Contest bermula pada 16 Ogos 2009-31 Ogos 2009..
Kalau rasa nak dilanjutkan ..akan diberitahu kemudian

8) Keputusan pemenang bloggers bertuah akan diberitahu 1 minggu selepas tarikh tamat
contest tersebut...


Syarat² di atas telah dilaksanakan

so kali ni aku pertaruhkan gambo kat bawah ni :

gambar ini diambil selepas majlis akad nikah pada 30 mei 2008..ni dlm bilik pengantin..masa tu aku tgh tunjuk cincin kat sepupu aku tu..aku kata kat dia "meh la tgk cincin koi ni..lawo dok??" xperasan plak masa tu photographer snap gambo aku..tu yg muka jd camtu tu..buruk betul!

Tuesday, August 25, 2009

Check-up Adam Lagi..

Hari ni aku gi Klinik P9 lagi..utk check-up Adam..erm..org mmg ramai cam biasa..tp kira xde le sesak sgt..sbb mana yg berpenyakit diminta ddk di luar..xbleh campur dgn org sihat..so hari ni masa menunggu xde le lama cam yg lepas..cume tunggu dlm 1/2 jam gak la utk pendaftaran..masa timbang kati tu kejap je..alhamdulillah berat Adam meningkat..dah 6.6kg skrg..naik dlm 1/2kg je..tp aku risau skrg..dia mcm kurang menyusu bile dgn aku..kalo menyusu pun kejap² je..aku takut dia xdpt susu akhir (yg mengandungi lemak yg tinggi dan protien yg tinggi)..tp so far berat dia naik cantik..aku consider ok le..cume kena standby kemungkinan yg ada..td tnye nurse kat klinik tu, camne nk bg dia menyusu lama..nnti boleh le praktikkan..dpt menyusu kira² 20minit pun dah cukup puas bg aku..hari ni kene cucuk 3 serangkai tu..dos yg ke 3..menangis gak la..tp kejap je..pastu ok..on the way balik, mengamuk dlm keta..mata ngantuk..tp lawan mata xmo tido..bg susu xnak..huhue..menguji kesabaran betul..aku tgk anak org lain senang je..bg susu, kenyang, tido..(isk, xbaik ckp camtu..)..last² tido gak..dah ngtk sgt le tuh...bile smpai rumah, letak je kat tilam..terus buka mata..mulut pun buka sekali..nangis..bg susu xnak, tp bile ajak baring sama..bg susu, nak pulak dia minum..macam² la anak Mama ni.. jenuh le camni kalo perjalanan jauh..mane nak baring sama kalo nak menyusu..? pening gak tu nak pikir..erm..ok le..nnti pikir kemudian..aper² pun gaji dah masuk ni..so aku

mau bayar bil..mau bayar bil..mau bayar bil

Monday, August 24, 2009

Perkembangan Bayi 5 Bulan

5 Bulan

• Kepala lebih tegap apabila duduk atau didirikan
• Mencapai objek
• Mengenali orang dari jauh
• Senyum secara spontan
• Menggolek-golekkan badan pada satu arah

*** Adam dah masuk peringkat ini..tp skrg ni dia belum meniarap je..huhue..lmbt sket kot..badan berat..tah² nnti x meniarap..terus ddk + merangkak..hehe..dan skrg dia byk peel..kalo nak menyusu xmo aku ddk..kalo aku ddk..mmg kejap je nyusu..nak baring sama² dia baru nak menyusu lama..nak suh mama dia tepuk² le tu..bijak sungguh anak mama!! ***

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Sempena 1 Ramadhan esok, aku nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua peminat-peminat aku yang berada dimana juga..jgn jadikan musim H1N1 ni utk anda tidak menunaikan tanggungjawab utk berpuasa..last but not least..

" SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA "

Seminar Penyusuan Susu Ibu 20 Ogos 2009

Salam..bertemu kembali..seperti yang dijanjikan, kat sini aku nak update cite psal seminar yg aku hadir semlm..aku sampai di Pejabat Kesihatan Presint 11 dlm kul 8 lebih..dan aku org 1st daftar utk anugerah ibu contoh..(jd contoh aku ni ek..alhamdulillah..) lepas daftar tu, dpt door gift semua..of course la baby things kan..cam sample drypers..then, aku ditujukan dewan seminar..layanan bagus tu..aku ddk barisan kedua..means barisan blkg VIP la..majlis dimulakan dengan kuiz psal breastfeeding ni..asal aku angkat tgn je..diarg xmo tuju kat aku..x aci betul..(tamak tu nak hadiah lagi, padahal kang dpt hadiah 'special' ). lupa plak nak bg tau, siap ade pertunjukan fesyen lg..baju² utk breastfeeding ni..hehe..model² terdiri daripada kakitangan Klinik Kesihatan Putrajaya (kira misi-misi tu le jd model..)

ni la model-modelnya..

