Tuesday, January 25, 2011

Ibu Masih Boleh Menyusukan Walaupun Demam

Assalamulaikum

Saya nak berkongsi cerita mengenai penyusuan..Kebanyakan ibu-ibu tidak tau boleh atau tidak menyusukan anak masa kita demam...Kesimpulannya boleh..memang lagi digalakkan menyusukan anak ketika kita demam..Penyusuan ibu ketika ibu dilanda demam dapat membantu anak meningkatkan sistem pertahanan badan dia secara tidak langsung..Saya sendiri pernah menyusukan anak ketika demam..bagi saya masa kita demam ni la lagi byk antibodi badan kita dihasilkan untuk melawan virus demam ni..dan secara tidak langsung, anak akan mendapat antibodi sedikit sebanyak yang disalurkan melalui susu kita..Mari saya berkongsi satu kenyataan yang saya dapat dari forum al-fikrah.net ni untuk panduan kepada ibu-ibu sekalian..

Ibu Masih Boleh Menyusukan Walaupun Demam

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya.

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

 menyusu dimana-mana..

Oleh itu, ibu jangan meragui susu ibu..ALLAH telah menciptakan susu ibu sungguh sempurna..tiada tandingan di dunia ni..kenapa diragui keistimewaan susu ibu tu sendiri..Tepuk dada tanya selera..

Ada ibu yang diberi ubat oleh doktor dan doktor menyuruh ibu tersebut memberhentikan sementara penyusuan ibu..Maybe antibiotik..sbb ada sesetengah antibiotik memang boleh menjejaskan kualiti susu ibu dan disalurkan pada anak..So why now kalau ibu yang demam ni, mengantikan ubat itu dengan supplement..Kita telah sedia maklum yang Vitamin C memang berfungsi sebagai pertahanan diri..Kalau demam makan Shaklee vitamin C 500mg 2 biji dan patahkan dua..ini boleh membantu mengurangkan demam..malah Shaklee Vitamin C ini diperbuat secara organik dan nutural..dan tidak mengandungi kesan sampingan..saya sendiri memang pengguna tegar vitamin c ini..alhamdulillah, sejak mengamalkannya saya jarang dijangkiti demam dan selesema..Syukur..

Akhir kata, penyusuan ibu harus diteruskan walaupun ibu mengalami demam kerana susu ibu tiada tandingannya..
Sharing is caring..

Monday, January 17, 2011

Susu Lain Setelah 2 Tahun, Perlukah???

Assalamulaikum

Wah, topik yang hangat di pasaran sekarang ni..Perlukah ibu memberi susu lain setelah lengkap 2 tahun penyusuan? Big word, PERLU!! Bagi saya la kan, kita perlu bg anak susu..Tak semua anak-anak suka makan.. Macam kedua-dua anak saya, Adam dan Aisyah (anak susuan) kadang kala memang payah nak makan..So kemungkinan kekurangan kalsium dalam badan agak tinggi..Jadi jalan penyelesaian ibu harus berikan susu sebagai ganti kalsium..Ini terpulang kepada mak-mak sekalian, kalau mampu nak sediakan makanan yang lengkap sama macam sistem piramid tu, teruskan, tapi kalau tidak mampu tu..tepuk dada, tanya selera..Bukan nak minta bergantung kepada susu sgt, cuma susu itu adalah pelengkap bukan makanan utama..makanan utama masih lagi makanan harian..lagi best, air tangan mak itu sendiri..Ala, just sepinggan nasi + ayam goreng + sepotong betik dan sayur..apa lah sgt kan..hehe..*** ckp kat diri sendiri gak..kekadang bg nasi + telur goreng + kicap..

Kat sini saya nak kongsi infomasi yang diterangkan panjang lebar oleh Mommylyna mengenai penyusuan selepas 2 tahun..Kira dah graduate la ni..Terima kasih kepada Mommylyna berkongsi ilmu..Toche!

