Monday, August 25, 2008

Hijab Sang Pencipta

Akhirnye buku yg aku tunggu publish gak..hehe..mau gi cari ni..xsabo mau baca..yang 1st BAGAIKAN PUTERI dan 2nd CINTA SANG RATU mmg syok dibaca..sume aku dah ade..skrg ni last dari trilogi cite tu..so kesinambungan watak Laksamana Sunan..xsabo mau bace ending cite ni..ape jd pada HARYANI, LAKSAMANA SUNAN dan SAIFUDIN? kita tunggu..

Sinopsis:
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi. HIJAB SANG PENCINTA - pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini...

Tak Ada Mood Mau Update

Sejak 2 menjak ni, aku xde hati mau update blog ni..psal tah..badan pun lemah je..ngantuk je mata ni rase..asal pepagi ngn ptg je..mesti ngtk x ingat..tp time lunch segar plak biji mata..erm..sabo je laa..cam skrg ni..cerah je mata aku..

Tuesday, August 19, 2008

Pentingnya Diet Sihat Yang Seimbang

Pentingnya pemakanan sepanjang kehamilan.
Diet sihat yang seimbang adalah penting untuk tubuh anda dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini kerana semua makanan yang anda makan akan menjadi makanannya juga.
Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah:
1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.
4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

5.Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.
6. Zat Besi - amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.
7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.
8. Kalsium - kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.
9. DHA - DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.
**dipetik dari www.mengandung.com

Buhsan

Aku bosan le..xde keje sgt kat opis ni..jd badan pun lemah²..huhue..

Monday, August 18, 2008

Kenduri Kawin

Last week aku balik kg..sbb sabtu tu ade kenduri kawin..sepupu aku kawin..erm..ramai betul org dtg..ramai le sedara mara dari dekat dan jauh..sume nak kenal sapa husband aku..ye laa..lepas majlis aku hari tu..mane ade melawat sedara mara lagi..xsempat laa wei..suasana bertema kan serba hijau..dari baju family sampai le air minuman..suma hijau..dah le panas terik hari tu..jd penat aku..b4 that aku gi umh ex-schoolmate kawin..kat Taman Bukit Angin..ni cam raja² kawin..rumah mmg gempak laa..lawa btl..org kaya la katakan..presentation umah, pelamin, bilik dan hantaran..termasuk laa sume sekali..mmg 1st class laa..tp aku gi kejap je..sbb nak kene rushing gi umh sepupu aku tuh..so xsempat sembang pjg ngn pengantin..dia tgh siap²...lepas kasi hadiah, mkn sembang jap ngn family dia..pastu terus balik..xsempat nak tunggu kawan² yg lain..sorry le geng..aku nak cpt..len kali jmpe kendian le ek..hehe..

Wednesday, August 13, 2008

Juara

Tahniah diucapkan kepada pasukan hijau (Green Peace) setelah menjadi juara bola jaring Sukan Antara Jabatan Korporat..semlm last games lawan dengan pasukan kuning..score 11-6 even pasukan hijau bermain hanya 6 org..x cukup pemain..tp atas kesungguhan dan susah payah bermain, akhirnye telah muncul sbg juara..tahniah diucapkan..

Tuesday, August 12, 2008

ESQ 8-10 Ogos 2008 M.O.F

Seperti tajuk kat atas..haa..tu le kursus yang aku kene attend..so terkorban laa weekend aku..xdpt nk rehat² dan lepak² kat rumah..kursus ni ok la bagi aku..kursus tentang pembangunan spiritual (rohani + jiwa) kursus ini dikendalikan oleh ESQ Leadership Sdn. Bhd.
pengasasnya dari negara jiran kita, INDONESIA..so speech mmg dlm slang indonesia laa..tp simple language je..bkn masuk jawa ke ape..so xpyh le cite byk..tgk gambo ni..credit kepada kak josh kerana email kan gambo ni..thanks yaa..


Thursday, August 7, 2008

Adab sebelum, ketika dan selepas makan mengikut Islam

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya.Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menye naraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga:
1. Memastikan makanan daripada sumber halal.
2. Membersihkan tangan.
3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.
4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.
5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.
6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.
7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati oleh Allah.
1. Mulakan dengan bismillah dan doa.
2. Makan dengan tangan kanan.
3. Mengunyah dengan baik.
4. Jangan dicaci sebarang makanan.
5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.
6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.
7. Jangan makan secara berlebihan.
8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.