Majlis dimulakan dengan perasmian dan penyampaian Anugerah Ibu Contoh (aku la tu dpt), selepas minum pagi baru sesi ceramah dimulakan..ceramah 1st oleh Dr. Wan Hamilton, Pakar Perunding O & G Hospital Serdang..tajuk ceramah beliau PENYUSUAN SUSU IBU..penuh semangat Dr. ni bagi ceramah..dan membuka mata semua org perihal susu ibu ni..Tema penyusuan susu ibu thn ini adalah PENYUSUAN SUSU IBU : TINDAKBALAS BALAS PENTING KETIKA BENCANA, ADAKAH ANDA BERSEDIA?..mmg kena tema tu memandangkan skrg ni mmg byk bencana yg melanda..yg popular skrg ni..HsatuNsatu ni..

Dr. Wan Hamilton

Sesi ke2 oleh Pn. Nor Jannah..menceritakan pengalaman menyusukan anak kembar 4..mmg kagum aku dgn dia ni..umur baru 41 thn..tp anaknya 13 org..mana taknya..1 kali kembar 2 dan 2 kali kembar 4..mau x ramai anak dia..sesi ceramah dia kira touching sket la..huhue..

Pn. Nor Jannah

Sesi ke3..ni yg aku tunggu²..ceramah dari Puan Rita Rahayu Omar,Kaunselor Laktasi dan juga Pengarah Urusan Nurturing Concepts Sdn Bhd...ceramah beliau mengenai 'Breastfeeding Challenges For Working Mothers - Preparation and Tools Can Help'..ni khas utk ibu bekerja..byk info yg dia sampaikan..so skrg antara nak dengan xnak je..byk gak soalan yg ditujukan dan dijawab dgn jelas dan terang..sila lawat sini..

Sesi Puan Rita Rahayu Omar

Akhir sekali, sesi Ubat..'Kenali Ubat Anda'..di sampaikan oleh Pegawai Farmasi..ni pun byk info dan panduan mengenai ubat..mana ubat yg disahkan oleh KKM..mana yg tiruan dan yg diharamkan oleh KKM..

Majlis selesai dlm kul 1.30 gitu..pas mkn aku pun balik...hehe..meh la layan gambo² ni..hadiah yang aku dpt..lumyan..

Ni hadiah yg dpt..sila abaikan pemandangan diblkg..

Ni hadiah Anugerah Ibu Contoh..sape nak bg drypers free camni kan? berbaloi..stok sebln ni..

siap dpt beg baby lagi..

Thursday, August 20, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu

Tanggal 4 Ogos 2008 aku telah disahkan oleh doktor positif hamil anak sulung..Berita ini sungguh mengembirakan aku dan terkejut pun ada..alhamdullillah, aku tidak mengalami alahan yang teruk hanya pening-pening sahaja dan tidak boleh menghidu bau wangi dan juga alergik kepada bau durian..mmg seksa rasanya.tp alhamdulillah aku mampu tempohi fasa pertama..dalam masa mengandung, aku tidak terfikir pun untuk memberikan bakal anak ku ini susu ibu..entah macam mana satu hari itu, aku melayari internet dan terjumpa forum susuibu.com..disitu bermulalah pengumpulan ilmu dan pendedahkan serba sedikit mengenai susu ibu ini.

30 Mac 2009 aku telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.20 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang..kelahiran aku ini
over due..genap 40 minggu 1 hari..dari situ bermula la episod penyusuan ibu ini..setelah melahirkan, aku lambat memberi hisapan yg pertama, setelah 2 jam baru aku susukan anak aku..masa tu dengan tidak tahu macam mana cara pegangan dan juga cara hisapan yg berkesan..aku meminta nurse mengajar aku..tapi masih terkial-kial lagi..setelah balik ke rumah keesokkan harinya, aku mengalami bengkak susu dan juga nipple tenggelam..sungguh seksa waktu itu..dengan baby yg menangis, aku pun turut serta menangis..masa itu, husband byk memberi sokongan..bermula pada itu, aku berusaha mengurangkan bengkak susu..aku tuam breast dengan air panas dan pam keluar susu supaya breast tidak terlalu membengkak..sakit tidak boleh digambarkan!! Dalam pada itu, ada juga suara-suara supaya aku membagi susu formula..but I SAY NO!! aku mampu breastfeeding anak aku..sedangkan ibu kucing pun mampu susukan anaknya yg 3-4 ekor, takkan la aku yang baru seorg anak ini tidak mampu..fikir-fikirkan la..

