Sunday, May 30, 2010

Kejutan Sempena 2nd Anniversary

Salam
Mau cite sket psal 2nd Anniversary ni..
Dapat kejutan sempena 2nd Anniversary ni..
Patutlah pepagi lg Encik Mus dah keluar..katanya nak jmpe org..
Rupa-rupanya gi amik kek yang ditempah..
Dia balik je, ckp gi tgk kat dapur..aku pun kata..ada aper?
Siap marah-marah aku lg..eish..ape la..x romantik langsung..
Anyway, thanks for the cake abg..sedap..my fav..moist chocolate cake..
I like!
Ni la kek nya..sedap kan..

nice cake.. :)

Adam 14 Month

Salam
30hb dah ek..genap la Adam 14 bulan..
Alhamdulillah..makin besar anak Mama + Ayah ni..
Macam-macam dah ragam dia..milestone pun byk yg dah capai..
Meh kita lihat milestones Adam 14 bulan ni :-
- Sudah boleh berjalan sepenuhnya..seronok tgk dia jalan...kalo bawak gi taman lagi dia suka..tempat luas makin dia suka..hari tu gi KLIA..kemain lagi jalan-jalan sekeliling..jenuh gak aku nak kejar..
- Skrg dah pandai merajuk..mengamuk..tp kejap je..mengaruk + merajuk x panjang..
- Makin lasak..biasa la kalo dah jalan..
- Makin bijak..cth, masa aku tgh pam susu..kemain lagi seboknya selak-selak baju aku..tgk ape aku tgh buat..
- Suka buat kuda-kuda atas belakang ayah..sesambil gelak-gelak..notty sungguh..
- Mengamuk kalo dia dah bgn tido..pastu xbawak keluar bilik..mtk kita bwk dia keluar..nak main..bile dokong je ajar kuar..terus diam..senyum..
- Suka kaco Chesu..adik encik suami..merangkap adik ipar aku..
Apa lagi ek..lupa la..nnti la aku update kemudian..yg pasti Adam still breastfeed..alhamdulillah..ada lagi 10 bulan utk lengkapkan misi 2 tahun..insyaALLAH..

HAPPY BREASTFEEDING!!

budak yang berusia 14 bulan itu..

Happy 2nd Anniversary

Salam
Hari ini bersamaan 30 Mei 2010 genap 2 thn perkahwinan tu..
Dah 2 tahun ek..dalam 2 thn ni..byk la rintangan dan dugaan yg aku hadapi..
Gembira, suka, duka, sedih..semua ada..semua menjadi satu..
To Encik Suami..MUSTAZALAFFINDI BIN MAT JUSOH..
Love you so much..you are my soulmate, my close friend and my every things..
Kekadang kita ada bertekak, bermasam muka..itu adalah asam garam dalam sebuah rumahtangga..
Harap abg, jgn amik hati kali syg masam muka ek..macam abg x kenal syg camne kan..
Tapi..abg suka tau kenakan syg..orang tgh serius..dia bleh wat lawak..mintak sabun mandi..dibaginye..air freshner..nak marah pun ye..tp x jadi marah..len kali jgn wat lawak xsenonoh camtu ek..bikin hangin je..
Thanks gak jadi ayah kepada anak bujang kita..AHMAD ADAM RIFQI...thanks for everything..
Syg harap genap 2 thn perkahwinan kita ni..abg jadi makin matang ek..rajin-rajin bantu syg tau..xlarat mau buat semua keje rumah..

 perjalanan kita masih jauh..

Thursday, May 27, 2010

Penghadaman Bayi

Salam
Aku nak kongsi sikit hasil pembacaan aku surat khabar hari ni..
Bleh tgk kat SINI..

CERITA DI SEBALIK PENGHADAMAN
Oleh Prof.Dr. Boey Chiong Meng
Profesor Pediatrik dan Pakar Perunding Gastroenterologi Pediatrik


Satu daripada pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup kita ialah apabila menyambut kehadiran bayi ke dunia ini. Sewaktu lahir bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk hidup - mereka belum dapat bangun ataupun berjalan kerana sistem saraf belum matang. Bayi juga tidak boleh bercakap kerana otak mereka masih berkembang. Begitu juga dengan sistem penghadamannya. Sebab itu dalam tempoh ini si manja hanya dapat menghadamkan susu ibu.

