Wednesday, February 24, 2010

Bila Hati Terguris

Salam
Tetiba aku rasa sakit hati ni..
Terguris..pedih..setelah melihat sesuatu yang aku rasa menda kecik..
Tapi bagi aku itu satu menda yang besar..
Cite nya camni..tadi aku belek² FB..
Terjumpalah sesuatu yang membuatkan aku rasa mcm x patut je..
Hello..KEPADA ORANG YANG BERKENAAN..
PLEASE ok..silalah remove kan gambar itu dari FB awak..
Gambar itu membuatkan aku rasa sakit hati..
Memang menda yang dah lepas, tapi satu gambar boleh menceritakan byk menda..
DIA dah kawen ok..dah ada anak..
So buat ape awak nak tayang lagi..
Tak fikir ke perasaan aku ni..AKU ISTERI DIA..diulangi ISTERI..
ISTERI mana yang tak rasa terguris hati..terasa hati..
Mungkin anda semua kata..ala, menda kecik je..
Tapi perasaan aku xbleh menipu..mmg AKU RASA SAKIT HATI..teramat sakit..
Atau AWAK mmg xboleh lupakan DIA..(SUAMIKU)..
BINALAH kebahagian awak sendiri..
JANGAN nak kenang menda yang dah lepas..
JANGAN disebabkan gambar itu, aku jadi kurang pertimbangan..
Jikalau AKAL mengatasi EMOSI..macam-macam boleh jadi..
Aku tidak mau EMOSI mengatasi AKAL..
So sebelum EMOSI aku menguasai AKAL..
SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI SUAMIKU..
Kalo nak berhubungan pun, jangan melampaui BATAS..
INI AMARAN..JANGAN SAMPAI EMOSI AKU MENGATASI AKAL..
INGAT!!

Faedah Susu Ibu

*** gambar dari goggle.com

Salam..

Aku nak berkongsi artikel yg aku baca dari ILUVISLAM.COM


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah,sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanaAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang betul. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi:

1.
Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema

2. Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi

3. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4. Mencegah dari penyakit rabun malam

5. Mencegah bayi dari mendapat alahan

6. Menggelakkan taun

7. Menggelakkan jangkitan telinga

8. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.



Kesimpulannya, susu ibu ini byk kebaikannya..oleh itu marilah kita bersama-sama memartabatkan keunggulan susu ibu ini..


SAY YES TO BREASTFEEDING

Tuesday, February 23, 2010

Gila Stereng

Salam
Skrg Adam ada hobi baru
Asal naik keta je mesti nak main stereng dulu
Kalo tak mesti bising mulutnya
Asal dapat kejap pun jadi la
Senyum sampai ke telinga
Tgk la gambar ni..

pin pin..pon pon..

mari la naik kawan²

Monday, February 22, 2010

Kehilangan Lebih 2L

Salam
Mau story sket dan berkongsi kesedihan
Stok EBM aku terpaksa dibuang sebab telah tamat tempoh hayatnya
Semlm sesi mencairkan dan melupuskan
Sedih aku tgk..byk gak tu..lebih 2 liter gak
Bersamaan 23 bungkus = 79.5 oz = lebih 2L
Stok tu bln November 2009 punya
Tak sempat mau rotate *** cuti CNY lama sgt kat kg..so direct feeding sajork
Lupuskan dlm sinki saja, umah x bertanah..so xbleh nak alirkan ke tanah..
Pokok plak xde..huhue..
So camne ek cara nak bg penggunaan EBM beku dgn efisyen?
Bagi pendapat sket??
Gambar kat bawah ni adalah EBM yg dilupuskan..

EBM dalam bungkusan lagi 23 paket

setelah dituang dlm jag..lebih 2L

tgk buih-buih kasih mama tu..sedih tau!

telah selamat dilupuskan..sob sob..

Telah Kembali

Salam
Aku telah kembali setelah sekian lama bercuti
Belum sempat mau jengah blog kawan²
Hatta, blog sendiri belum dikemaskini
So tunggguuu..

Sunday, February 21, 2010

CNY

Salam..
Sempena CNY akan dtg ni..
Aku nak bg tau..akan bercuti selama seminggu..
13 Februari 2010 hingga 21 Februari 2010
Pulang ke kampung En. Fly di KB, Kelantan..
Selama tempoh itu blog ini tidak akan diupdate..
Sekian, terima kasih..

Thursday, February 11, 2010

My-Alia.com Giveaway


Saya nak join giveaway ni..
So sesapa mau join..sila klik kat SINI
MARI MARI MARI

Wednesday, February 10, 2010

Makluman..

Salam..
Kepada semua peminat I..*** ada peminat ke aku..
Buat masa skrg ni aku xupdate lagi..
Adam demam, pastu EL lagi pengasuh cuti..
Sokmo skip sesi mengepam..
Dan byk lagi..
Niat utk mengupdate tu ditangguhkan dulu..
Cite ada je psal Ahmad Adam tu..
Nanti² la ek..

