Sunday, February 27, 2011

SGM 3 : Smooth Sailing Breastfeeding Journey

Assalamulaikum

Kepada ibu-ibu menyusu, saya nak wat-warkan mengenai SGM ni..Mana-mana yang nak menambah ilmu tu boleh la hadir seperti tempat dan masa yang tertera di bawah ni ek..Semua menda boleh bincang, SGM ni takde la straight kepada tajuk sgt..saya pernah hadirinya..


Topic:
Smooth Sailing Breastfeeding Journey

Date: 27th February 2011, Sunday

Time: 10am ~ 12noon

Venue: Moms Basic, Saujana Utama, Sg. Buloh

Will discuss on barriers & challenges in breastfeeding and how to overcome each problems in three different phases.

Special Mini Topic: Let's learn the Marmet Technique. A handy skill that every mom should have!

As usual, it is a baby-friendly and casual event. We shall have pot-luck at the end of the session.

Limited seats. Hurry! Register your name (and your friends' too) by emailing to momsbasic@gmail.com before 23rd February 2011.

Happy Breastfeeding
p/s : saya akan hadir pada hari tersebut bersama-sama Along Azrina..boleh kita berkenal-kenalan...

Saturday, February 26, 2011

26/2/1957 - 6/5/2009

Assalamulaiku..

Happy birthday to arwah ayah..even arwah dah takde..we still remember your birthday..Al-Fatihah..semoga arwah ayah dtempatkan dengan orang-orang yang beriman..

p/s: adik-adik ku...jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa sentiasa untuk arwah ayah..hanya doa anak yang soleh akan mensejahterakan arwah di sana..miss him a lot..

raya tahun 2005

Friday, February 25, 2011

Adam Ni Aktif Sangat La...Ni Mesti Mamanya Banyak Telan Vitamin..APAKAH?

Assalamulaikum

Minggu lepas adik dtg rumah..dah lama x jmpa Ahmad Adam Rifqi kaedahnya..seronok hero seorang tu..ye la sikit-sikit tashu (maksu), a'da (makda)..tu je la..kejanya melompat, berlari, memanjat, mengacau orang..kalau org datang rumah..lagi dia seloks..seloks tunjuk peel dia la..semua menda nak tunjuk..kekadang tensen gak la..tp dah namanya budak-budak kan? sampai adik saya cakap..'aok ni byk makan vitamin ni, tu le pasal adam aktif melampau..cer stop makan dulu..' saya adalah ibu menyusukan anak..apakah? teori mana la adik saya ni guna...tok bomoh mana la dia rujuk..saya sekadar tersenyum je..bagi saya vitamin bkn mempengaruhi keaktifan anak..alhamdulillah la anak saya aktif..ni menandakan dia sihat, minda dia cergas dan sentiasa bergerak meng 'explore' sekeliling..kadang-kadang saya rasa tertekan gak..sbb tak duduk diam..tapi kalau la itu membuatkan dia boleh merangsangkan minda dia, saya harus akur..mak saya cakap, anak saya ni hanya suku je aktifnya dari saya..maksudnya, saya ni lagi aktiflah..hehe..so jangan tunding jari kat vitamin ek..bkn vitamin yg bg anak aktif..tapi faktor mak nya ni haaa..

Aktif saya bkn setakat memanjat ye kawan-kawan..aktif saya sampai main air dalam singki, masuk dalam peti ais, masuk dalam oven yang lekat sekali dengan dapur memasak tu..aktif saya sampai duduk dalam bekas nasi tu, aktif saya sampai mak pening kepala..terjun tingkap, turun ke tanah ikut lantai rumah ** dulu duduk rumah papan, rumah dulu-dulu kan ada papan boleh tanggal bertujuan untuk buang air kecik.. pendek kata memang lebih aktif dari anak saya ni la..so xbleh nak kata apa..hnaya mampu bersabar..kadang-kadang geram gak..hehe..memang anak bertuah..

Jangan la risau kalau anak aktif..tu tandanya dia sihat..selagi tak jadi hyperaktif dah cukup bagus..

tgk tinggalkan mama kat belakang..

 peace to kawan-kawan Mama..