Pertumbuhan sistem penghadaman
Sistem penghadaman berkembang seiring dengan pembesaran si manja. Pada peringkat awal si manja belum bersedia untuk menerima makanan lain kecuali susu ibu.
Pada usia kira-kira enam bulan, sistem penghadaman bayi mula matang untuk menghadamkan makanan yang lebih kompleks dan bersifat pepejal, seperti kanji, protein dan lemak dalam diet bukan susu.Pada peringkat ini, si manja sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada makanan pejal (makanan pelengkap). Namun ibu disarankan supaya terus menyusukan bayi sementara membiasakan mereka secara perlahan-lahan dengan makanan pepejal.Tahap paling kritikal membabitkan sistem penghadaman bayi ialah pada peringkat dua tahun pertama.Mikroflora usus yang terbentuk sepanjang tempoh itu banyak mempengaruhi keimunan jangka panjang anak.Jika pada peringkat itu sistem penghadamannya tidak sihat dan si manja mengalami kekurangan nutrien, pertumbuhan dan perkembangannya akan tergugat.

Dalam usus bayi anda
Waktu dilahirkan, sistem penghadaman bayi adalah dalam keadaan bersih daripada kuman.Sebaik sahaja mula menyusukan, bakteria mula diperkenalkan ke dalam sistem penghadaman bayi.Susu ibu mengandungi beberapa jenis bakteria berfaedah seperti bifidobakteria, yang penting untuk kesihatan usus bayi.
Bilangan bakteria tanpa mengira yang baik atau jahat bertambah dengan cepat dalam beberapa hari pertama bayi dilahirkan. Ia untuk membentuk imbangan mikroflora yang sihat dalam usus.Apabila bayi membesar dengan sihat, mikroflora ususnya yang terbentuk sepanjang dua tahun pertama itu menjadi stabil dan biasanya keseimbangan dikekalkan sehingga si manja menjadi dewasa.Mikroflora usus bayi melindunginya daripada jangkitan dan membantu mematangkan sistem ketahanan si manja, supaya badannya boleh mengenalpasti makanan-makanan tertentu yang tidak berbahaya dan tidak mencetuskan tindak balas imun.Ekosistem mikroflora usus yang sihat penting kepada kesihatan si manja anda secara keseluruhan kerana ia memberi keseimbangan bakteria dalam usus.
Tanpa keseimbangan itu, besar kemungkinan bayi akan mengalami kolik atau kembung (gas dan kesakitan pada bahagian perut). Dipercayai si manja lebih berisiko untuk mendapat alahan (seperti ekzema) dan asma apabila dia membesar.

Susu ibu berbanding susu botol
Susu ibu boleh membantu bayi mencapai tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang optimum. Hasil kajian mencadangkan bahawa kanak-kanak yang disusui ibu kurang mendapat jangkitan gastrousus, telinga, urinari dan pernafasan.
Susu ibu kaya dengan antibodi dan ia dapat melindungi si manja daripada jangkitan. Selain antibodi, kolostrum dan susu ibu juga menggalakkan perkembangan bakteria baik dalam saluran gastrousus bayi baru lahir.Mikroflora usus bayi yang diberi susu formula didapati berlainan daripada usus bayi yang menyusu ibu.Bilangan bakteria bifidobakteria yang membantu dalam pertumbuhan mikroflora usus sihat di kalangan bayi yang mengambil susu formula adalah jauh berkurangan.Beberapa kajian mencadangkan bahawa risiko atopik ekzema di kalangan bayi yang diberi susu formula adalah lebih tinggi berbanding bayi yang hanya mengambil susu ibu.Susu ibu juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus, yang mana mengurangkan risiko cirit-birit dan penyakit usus lain.Dengan kata lain, susu ibu memastikan sistem penghadaman sentiasa dalam keadaan baik.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

