Showing posts with label SGM. Show all posts
Showing posts with label SGM. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

SGM 5 - Working Breastfeeding Mom : Make It Works!

Assalamulaikum

Topic: Working Breastfeeding Mom: Make It Works!
Date: 25th June 2011, Saturday
Time: 9.30 am ~ 11.30 am
Venue: Moms Basic, Saujana Utama, Sg. Buloh

Kepada rakan-rakan yang berhampiran dengan Sungai Buloh..boleh la kiranya lapangkan masa untuk menghadiri SGM ini..banyak ilmu dan info yang boleh dikongsi bersama..
Datang jangan tak datang!!

Happy Breastfeeding..

Wednesday, June 1, 2011

Baby Led-Weaning

Assalamulaikum

Sabtu lepas 21 Mei 2011 saya berkesempatan menghadiri SGM di Moms Basic Sg Buloh...Jauh tu kan? Sebab apa? Sian tau kat komuniti Sg Buloh ni masih ada yang terbuka minda dalam BF ni..so saya hanya la meramaikan ahli korum dan juga tempat selesa..thanks to Nuha..hehe..saya suka gi sana..sebab ada ekon..anak pun bebas nak berlari-lari..xpayah kejar-kejar sgt..almaklum le kan, hero saya sorang tu bukannya tahu duduk diam..

Ok la..berkisarkan kepada topik baby led-weaning..sebenarnya ini sebahagian daripada memperkenalkan solid food kepada anak yang berumur 6 bulan ke atas..bagi menampung keperluan seharian anak selain dari susu ibu..susu ibu / susu formula mesti diteruskan bagi menampung keperluan kalsium anak..

Bila nak mula?
- 6 bulan dan ke atas : ini ikut buku..
- anak dah pandai capai makanan dengan sendirinya
- mulut anak buat aksi mengunyah
- tangan anak dah boleh genggam barang dan bawa ke mulut
- anak dah boleh duduk dengan sendiri nya..

Makanan?
- finger food seperti buah-buahan, sayur-sayur yang dah dicelur
- bubur nasi..lebih baik handmade..
- puri buah-buahan..

Cara penyediaan & penyimpanan
- buat stok untuk 3-4 hari sekali..pastu simpan beku..
- masak menggunakan slow cooker..masak mlm, pagi sok dah kembang..

Ulasan : Kadang-kala ramai ibu amim mudah dalam penyediaan makanan untuk baby..selalu disogokkan dengan makanan segera..cth. NESTUM..ulang suara ek..makanan segera ini tidak elok..baik nestum ke, heinz tu ke..puri-puri yang dlm botol tu ke..mmg la kata baik untuk anak..ada zat semua..tp sebenarnya itu semua hanya propaganda syarikat pengeluar je..bagi nak lariskan jualan..kandungan gula, garam dan bahan pengawet..perisa dan warna kita tidak tahu camne kan..cara pembuatan..lebih baik kita bikin makanan sendiri..apa la susah sgt nak masak bubur nasi..simple je la..kalo malas-malas sgt..buat stok untuk untuk 3-4 hari..pastu simpan beku @ simpan sejuk..nak guna panaskan je..ni la yang selalu saya buat..so far senang dan jimat masa..kalau boleh ibu-ibu baru ni jangan anggap mudah makanan pertama anak..sbb untuk jangka masa panjang tahap kesihatan anak..

Happy Breastfeeding and Say Yes To Homemade Food!!

Thursday, April 28, 2011

SGM Perbadanan Putrajaya : Breastfeeding Management

Assalamulaikum..

Huh, dah bersawang blog ini tidak di update..jenuh laaa kalau dapat penyakit M ni..kebelakangan ini saya sungguh sibuk..sibuk ngan apa ek..kasi gelak dulu laa...sibuk dengan Bazaar Ria Puspanita PPj..Alhamdulillah, even penat kaki berdiri, x sempat makan, lari sana lari sini..rezeki ALLAH bagi tetap masyukkk..even takde la byk sgt hasil jualan..yang penting dapat network..dapat war-warkan kepada semua yang kewujudan Shaklee ni..alhamdulillah, syukur...

Tujuan asal nak cerita pasal menda lain..hehe..melalut ke menda lain plak..Esok saya dan Zulie akan memulakan langkah awal SGM di opis ni..sambutan amat menggalakkan..tapi tempat terhad dan tenaga pembimbing pun terhad..saya menjemput Along Azrina sebagai moderator jemputan..terima kasih kerana sudi nak membantu..even dia masih dalam Cuti Sakit..tapi semangat dia tu saya kagum..bionic woman yang memang memang taksub dan excited pasal penyusuan ini..saya memula kenai dia ni pun melalui penyusuan..