Tanggal 30 Ogos 2009 ini, genaplah AHMAD ADAM RIFQI 5 bulan dan juga aku telah berjaya menyusukan Adam selama 5 bulan ini tanpa susu formula, air masak mau pun makanan tambahan..aku mmg menyokong sepenuhnya polisi susuan ibu ini..insyaALLAH aku akan teruskan penyusuan in
i sehingga 2 tahun dan seterusnya selagi diizinkan ALLAH..insyaALLAH.. hubungan aku dengan anak juga bertambah mesra + erat kerana dakapan, pelukan dan belaian itu penting utk tumbesaran anak..ada kajian mengatakan, pelukan setiap hari terhadap anak boleh membantu tumbesaran anak, pembentukan minda dan juga sikap anak itu sendiri..ini terbukti anak yg memyusu ibu lebih patuh, taat dan mendengar kata..yg penting JARANG MENDAPAT SAKIT..

Oleh itu, ibu-ibu diluar sana dan juga bakal-bakal ibu..kita dianugaerahkan oleh ALLAH kelebihan dan keistimewaan yang tidak terhingga..iaitu SUSU IBU..jgn ragu, jgn berfikir pjg marilah kita bersama-sama memberi anak kita yg terbaik utk pembesaran mereka..jgn beralasan kerana bekerja, tidak cukup susu, susu tidak banyak..semua itu boleh diatasi..kita
boleh meminta pandangan danpendapat daripada klinik-klinik, hospital-hospital..tidak salah menimba ilmu dan juga menambah ilmu yang sediada..skrg ini pun telah ada badan-badan sokongan dan juga NGO yang menyokong penyusuan ibu ini..mereka berbangga kalau dapat membantu kita semua..sharing is caring..

Akhir kata

" SAY YES TO BREASTFEEDING ″

Mama + Adam menyokong penyusuan ibu..

Oleh itu, mari bersama-sama menyertai peraduan ini dan menyokong penyusuan susu ibu..

Terma dan syarat peraduan:

  1. Terbuka kepada semua penulis blog.
  2. Buat 1 entri di blog anda untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu dengan cara paling menarik dan kreatif.
  3. Entri boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
  4. Copy & paste logo peraduan ini di permulaan entri anda.
  5. Linkkan logo itu kepada entri ini.
  6. Masukkan blog Mom’s Choice dalam blog list anda.
  7. Tinggalkan komen di sini dengan menyertakan link terus ke entri anda yang menyertai peraduan ini.
  8. Peraduan bermula 1 OGOS dan berakhir pada 22 OGOS 2009.
  9. Pemilihan pemenang akan diadili oleh para hakim yang dilantik oleh Mom’s Choice.
  10. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

SERTAI SEKARANG

“HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK 2009″

Wednesday, August 19, 2009

BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST by Mommy_Zara

Salam..aku terpanggil nak join contest ni..rase cam berminat dan senang je..hehe..tp ade syarat² nya..syarat² seperti di bawah :

syarat2 utk join contest ni:
1. jd follower Mommy_Zara <--- click sini
2. sila add banner di atas pada sidebar..
3. buat special entry utk contest ini dan sertakn sekali satu picture baby uols yg comey! dan satu picture baby bersama mommy atau daddy! kedua2 gambar akan diambil markah..
4. sile nyatakan skali nama baby dan umur baby. tips: gambar baby comey dgn aksi bersahaja tp masih mengekalkan kecomelannya mungkin menjadi pilihan juri
5 sila nyatakan bila gambar diambil.
6. link kn blog Mommy_Zara . sila tinggalkn comment bila dh siapkn entry k...

*A.L.E.R.T*
semua baby yg manjadi peserta mestilah dr umur....
newborn ------------------------> 3 thn
for those yg single, uolls juga bleh sertai contest ni & syarat menghantar gambar seperti diatas haruslah dipenuhi..