  Pada usia enam bulan ke atas sistem penghadaman bayi sudah cukup matang 
untuk menghadamkan makanan yang bersifat pepejal.- Gambar hiasan

Wednesday, May 26, 2010

Check-up 14 Month

Salam
Tadi gi check-up Adam..
Just timbang kati je..biasa la anak bujang ku itu..
Dah agak dah, ringan je..hehe..7.4kg..
Susut..mau tak nya..asal ada temujanji..mesti demam..
Dah demam, makan xnak..mana x susut badan..
Xpe la Adam, janji anak mama sihat dan cergas itu sudah baik..berat xnaik ke..itu belakang kira..
Biasa la bg budak² yang lasak..asek main je..
Pasni Mama wat western menu ek..macam saranan Mama Along..hehe...
Yang penting..
Aku still breastfeed Adam almost 14 month..
HAPPY BREASTFEEDING..

Sunday, May 23, 2010

Menu

Salam..
Menu semalam..
Ikan Patin Masak Tempoyak..
Meh layan...

nyum nyum..

Dah Agak Dah..

Salam
Shahir menang AF8..
Memang dah agak dah..
Kontoversi ASTRO mmg sama je sejak dulu..rasa-rasa mana pelajar yang ada AURA tersendiri je..
Dah keluar, mesti akan masuk semula..teknik lapuk!
Asal AFUNDI MASUK je..mesti yg masuk semula tu akan menang..
Kali ni turn Shahir..untung ASTRO..sib baik kali ni aku mmg x layan AF8..
Even masa sekolah dulu aku mmg FANATIK gila ngn NORMAN KRU..tp sebab AF aku malas nak tgk...
Bosan wooo AF...sama je dari dulu..AFUNDI MASUK..nangis-nangis..peluk-peluk ada lagi ker ek? nmpk sgt tak tau..emo-emo pun byk..haha...kondem melampau ni..tujuan asal nak bg tau yg Shahir Juara AF8..
Adakah dia berAURA cam MAWI? tpkan, sejak MAWI nikah..aura dia cam kureng sket..xbleh lawan AURA DATUK CT..***aku mmg x layan CT, tp nak ckp psal AURA dia je..hehe...
Ape-ape pun..Shahir dah menang..syg tau..suara best..tp kenapa jadikan platfom AF utk glamer..jd ustaz lagi bagus..tu la dunia skrg kan..hiburan lebih diagung-agungkan..opssss terlebih sudah...

p/s : sapa rasa komen aku ni menyampah..mane tau ada peminat Shahir ke yg bace kan..aku hanya luahkan pendapat aku..so kalo rasa x suka..bleh klik pangkah beso kat penjuru atas belah kanan tu ek..lagi pun ni blog aku..suka aku la kan nak tulis ape..ada aku kisah..

Friday, May 21, 2010

Wowi Junior Jus...

Salam
Hasil perahan pagi ni..
kul 10.15pagi..
Ikut jadual kul 9 pagi..tapi tadi ada Sesi Pengisytiharan Harta plak kul 9..
So tangguh la pengepam..
Yg paling gumbira..hasilnya adalah..
Drum roll plz....
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
--
9oz
Alhamdulillah, rezeki Adam hari ini..

Update :
10.15 pagi = 9oz
1.30 ptg = 3.5oz
4.30 ptg = 4.5oz

Total : 17oz

Thursday, May 20, 2010

lensaMama Cutest Baby in Red Contest


Salam
Tergerak hati mau join contest by lensaMama ni..
Kalo nak join meh kat sini
Hadiah sponsor by :