Friday, February 5, 2010

ME - MYKID LOOK-ALIKE CONTEST

*** INILAH STICKY MODE, SILA SCROLL DOWN UTK ENTRY TERBARU... TERIMA KASIH ***

Salam..
Join contest lagi..
Untuk join sila gi kat sini..MAMA_IRIS
Syarat-syarat pun ada..
Gambar yang dipertaruhkan..


Mama dan Adam look-alike tak??

Meh menjoinkan diri dan memeriahkan lagi contest anjuran MAMA_IRIS ni..
Apa tunggu lagi...

Thursday, February 4, 2010

Mietos Lucky Draw

Salam
Aku dijemput oleh GINA tuk menyertai lucky draw ni..
So utk menyertainya sila ke blog ni ek.. KLIK SINI tak pun klik kat banner di atas
Syarat-syaratnya senang je..pejam mata pun boleh buat..hehe..
Saya berminat dgn JEPUN..so nak dari JEPUN..

MARI MARI MARI

Wednesday, February 3, 2010

TAG By Ziana

gambar hiasan semata-mata

Salam..
Aku nak menjawab TAG dari
ZIANA ni..
Majuk plak dia..hehe..Ya Ampun!


1) where is your cell phone?
- Dalam poket jaket

2) relationship?
- Berkahwin..Memiliki 2 org HERO : Ayah + Adam

3) your hair?
- Layer paras bahu..Igt mau potong kasi pendek..dah RIMAS!

4) work?
- Sektor Awam kat Putrajaya

5) your sisters?
- 3 org..Aku sulung..We all semua perempuan.

6) your favorite thing?
- My NOKIA N79 and my new wedges

7) your dream last night?
- Tido lena sgt..x sempat mimpi..actually aku mmg jarang mimpi..

8) your favorite drink?
- MILO sama cam Ziana..ANDA JADI SIHAT DAN KUAT!

9) your dream car?
- My hubby's car..bile la nak pindah milik..hahahaha..

10) your shoes?
- My new GORSSARDI wedges

11) your fears?
- ALLAH S.W.T

12) what do you want to be in 10 years?
- Hutang sume habis byr..pastu gaji dpt total semua..hahahaha..

13) who did you hang out with last weekend?
- saturday gi Melaka ngn geng² Myvians..Ahad plak gi Shah Alam jmpe adik kat UiTM

14) what are you not good at?
- Being cool..Aku kekadang mudah gelabah..

15) one of your wish list items?
- Almari by IKEA

16) where you grew up?
- Temerloh, Pahang..My hometown lor..

17) last thing you did?
- Main games..hahaha..gile malas keja!

18) what are you wearing?
- Baju kurung pahang..keja gomen..so dressing kena sopan..

19) what aren’t you wearing?
- Ring..x suke sgt..tp ada 3 bentuk plak tu..hehe..

20) your pet?
- X suke bela binatang..malas nak handle..

21) your computer?
- Share laptop Encik Somi je..TOSHIBA..

22) your life?
- X bape best...sbb xde duit byk..so xbleh beli menda yg suka..

23) missing?
- Arwah Ayah..miss him very much!

24) what are you thinking about right now?
- Mau gi pam susu..hahaha..

25) your car?
- Aku mana ada keta..tumpang Encik Somi je..

26) your kitchen?
- Umah kerajaan..standard arrr...

27) your favorite color?
- Buat masa ni suka kaler terang² pastu kaler yg pastel..

28) last time you laughed?
- Hari ni x igt bape kali gelak..

29) last time you cried?
- Lupa la..kekadang tgk cite sedih pun bleh nangis..

30) love?
- My 2 HERO and my family

31) so who wants to share their ONEs?? How about?
- Mana bleh share..HAK MUTLAK AKU!

5 orang yang aku pilih buat tag ini ialah :
- malas nak tag sesapa..tapi kalo ada yg rajin nak buat tu..dipersilakan..

We Are Family


I LOVE U, U LOVE
WE ARE HAPPY FAMILY
WITH THE GREAT BIG HUG AND KISS FROM ME TO U
DON'T U KNOW U LOVE ME TO

Extended Breastfeeding Banyak Kelebihannya

**** Artikel ini di copy & paste dari Majalah Pa&Ma ****

S
alam..
Kat sini aku nak share sket psal Extended Breastfeeding..

Umum sedia maklum dengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.
Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua
badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan
lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.
Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat
digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling
sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak
secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk
meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.
Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa. Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.

Kelebihan: ibu

Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda!
Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku. Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:
1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)
Kelebihan: anak
Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan
perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan
penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda
boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri.
Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak
sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih
berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.
Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.
Khasiat tetap sama
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.
Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan
peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.
Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:
1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.
Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaik bagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi!
Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.