Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Nora Elena : Final Episod

Assalamulaikum..



Tepat kul 7 kang, mesti semua peminat drama bersiri Nora Elena ni terpacak depan tv..hari ni last episot beb! mesti semua orang tak sabar nak tgk kesudahannya? Apakah pengakhirannya?? Adalah happy ending? Ikut novel Kasih Yang Suci..happy ending? tapi tak tau la kan kalau ada kejutan dari pihak penerbit..kalau laa tak happy ending..mesti ada peminat tegar yang mengeluh, marah, geram sebab ending bkn seperti yang diharap-harapkan..so kita tunggu jam 7 nanti..

Mesti ramai balik on time hari ni..mana yang ada keja tu..cepat-cepat siapkan..hari ni masuk asar je terus solat siap-siap kat opis..kang balik mau berdezup masak..** ni tujukan khas untuk saya la..hehe..amik anak kang xde sembang-sembang ngan pengasuh lama-lama..amik terus capai beg anak..terus balik..laju-laju ni..penangan Nora Elena punya pasal..padahal kalau terlepas pun bleh tgk kat tonton.my..tapi, perasaan teruja tu tak sama..nak gak jadi tengok kesudahannya..nak jadi orang pertama update status kat FB masing-masing tiap sceen yang terjadi..** saya la ni..hehe..x sabar ni..cepatlah kul 5..nak ready masak, mandi pastu ngadap tv..xbleh miss ni..

Wednesday, April 20, 2011

Sutera Bidadari - Akhirnya Kita Menemui Jalan Pulang

Assalamulaikum

 " Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini.."

Wah sungguh teruja saya!! Excited betul laa..tak lama lagi novel Trilogi Bagaikan Puteri ni nak keluar..Khas untuk Pesta Buku Antarabangsa 2011 ni..harus cari novel ni nanti..akan keluar hujung April 2011..Waaaa..teringin nak pegi Pesta Buku..tapi tu laa..kena cuti la gamaknya..xkan nak bawak Adam plak kan..tentu sesak time tu..Ok meh review sket psal novel ni..ni adalah kesinambungan novel yang lepas..Sutera Bidadari adalah yang ke 5..ingatkan selepas Cinta Sufi dah xde sambungan..rupa-rupanya ada..mesti peminat RAM menantikan sambungan ni..trilogi ni memang best!! Saya dah la peminat setia RAM..semua novel karya dia memang ada simpan..syok betul baca!

Trilogi Laksamana Sunan @ Saifudin
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencipta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari

Ni sinopsis yang saya copy paste dari RAMFC..

Sutera Bidadari :-

Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
 
Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin.

Saifuddin -  Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.

Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya...Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu ketika dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.

Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abdil Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.
  
 "Awan..kalau dapat kucapai maka saktilah hamba.."

 " Tatkala cinta berbisik, hatinya memuji Tuhan. Tatkala rindu terusik, RasulNya jadi pilihan.."

" Dendam Itu Bara..Marah Itu Api! "

 " Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit.. "

Tagline best..
" Mati Itu Pasti, Hidup InsyaALLAH..."
" Sebagai manusia, aku sayang padamu.."