Nama : Ahmad Adam Rifqi Bin Mustazalaffindi
Umur : 4 bulan 2 minggu 6 hari
DOB : 30/03/2009

gambar 1st - sorang
** Gambar ini diambil pada 26 Julai 2009 yg lepas..masa tu ptg dlm kul 2.30pm gitu..ni tgh menangis sebenarnya..mengamuk tak nak tido..tp bile snap gambar mau plak Adam ni senyum..**

gambar bersama Ayah..
** Ni masa makan Kenny Rogers kat Alamanda Putrajaya, masa ni tgh tunggu order..so Adam kebosanan..gambar ini diambil pada 10 Julai 2009**

harap adalah rezeki Adam ek..sekian, terima kasih..

Merundum..

Mau cite sket..igt saham je akan merundum..rupa²nya production aku pun merundum gak..xtau le silap kat mane..maybe miss waktu pump kot..sbbnye mlm mmg pyh sket nak pump skrg.. malam Adam akan menyusu selang sejam..so kalo aku bgn pump..bile masa mau tido..?? weekend mmg totally out of service le..bergayut je (dtg penyakit M pun ye..) help help..camne nak bg semangat sket ni..so pg td terpakse le curi 1 botol stok EBM..sbb yg aku pump cukup utk 5 botol je..Adam minum 6 botol..tp kekadang x abih pun..semlm ade lebih dkt 3oz..so minum dek sinki je..bekalkan sket kang takut x cukup..sian plak..nnti kang xde susu nak minum..xpe le kot bazir sket..janji Adam cukup dpt susu..so berbalik kpd production yg merundum tu..camne ek nak atasi..adakah kesan daripada aku makan kapsul fenugreek tu? x sesuai ngn badan aku? atau pun aku skrg kurang minum susu Anmum tu? adakah kurang sesi mengepam? jadi kesimpulannya, sume diatas adalah tepat..skrg kena rajin pump + minum susu Anmum tu..3-4 gelas sehari..aku dari hari ke hari nak gi cari logan kering tu..tp x pegi² gak..kwn kata ade jual kat kedai di Sri Serdang..tp blm berpeluang nak gi sana..musim H1N1 ni, nak kuar rumah pun x rajin..utk keselamatan Adam juga..skrg ni aku stop dulu mkn kapsul tu..mane tau kot² x sesuai..kalo bkn sbb kapsul tu, aku akan continue balik..aku kena gak tangani stress dgn berkesan..jgn amik port sgt hal² yg remeh temeh...sbb perjalanan penyusuan ibu aku ni masih jauh..Adam baru nak masuk 5 bulan..so ade lagi 19 bulan utk capai target 2 thn (long term) kalo short term mmg insyaALLAH akan tercapai bila Adam 6 bulan nanti..persiapan bulan puasa pun insyaALLAH..aku boleh hadapi..jgn risau sgt ok? ZIMAH U CAN DO IT!! stok EBM pun bole kata byk gak le..mencecah 60 botol gak(tp xde le semua 4oz, campur²)..tp kena tambah lagi tu..stok June nak kena rotate by September dah expired..perjalanan masih JAUH..

TERUSKAN USAHA..PASTI JAYA!!

** Adam yg terkini **

Tuesday, August 18, 2009

Berita Baik..

Salam..aku nak kongsi cerita sket..pg td dpt call dari Pejabat Kesihatan Putrajaya..aku terpilih bagi menerima penghargaan ibu menyusukan bayi secara eksklusif..padahal lom sampai target 6 bulan lg..skrg Adam baru 4 1/2 bulan..alhamdulillah..rezeki Adam..so aku kena hadir majlis tersebut pada 20 Ogos 2009 ini, bertempat di Pejabat Kesihatan Putrajaya, Presint 11..selain dari terima penghargaan tersebut, ada juga seminar psal susuan ibu ini..best best..kira balas balik le sbb aku x dpt hadir Majlis Sambutan Susu Ibu Sedunia yg diadakan 14 Ogos lepas kat Hospital Putrajaya.. antara penceramah ialah Kaunselor Laktasi, Puan Rita Ayu Omar..wah, ini sudah bagus..bleh tnye soalan byk² nnti..memandangkan skrg ni production aku merundum sket..(miss pumping pun ye, tu yg jd merundum..) so tunggu n3 akan dtg ek..update psal seminar ni..