1. Susu bukan calang-calang minuman. Ia ada disebut dalam al-Quran

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya” (an-Nahl:66)

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya; Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu” (al-Mu’minuun:21)
2. Susu adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW (susu kambing)
Dalam peristiwa israk Mikraj, Rasulullah dihidangkan 3 benda; arak, madu dan susu kambing. Baginda memilih susu kambing dan meminumnya.

3.  Susu sangat banyak khasiatnya (bukan setakat kalsium aje). Rasulullah menerangkan bahawa susu boleh menguatkan akal, menajamkan akal, menguatkan badan dan membaiki pengelihatan

Dan ada satu perkara lagi yang saya baru jumpa, semasa mengulangkaji bab sinaps yang saya belajar dalam Seminar Early Childhood Education di Genius Baby on Board minggu lepas.

Susu penting untuk menjadi bijak!
Susu (tak kira susu ibu, susu lembu, susu kambing) mengandungi sejenis asid lemak yang dinamakan Gangliosida. Gangliosida ni penting untuk otak. Ia membantu otak untuk menyambungkan sel-selnya. Umpama fungsi pensel nak sambungan titik-titik pada lukisan dot-dot tu…

Semakin banyak sel-sel otak bersambung, semakin cepat pembelajaran berlaku 
Itulah hikmahnya bayi disarankan diberi minum susu badan sehingga usianya sekurang-kurang 2 tahun. Semasa usia ini, sel-sel otak giat berkembang. Sel otak berkembang dengan pesat di awal usia (0-3 tahun). Jadi tugas ibu bapa ialah menyambungkan sel-sel yang dah terbina tu. Itulah antaranya dengan memberi nutrisi terbaik untuk otak, yakni Gangliosida.

Jadi anak kita memang perlu minum susu. Selain susu penting untuk perkembangan otak mereka (biasa kan orang kata susu ni untuk tulang dan gigi aje), ia juga sebagai penggalak kepada mereka menggemari minuman sunnah.

Al-Quran menyuruh ibu menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun, dan al-Quran juga suruh minum susu dari binatang (lembu, kambing, unta) iaitu selepas usia itulah. Jadi dalam menggalakkan penyusuan ibu perlu jelas, usia 0-2 tahun -> minum susu ibu; usia 2-XXX tahun -> minum susu haiwan ternakan. Susu yang segar tenyata lebih berkhasiat dari susu tepung (susu formula). Jadi cuba dapatkan susu lembu/kambing/unta/etc segar untuk anak-anak.

Galakkan anak-anak menyukai susu, sekurang-kurangnya mengikut salah satu langkah sunnah. Untuk bayi, usahakan untuk memberinya susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang paling sesuai buat mereka.
Oleh itu, kita kena balik kepada fitrah..memang susu ibu menjadi keutamaan bagi anak berumur 0-2 tahun..selepas itu boleh la diberi susu lain selain susu ibu..paling baik susu segar berbanding dengan susu tepung..Saya bukan kondem susu tepung..tp ikut kemampuan masing-masing..susu segar memang mahal berbanding susu tepung..yang mahal itu la yang elok..ikut selera masing-masing dan keadaan kewangan..susu hanya la pelengkap, bukan menu utama anak..
Happy Breastfeeding..

Saturday, January 15, 2011

Inspirasi Si Kecil Bernama Semut...Kalau semut yang kecil ini boleh lakukan, apatah lagi kita manusia yang istimewa ini..

Assalamualaikum

Tadi jalan-jalan, buka sana buka sini, jenguk sana jenguk sini dan terselak la kat satu web ni..Dah lama saya tidak melepak kat web ILUVISLAM.COM ni..baca punya baca, jumpa la satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama..Inspirasi Si Kecil Bernama Semut..


Kita seringkali terdengar perumpamaan rajin seperti semut tetapi tahukah kita kenapa wujud perumpamaan sedemikian? Mungkinkah ada perumpamaan lain yang juga sesuai untuk semut?