Berhubung dengan adab selepas makan, Imam al-Ghazali memberikan beberapa panduan.
1. Berhenti makan sebelum kenyang.
2. Menjilat jari.
3. Membasuh tangan.
4. Berdoa.
5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.
6. Banyak bersyukur kepada Allah.
7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.

petikan dari : Metro

Program Pengenalan Konsep Islam Hadhari dan Budi Bahasa Budaya Kita

Semlm aku menghadiri program seperti tersebut..satu hari plak tu..dari kul 8.45 pagi - 4.00 petang..penat gak le ddk je..sakit pinggang aku..dah le aku rase cam kurang bermaya je skrg ni..biasa le kan..pembawakan budak ni..sabo je laa..dugaan sume tuh..so programnye mendengar shj je laa..tp dlm dok bosan tu..sempat gak aku lelap..hehe..x senonoh betul laa..dah ngtk..tambahan bosan..tu yg tido tuh..selepas program tamat, naik opis balik..pastu balik time!!
Ni nak cite psal pas keje semlm plak..hehe..aku balik P11 jap..angkut barang yg tinggal saki baki..
Lupa nak ckp..aku dah totally ddk P18 sejak selasa baru ni..memalam pindah..aku buat yg termampu je laa punggah barang..x larat..berbalik cite td, semlm sesi mengemas..aduh! mmg penat mengemas dan pindah rumah ni..tu baru buat part dapur..lom lagi bilik dan ruang tamu..dapur pun lom siap lg..ade lg sket nak siap..pastu sakit pinggang ngn blkg..so aku berhenti la mengemas..x larat..campur tensen + nak marah lagi..sabo je laa..

Tuesday, August 5, 2008

Today is the day..

Today is my hubby's birthday..hehe..happy birthday 26th my dear..moga pjg umur dan dimurahkan rezeki..jd seorg suami yg soleh dan ayah yg mithali..father to be kan?? hopes u happy with our baby..thanks a lot..mlm kang laa kite gi celebrate ek..

Monday, August 4, 2008

Weekend..

Sabtu lepas, 2 Ogos 2008 aku cam biasa le..kemas² barang..packing²...pastu punggah masuk rumah baru..sampai kat umh tu..aku buat le ape yg ptt..dah lama x jenguk..berhabuk plak..pastu pasang langsir yg tertangguh dah byk hari..hehe..lepas tu, balik laa..singgah jap kat Karnival Gegar..xde ape yg menarik..cume ade autoshow je..tp cam xde je..then singgah P8 tapau lunch..x sempat nak masak..time tu dah kul 2 lebih..balik umh mkn dan lepak²..mlm plak rehat² dan packing baju plak..igtkan nak pindah hari ni..tp x jd plak..xde lori..sbb org yg nak pinjam lori tu ade hal..xpe laa..dia kata Isnin ni bleh laa..so sempat le mau kemas² lg..

Ahad, 3 Ogos 2008..plan hari ni nak ddk rumah..lepak² sambung kemas² lg mana yg ptt..pastu my hubby ckp..meh kite angkut sket² lg barang ni..nnti xde le byk sgt nak angkut ngn lori..tinggal yg beso² je..aku pun setuju..dgn selekehnya, aku gi la mengangkat barang..hehe..sbb plan pas anto barang nak terus balik..pastu on the way nak balik, my hubby nak singgah kat Karnival Gegar lg..sbb ade car autoshow..tu yg dia suka tu..aku ni dah le pakai selekeh..t-shirt PPj ngn trek je..malu pun ade..huhue..pastu balik umh masak..ptg ni lepak rumah je..sbb mlm ni dah plan nak tgk movie..kat Mines..The Mummy..kami kuar umh pas mahgrib..dlm kul 8 gitu..movie start kul 9..sempat le amik tiket..then sampai² ke dah 8.30..sib baik ade lg tiket, pusing² jap..pastu tgk The Mummy..best gak la..tp ending nye kurang menarik..pastu dlm ni byk aksi je..dah le laju plak tu..naik pening kepala..tp xpe laa..still enjoy..then balik rumah pas siap² solat, iron baju keje..pastu tido laa..hehe..tu le cite weekend lepas..

Friday, August 1, 2008

Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi dan Keluarga

Semlm aku menghadiri kursus di atas bertempat di Dewan Melati 1, Perbadanan Putrajaya..kursus ni berkisarkan tentang cara utk mengurusan kewangan..kira kursus yg bagus laa..tp promosi tu still ada..promote psal UNIT TRUST ngn SIJIL ASB..kursus ni diadakan sehari..tp seblh ptg nya aku x masuk..taklimat dari AM BANK..psal product ngn services dia..haa..tu dah sah² promosi..hehe..tu yg maleh aku nak gi..tue le cite semlm..
Malamnya, aku membuat sesi memunggah barang..tp aku x punggah pun..sume hubby aku yg buat..aku x larat mau angkat..kalo kemas² tu boleh laa..pastu dia yg gi punggah barang ke rumah baru kami..dia ngn kwn dia..xpe le..tu keje org lelaki punggah memunggah tu..hehe..aku ddk rumah je..kemas² ape yg patut lg..rupa² nya byk gak brg kat rumah aku..ok le..nnti story lg ek..