Wednesday, February 23, 2011

Relaktasi @ Proses Penyusuan Semula

Assalamulaikum

Maksud relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.  Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.

Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, anda boleh mencuba Set B dan juga  Energizing Soy Protein. Di dalam set B juga kami menyediakan alfafa di mana ia membantu untuk perbanyakkan susu di samping ESP..
Happy Breastfeeding..
credit to blog Puan Suraya, LC  

Friday, February 18, 2011

Hypersimulation dan Power Pumping

Assalamulaikum

Saya nak nak terangkan mengenai power-pumping @ hypersimulation ni..Merupakan kaedah yang bagus untuk ibu-ibu yang mengalami pengurangan susu..

Hyperstimulation dan power-pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya. Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan di waktu malam kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.  Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Happy Breastfeeding..

Wednesday, February 16, 2011

Khas Kepada Ibu Menyusu : Makanan Untuk Membanyakkan Susu Ibu

Assalamulaikum

Salam 1 Malaysia,
"Oh, Tidak! Susu drop!" "Aik? Kenapa susu aku kurang ni..???!!" Mungkin ibu menyusu pernah berkata camni kan?? Boleh dikatakan kebanyakkan ibu mengalami kemerunduman susu ibu dan stress memikirkannya..Saya pun pernah mengalamai perkara yang sama..Apa yang saya buat ialah, mencari makanan untuk memperbanyakkan susu ibu dan keep pumping 3 jam sekali dan serta kerapkan directfeeding..Selain itu, saya juga buat power pumping jika susu berkurangan..Jom saya share info dari Blog Lyna ni..

kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap

Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
  • Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
  • Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
  • Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma.
  • Tinggi kalsium – susu.
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  • Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
Pengambilan makanan di atas semasa hamil? Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu. Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan? 
Bagi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? 
Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu? 
Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.

Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu? 
Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.

Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing.. namun bagi manusia, proses tersebut tidak semudah seekor kucing menyusukan 8 ekor anaknya ( ada juga kucing yang taknak menyusukan anaknya, mujur zaman sekarang ada FM untuk kucing, kalo tak kesian anak2 kucing tu) atau harimau menyusukan anaknya (seganas2 harimau adalah ibu yang penyayang). Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.

Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.

Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.

Semoga info ini dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak..

Happy Breastfeeding..

Monday, February 14, 2011

Countdown to 2 years..Hampir lengkap misi penyusuan 2 tahun..

Assalamulaikum

Perjuangan saya untuk mencapai misi penyusuan 2 tahun hanya berbaki 43 hari saja lagi..Syukur alhamdulillah saya masih bertahan sehingga kini..Tapi kadang-kadang penyakit M nak mengepam itu datang..dan pernah menyuarakan kepenatan mengepam, tapi Encik Ayah membagi kata-kata semangat.."Sedangkan untuk 2 tahun mampu bertahan, takkan la lagi berbaki x sampai 2 bulan tak mampu.." Alhamdulillah saya mendapat suami yang menyokong sepenuhnya penyusuan ibu..Sekeliling yang menyokong susu ibu..Family yang memahami..serta kawan-kawan dan rakan-rakan pejabat yang menyokong..Alhamdulillah..

Penyusuan tidak akan tercapai sekiranya tiada semangat yang kuat dan keazaman yang tinggi..Masa saya mula-mula berjinak-jinak dalam penyusuan ibu ini, saya hanya target sampai 6 bulan je..then bila sampai 6 bulan menyusu, saya berkata pada diri sendiri..kenapa tak teruskan?? Then saya menempuh 6 bulan kedua..dan sehingga kini..hampir mencapai 2 tahun..tak sangka saya mampu lakukkannya..Syukur YA ALLAH..Dalam tempoh penyusuan ni, banyak dugaan dan rintangan..Saya sanggup tidak outstation semata-mata tak nak tinggalkan anak..Sebab anak menyusu badan..selama 2 tahun gak saya tidak pernah menghadiri kursus di luar pejabat yang perlu bermalam..Saya sanggup tidak memohon kursus-kursus yang jauh dari pejabat..betapa saya tidak sanggup untuk melupakan saat bonding bersama Adam..Wah, camne la perasaan saya sekiranya nak bercerai susu nanti..Sure saya akan sedih...huk huk huk..