Semut, makhluk Allah yang kecil, tetapi kecilnya seperti cili padi, pedas dan berasap? kenapa ya?


Kalau kita perhatikan semut, semut  akan selalu berusaha secara berulang-ulang dan terus menerus sehingga ia berjaya mencapai matlamat yang digenggam.


Analogi yang diberikan cukup mudah. Bayangkan kalau ada cebisan makanan di lantai, dan cebisan itu saiznya jauh lebih besar daripada si semut, tetapi pernahkah nampak semut tidak mengerumuni cebisan makanan itu? Tidak bukan? Semut akan berusaha mengangkut cebisan makanan itu ke sarangnya sedikit demi sedikit sehinggalah habis.


Andai dalam perjalanan mengangkut cebisan makanan itu terhalang, semut akan berusaha sedaya upaya dan memilih jalan yang lain mungkin ke kiri dan mungkin juga ke kanan sehinggalah matlamatnya untuk mengangkut cebisan makanan tersebut ke sarangnya tercapai.


Kadang-kadang jalan yang dilalui si semut itu terhalang dek air, maka ia bersama kawan-kawannya saling berkerja sama membuat jambatan. Jika semut-semut yang lain sudah menyeberang, maka semut-semut yang membentuk jambatan akan merapat ke tepi.


SubhanAllah, Indahnya ciptaan illahi :)


Hakikatnya, semut mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam mewujudkan tekadnya untuk meraih apa yang diinginkan malahan ia tidak pernah kenal erti penat mahu pun lelah.


Sebagai perkongsian cerita, pada suatu masa dahulu ada seorang arab badwi pergi merantau kerana sesuatu keperluan. Dia merasa sangat letih dan penat serta berputus asa. Maka ia terduduk dan berfikir untuk kembali lagi. Kemudian dia melihat seekor semut yang merangkak naik ke atas batu besar, namun semut tersebut jatuh dan semut itu terus merangkak  naik lagi ke atas batu besar itu berulang-ulang kali.


Setelah mencuba, akhirnya semut itu berjaya menaiki batu besar itu . Melihatkan situasi tersebut, si arab badwi itu berkata " Saya sepatutnya bersabar dan berusaha keras lebih daripada semut tersebut."


Akhirnya si arab badwi itu meneruskan perjalanannya dan berjaya sampai ke tempat yang ditujunya dan dia berkata "Cari dan raih , jangan pernah berkeluh kesah dan bosan dari usaha meraih apa yang kamu inginkan. Kerana penyakit orang yang ingin mencari dan meraih sesuatu adalah bosan."
Hebatkan si kecil bernama semut?


Terdapat kajian yang dijalankan menunjukkan semut mengumpulkan makanannya dari musim panas sehinggalah ke musim sejuk. Oleh sebab semut tidak banyak keluar pada musim sejuk, maka makanan yang telah dikumpul hanya di makan apabila tiba musim sejuk ini.


Cara semut untuk memastikan makanan yang disimpan itu kekal elok, maka dengan kuasa illahi semut tersebut akan membelah ditengah biji bijian itu di tengah bagi memastikan makanan itu tahan lama.


Semut mempunyai sifat cekal dan kesabaran yang tinggi malahan kita wajar mengambil iktibar darinya. Malah seandainya anda meletakkan sebuah batu ditengah-tengah jalan yang digunakan oleh kawanan semut, mereka tidak berundur sebaliknya mencari jalan lain dan berusaha sehingga matlamat itu tercapai.


Kalau dulu, saya hanya percaya perlu rajin seperti semut, tetapi kini saya percaya perlu gigih dan cekal seperti semut.

Marilah kita contohi sikap semut ni..rajin berkerja dan sentiasa berkerjasama..Tidak dengki sesama sendiri dan berkongsi makanan @ hasil yang diperolehi bersama-sama..Selain itu, sikap semut juga tidak mudah putus asa.*** peringatan utk diri sendiri gak..Jom tiru macam semut yang kuat bekerja..

Anda buat, anda dapat.. :)