Kursus Teknik Pengurusan Pejabat, Tugas Dan DIri Yang Profesional

Pada 13 & 14 Ogos 2009 lepas, aku telah dihantar oleh HR menghadiri kursus di atas. Sebab musababnya, sepjg thn ni..aku belum hadir kursus lg..(cuti bersalin and so on). Kursus ini diadakan di Legend Hotel KL..so pepagi dah aku gerak gi KL naik train sajork! (boleh claim ke tak nih??) Kursus ini anjuran BIZ TRAINING..mmg best..pencermah adalah seorang INDIAN LADY.. Penguasaan Bahasa Melayu mmg marvelous..kalah org Melayu sendiri (ni kes ckp campur² + slang English). Trainer ANANTHY SANKARAN..overall kursus ni mmg best..ajar bagaimana menjadi seorg pekerja yg profesional..cara bercakap..buat kerja..manage time and so on..pendek kata masa 2 hari tu mmg best + enjoy..masa sesi ceramah mmg santai + Align Centerselambe..boleh digunakan semasa ditempat keje mau pun bersama keluarga..hehe..

barisan peserta mostly dari PPj ex sorg je dari TNB..

Wednesday, August 12, 2009

Yatie Chomeyl's Giveaway - Kisses Of Love

Salam..aku belek², godek²..so terjmpe la contest kat atas tu..rase cam nak join je..senang je caranya..jd follower, pastu link kan blog ni..pastu buat entry psal gambo ni..so senangkan..kalo nak tau bleh check kat sini..
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/08/yatie-chomeyls-giveaway-kisses-of-love_08.html

ok gambonya kat bawah..mase ni amik minggu lepas..8hb Ogos lepas..mase tu kat Mines..jalan² ke sana..(musim H1N1 ni pun nak jln² lagi..x insaf tu..)


Monday, August 10, 2009

Kursus

Pada 13-14 Ogos ni aku kena hadir kursus kat Lagend KL Hotel..erm..sib baik balik hari, bkn bermalam..so aku kena cari tmpt nak buat kerja *pump* susu ni kat mana..surau mesti ada, pastu mesti ramai kot yg lakukan aktiviti ni..kena bwk bateri le nmpk je..just for backup..ok le mau balik..daaaa..

Friday, August 7, 2009

Aqiqah

Meh layan gambo ni..

**sesapa yg takut jgn tgk tau**

Gambar diatas adalah subjek yg di Aqiqah kan..3 ekor kambing..2 utk Adam dan 1 utk Leesya..gumuk² kambing tu..

Baik..

Demam 2 org kesayanganku sudah baik..alhamdulillah..xtdo lena mama tau..pas ni jgn demam² lg ek..mama jd zombie gi keje..

Thursday, August 6, 2009

Penyakit 'M'

Telah melanda diriku..
Harus kuatkan semangat..
Tambahkan sesi mengepam..
MESTI BOLEH!!
20 bulan sahaja lagi..
Teruskan berjuang..
Usaha pasti jaya..

Demam

Sari berita penting..DEMAM..weekend lepas hubby aku demam..pastu Adam plak jangkit ngn ayah dia..jenuh le aku mau jaga 2 org sakit serentak..psal hubby aku tu..2 hari dia xbleh bgn..demam kena tegur ngn 'Hantu Kambing'..ceritanya bermula camni..Jumaat lepas (31 Julai 2009) aku cuti, pastu balik kg sbb ada majlis aqiqah Adam + Leesya..nak dijadikan cerita, hubby aku gi la tmpt sembelihan itu.(kat kandang kambing..) tah mcm mana..xtau sbb apa..esoknya terus demam.. x larat mau bgn..ngn pusing mata bagai..aku suspek ni kena 'tegur'..memula igt demam biasa je..mkn ubat pun x kebah²...badan makin lama makin panas..sudahnya 2 hari le Cik Mus berkurung dlm bilik..lupakan segala keriuhan dan keramaian majlis kenduri..sian betul aku tgk..sudahnya, aku mtk le 'berjampi' sket..kot² kurang..alhamdulillah..lepas je 'berjampi', minum air penawar bagai.. beransur pulih..dah boleh bgn..dah boleh mkn..kalo x, nak bgn pun rase cam nak pitam..sian betul tgk..selepas je Cik Mus beransur pulih..Adam plak demam..dgn selsemanya lagi..susah mau napas.. sian plak aku tgk..tido pun xlena..asek menangis je..aku basah²kan, lap² badan dia bagi sejuk..sib baik demam sehari je..kalo lama, jenuh gak le..asek ek ek ek je..