Memula dulu saya tidak tau apa itu penyusuan ibu..ingat bagi susu je camtu..rupa-rupanya bidang penyusuan ibu ini luas..sangat luas..saya mula berjinak-jinak dengan forum susuibu.com..hanya silent reader..dari cara penyimpanan susu, mengepam, masalah latching dan banyak lagi..Di sana juga saya berkenalan dengan sahabat baik saya..Along Azrina..banyak ilmu yang saya dapat dari dia..kalau ada masalah saya bertanya dengan dia..Alhamdulillah, persahabatan kami makin rapat setelah anak dara ke2 beliau menjadi anak susuan saya..Tak sangka kan, saya dapat anak dara express..Masa itu Along mengalami bengkak susu yang serius dan kekurangan bekalan stok EBM..masa tu mmg stok saya sangat banyak dan hampir-hampir tarikh lupus..kalau disimpan lama-lama nak dibuang sayang..Banyangkan laa, stok lagi 1 bulan nak expired memang byk, belum lagi campur stok-stok baru..Pendek kata penuh peti ais tu..xde ruang langsung untuk barang-barang basah..Alhamdulillah, ALLAH pertemukan kami..langsung terjalin la persahabatan ini..Syukur kepada ALLAH..

Bagaimana saya berkenalan dengan Shaklee? Saya memang mencari supplemen untuk bagi badan saya tidak penat..seriusly, badan saya amat penat..ye la..penat di pejabat, di rumah dan dengan anak lagi..tak terdaya rasanya..Bila badan penat, mula la stress, lepas tu susu akan drop..Tapi masalah utama saya, berat badan anak tidak naik cantik..so saya mencari jalan untuk bagi memperkayakan lagi nutrisi susu..saya memang sanggup cuma aper saja supplement..yang serasi dengan saya hingga kini adalah Shaklee..Selepas mengambil Set B Shaklee..saya rasa badan bertenaga, kurang penat, kurang lesu..paling bonus susu makin pekat dan ada sedikit peningkatan..bonus paling besar, semasa bersama suami...tidak rasa kering lagi..Alhamdulillah..Terima kasih kepada Hasmah memperkenalkan saya dengan Shaklee..Lantas daripada itu, saya melangkah setapak lagi untuk membantu ibu-ibu menyusu, wanita yang pentingkan kecantikan dan kesihatan, lelaki yang mementingkan kesihatan dan kesuburan..saya berjuang dalam Shaklee telah memasuk 5 bulan..Saya bukan mengejar wang semata-mata tapi membantu mereka untuk sihat, bertenanga, ceria dan seterusnya akan cemerlang dalam kehidupan..Bila badan sihat, kita mampu membuat apa saja..Kalau badan sakit-sakit, tak guna gak bila mempunyai duit yang banyak kan??

Ok lah, dah panjang lebar saya bercerita..Kepada ibu-ibu baru yang diluar sana..sekiranya anda mempunyai masalah dalam penyusuan..Jangan segan untuk bertanya kepada saya..saya sedia membantu..Jangan takut, saya tidak akan mengenakan apa-apa caj..Hanya PERCUMA..sebab saya ini hanya SUKARELAWAN.. Setiap kesusahan kita, ada jalan penyelesaiannya..ALLAH tidak akan mendatangi kita dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi..Perlu ingat :-
- Kekerapan mengosongkan breast samada secara direct feeding @ pam..
- Minum air yang banyak dan pemakanan seimbang..
- Sentiasa berdoa..
- Jalani kehidupan yang sihat dan hindari stress..
- Istiqamah dan berterusan..
- Keyakinan mampu menyusukan anak..
- Sentiasa bersemangat, cekal, tabah dan pekakkan telinga dgn kata-kata menjatuhkan semangat..
- Gembira dan senyum selalu..

Happy Breastfeeding..

anak susu ibu