dan


Gambar yang dipertaruhkan :-

Nama : Ahmad Adam Rifqi Bin Mustazalaffindi
Tarikh Lahir : 30 Mac 2009

Tuesday, May 18, 2010

Kena Rajin

Salam
Selamat bersiaran..
Semalam EL..Adam dushuk tu demam..sian betul..
Mata berair je..bertahi plak tu..sian betul..
Doktor kata panas dalam..pakse minum air masak..xmo..
So breastfeed banyak²..
Ok la..tujuan asal mau cite pasal SUSU..
Ni yg lemah ni..stok EBM dah tinggal bape je..asek curi je..sbbnya pam 3 kali kat opis x cukup utk bekalan 20oz Adam..
Bln Mei punya stok ada 3 botol je..weekend mmg x pam..hasil perahan hari Jumaat utk kegunaan Isnin berikutnya..siap amik 2 ketul stok EBM lagi..waaaa..skrg ni kalo pam lepas direct feeding Adam..dpt la dlm 2oz..tu la yg kumpul² kan..huhue..sedihnya la..
Skrg ni aku amalkan amik 4 biji alfafa sehari..tgk hasilnya camne..alhamdulillah..pagi ni bgn breast berat je..
TAPI TAK SEMPAT MAU PAM!! 
Adam merengek..so terus direct feeding sajork..
Camne ni..skrg ni hasil teruk sgt..kurang pam pun ye..dulu pam 8 kali sehari..
Lepas tu reduce ke 7kali..6 kali..5 kali..skrg ni 3 KALI saje..
So kena ubah sikap ni..kena pastikan pam 5 kali sehari..
Lepas ni kena bgn awal sikit..kul 5.20 bgn, terus pam..malam b4 tido kena pam lagi sekali..
Weekend kena curi-curi pam..dpt sket pun xpe la..kumpul² bleh jadi byk gak..
ZIMAH..U CAN DO IT!!
PAM, PAM, PAM dan PAM..
KENA RAJIN!!!

Thursday, May 13, 2010

Cameron Highlands Part 3

Salam
Kini sampailah part yg terakhir..9 Mei 2010..Check-out pastu terus gerak balik..dlm kul 10 pagi gerak..sebelum tu gi makan dulu..pas makan..gerak balik..jln jem kau..rupanya² jem sbb ramai org berhenti tepi-tepi jalan sbb nak membeli belah..jem sampai Equatorial Hotel..adalah dalam 30minit gak jem..on the way singgah Taman Rama-Rama..Syok..tgk macam-macam serangga..ular pun ada..kumbang..ikan..angsa pun ada kau..Then terus gerak balik..Balik singgah R&R Tapah..makan dan beli buah sket..cam biasa la..kalo gi Perak tak sah kalo aku xbeli jambu dan limau bali..mmg fav tu..Aku sampai Putrajaya dalam kul 7 ptg..even penat tp seronok..kiranya ni hadiah Hari Ibu paling best aku dpt..thanks to Mr. Ayah..I LOVE U.. :)

 aksi nak pegang kura-kura..

a.d.a.m.a.m.a.y.a.h

Tamatlah sudah percutian di Cameron Highlands 7-9 Mei 2010..bile la agaknya bleh gi lagi kan..? Mr. Ayah..pasni mau kemana plak ek..??

Wednesday, May 12, 2010

Cameron Highlands Part 2

Salam
Tiba la kepada bahagian ke 2..
Kejadian pada hari Sabtu 8 Mei 2010..
Keluar rumah dalam jam 8 pagi gitu..dimulakan dengan sarapan pagi Restoron Sri Brinchang..Aku makan megi goreng..xbape nak sedap..sedap lagi kat P9..hehe..
Setelah kenyang..jelajah Cameron Highlands diteruskan..
Ladang Teh..Cameron Bharat Plantation...mmg luas betul ladang teh ni..sayup mata memandang..Pelbagai aksi dilakukan..aktiviti bergambar..Dah puas jelajah ladang teh..kami terjah ke Taman Agro Mardi..Masuk RM2 utk dewasa dan RM1 utk kanak-kanak..
Kat sini macam-macam ada..dari strawberry hinggalah ke labu air..hehe..macam biasa la kan..aktiviti bergambar..Jelajah berhenti seketika utk makan..lepas makan kami terjah ke Ladang Strawberi dan cattus plak..igt kan mau petik strawberi..tp mahal nk mampus..1/2kg je dah RM20..kalo x cukup 1/2 kg xbleh keluar..mak aiiii..mahal..so terus kansel..hanya jalan-jalan disekitar shj dan menikmati sundee di kedai berhampiran..nyum nyum..nikmat! Dah penat..lepak plak tmpt kaktus..byk betul..aku just tgk² je..rupa² nya Encik Ayah dah beli 12 pokok..sapa la yg nak jaga kan..aku ni jenis x minat bertanam..hehe..Bila dah puas..balik apartment..kasi rehat²..malam mau gi Pasar Malam lagi..sesi membeli belah..Dalam kira-kira jam 6 ptg..kami menuju ke pasar malam..punya la ramai manusia compare ngn malam seblmnya..mungkin mlm minggu..aku xde beli ape sgt..cume sayur², strawberi, teh berkotak², baju utk Adam & Lica dan makanan..sbb mlm tu kami makan secara berjemaah di rumah saja..hehe..Dah penat sesi habiskan duit..balik rumah..mkn..tido..lepak betul..penat..sok mau balik..sambung di part 3 ek..hari terakhir..