Topik kali ini berkenanan Breastfeeding Management..harap sempat la nak cover dalam masa sejam tu..huhue..kalau tak sempat, buat je la mana yang sempat..gemuruh gak ni..ini 1st time buat SGM sendiri..harap ALLAH permudahkan jalan saya dan rakan-rakan bagi menyebarkan maklumat penyusuan ini..Antara skopnya ialah   Pengurusan EBM untuk dihantar ke pengasuh & nursery, Jadual memerah dan kekarapan, Pemakanan seimbang untuk ibu dan Permasalahan dalam BF (cth. low milk supply, slow weight gain)..memang semua pertanyaan ini akan wujud dalam setiap diri ibu yang menyusu...kekadang mereka tiada tempat nak buat rujukan..tu la pentingnya kumpulan sokongan macam ini..saya berharap agar ilmu yang disampaikan ini kita dapat menfaatkan bersama-sama..sasaran saya kepada ibu-ibu yang baru hamil, ibu yang telah melahirkan dan dlm proses penyusuan dan ibu yang bakal hamil..saya tak dapat nak buka penyertaan ramai sangat..sebabnya tempat terhad dan tenaga pembimbing juga terhad..sayang nya la...huhue..Saya berharap semua akan berjalan lancar..huhue..belum study lagi ni..takut le plak nanti..rakan-rakan yang berkenaan sila bantu ok..ok la..nak selak-selak apa yang patut..nanti takut silap fakta plak...

Happy Breastfeeding!!! 

Tuesday, April 19, 2011

SGM 4 - Cranky (Breastfeeding) Baby : Why and How?

Topic:
Cranky (Breastfeeding) Baby: Why & How?
Date: 30th April 2011, Saturday
Time: 9am ~ 12noon
Venue: Moms Basic, Saujana Utama, Sg. Buloh

Untuk topik di atas kami akan mengupas mengapa dan bagaimana menghadapi bayi yang meragam ataupun cerewet di dalam menyusu. Ramai ibu-ibu baru ataupun ibu yang baru pertama kali ingin menyusukan tidak yakin akan kemampuan mereka untuk menyusu kerana mereka sering mendengar daripada orang-orang lama bahawa bayi yang meragam ataupun cerewet kerana kita tidak cukup susu badan walhal ia adalah disebaliknya. Jika ibu-ibu ingin mendapatkan tips cara menangani masalah di atas datanglah bersama-sama memeriahkan Support Group Meeting di atas di komuniti Sg. Buloh. Kami mengalu-alukan juga pada mereka yang tidak menyusu untuk menyokong kami agar penyusuan susu ibu ini lebih tersebar luas di Malaysia.

Bersama-samalah memartabatkan penyusuan susu ibu di Malaysia
nota : Kami sangat mengalu-alukan pot luck dari anda. Bagi mereka yang ingin menyertai bolehlah mengemailkan kepada rakan saya iaitu NUHA owner MOMS BASIC di momsbasic@gmail.com sebelum 27th April 2011 ini ataupun boleh emailkan kepada saya di alongazrina78@gmail.com, call/sms di 012-3202372

copy paste dari blog Along Azrina..

Sunday, February 27, 2011

SGM 3 : Smooth Sailing Breastfeeding Journey

Assalamulaikum

Kepada ibu-ibu menyusu, saya nak wat-warkan mengenai SGM ni..Mana-mana yang nak menambah ilmu tu boleh la hadir seperti tempat dan masa yang tertera di bawah ni ek..Semua menda boleh bincang, SGM ni takde la straight kepada tajuk sgt..saya pernah hadirinya..


Topic:
Smooth Sailing Breastfeeding Journey

Date: 27th February 2011, Sunday

Time: 10am ~ 12noon

Venue: Moms Basic, Saujana Utama, Sg. Buloh

Will discuss on barriers & challenges in breastfeeding and how to overcome each problems in three different phases.

Special Mini Topic: Let's learn the Marmet Technique. A handy skill that every mom should have!

As usual, it is a baby-friendly and casual event. We shall have pot-luck at the end of the session.

Limited seats. Hurry! Register your name (and your friends' too) by emailing to momsbasic@gmail.com before 23rd February 2011.

Happy Breastfeeding
p/s : saya akan hadir pada hari tersebut bersama-sama Along Azrina..boleh kita berkenal-kenalan...