dpn starbuck..bersebelahan Restoran Sri Brinchang..

ladang teh..panas terik..

Taman Agro Mardi

Breastaurant dimana-mana...

Tuesday, May 11, 2010

Cameron Highland Part 1

Salam
7 - 9 Mei 2010 yang lepas..Misi jalan-jalan telah dilaksanakan..Mmg syok..dah lama aku tak jejakkan kaki ke Cameron Highland 20 thn tu..lama tu..last aku gi masa darjah 3..bayangkan la..Kami bertolak dari Putrajaya dalam jam 9.30pg gitu..
Menggunakan PLUS Highway..Konvoi 6 biji myvi..geng-geng autobots..
Dekat kul 12 sampai di R&R Tapah..berhenti mkn dan rehat²..gi tandas,buang ape yang patut..Pas selesai semua, sambung perjalanan ke Cameon Highland..Exit Gopeng..pastu ikut jalan dalam ke Simpang Pulai dan terus ke Cameron Highland..Udara yg cukup sejuk even cuaca panas..Sampai di Cameron Highlands dalam jam 3 ptg gitu..Kedatangan disambut dengan hujan yg lebat..Kami menginap di DESA ANTHURIUM APARTMENT di Brinchang..Apartment yg mmg puas hati..fully furnished..siap ada dapur kau..
Selepas check-in, rehat²..dalam kul 6 ptg gerak keluar cari makan dan jamu mata..
Survey barang dan jamu mata di Pasar Malam..mmg terkenal  tmpt ni..macam-macam ada..Keychain, fridge magnet, baju², sayur²..paling best..stawberry chocolate..mmg sedap..tp mahal yg amat..Lepas jalan-jalan di pasar malam..tibalah masa utk makan..
Menu pilihan steamboat..mmg terbaik..RM15 per person..mmg terbaik..
Pastu balik apartment..sembang-sembang dan tido..sambung perjalanan esok..melawat ke serata Cameron..

on the way..PLUS Highway..

 Exit R&R Tapah


di R&R Tapah..

 Exit Gopeng

 mendaki puncak Cameron

Selamat Datang Ke Cameron Highlands


sudah sampai apartment

Pasar Malam..

steamboat..

Monday, May 10, 2010

Masih Dalam Mood Bercuti

Salam
Masih dalam mood Cameron Highland
Nanti aku update gambo ek..byk tau..semua tempat aku bergambar..
Masalahnya gambar x sempat lagi nak copy masuk hard disk..esok la nampaknya..
So tunggguuuuu..

Thursday, May 6, 2010

Al-Fatihah

Salam
Hari ni genap sethn pemergian arwah Ayah..
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yang beriman
Ayah, we miss u so much!

Cuti-Cuti Malaysia

Salam
Pada 7-9 Mei 2010 aku akan berada di luar kawasan..hehe..
Cuti-cuti Malaysia..
Kemana?
Destinasi tanah tinggi..
Berada di Negeri Pahang Darul Makmur
So layan gambar ni je la ek..
Thanks to Mr. Goggle..


haaa..dah dpt teka?