Tuesday, June 29, 2010

Walawei..

Salam
Mood happy hari ni..
Hasil perahan aku hari ni adalah sebanyak 15oz
9 pagi = 7oz
12 tgh hari = 3.5oz
4 ptg = 4.5oz 
Total = 15oz
Sesi malam plak..tgh pam skrg..nnti hasilnya aku update kemudian ek..Adakah hasil pemakanan Shaklee..Set B + ESP..Tgk la gambo ni..hasil pagi td..aku dah pack 3.5oz per bottle..Sebenarnya belah kiri dpt 5oz, belah kanan 2oz..jumlah 7oz..Skrg ni belah kanan mcm kureng sket hasil...paling byk pun 2oz je..nape ek? Adakah Adam suka menyusu belah kiri shj..kekadang mmg sepjg mlm aku dok bg belah kanan..utk up kan, tp hasilnya xde la up sgt..hoho..kena buat sesuatu..Skrg tgk ni dulu..

 ni la hasilnya.. 

p/s : update : 2oz perahan kul 10.30 pm..total semuanya 17oz..

Monday, June 28, 2010

Tinggal Berdua

Salam
Waaaa...selama 3 hari 2 malam ni aku tinggal berdua je ngn Adam..
Mampu ke aku buat sendiri semuanya..harap mampu la kan..
Masalah aku satu je, TAK BOLEH DRIVE KERETA SENDIRI..
Harap dlm masa 3H2M ni xde la jadi aper-aper kan..Mr. Ayah xde..
Gi Kursus Modal Insan kat Bayu Beach Resort Port Dickson..
28/6/2010 - 30/6/2010
Memang kena berdikari..mcm Along Azrina..
Mamayangcekal..hehe..
Jangan Adam cari-cari ayah dia sudah..kang Mama nya plak meleleh air mata...
Abg, cpt la balik....

Sunday, June 27, 2010

Menu Lunch Hari Ini

Salam
Lunch hari ni masak simple je..
Ikan kerisi goreng dengan sup sayur bebola ikan dan tofu..
Simple dimple..ok le tu kan..
Tgk la ni..selera tak?

ikan kerisi goreng

sup sayur bebola ikan dan tofu..

menu hari ini..

Friday, June 25, 2010

Pasal Status FB, Aku Dapat SMS

Salam
Erm..ini isu psal status FB..
Korang mesti pernah komen-komen status org kat FB kan..ala, fesbuk tu..
Ni kes jd kat aku..aku bkn komen kat status dia pun..tp aku juga ajak org baca je status tu..Aku mengaku la..mmg aku ada mengumpat sket psal person yg tulis status tu..tp kan, pada pendapat aku yg x seberapa ni la kan..kita akan berceritakan hal seseorg itu jikalau menda tu betul kan??? Bkn style aku la mengadakan cerita..tp ni aku sok sek la sket psal peel org tu..menda betul..dah 2-3 org cite psal peel dia..so adakah kata aku sebok psal hal org lain..aku mmg mengaku salah sbb cite psal hal org..tak dan-dan je..lepas tu buat serangan balas gak kat status FB lagi..kali ni org rapat dengan nya yg buat serangan..tulis la macam-macam..ckp aku dengki la..itu la ini la..sakit hati gak la..aku serang balik la kan kat status FB aku..jgn jadi manusia hipokrit..ko nak tunjuk ko bagus sgt..tp aku tau la ko tu camne..yg paling aku hangat sket..tup-tup dpt plak msg dari org yg aku bercerita tadi..menggunakan nombor telefon org rapat dgn dia yg wat serangan kat aku tadi..ckp mcm-mcm kat aku..ckp aku ni manusia pelik laa..bercerita psal hal dia..hellllloooo..aku cite psal ko, sbb aku tau ko camne..ko nak tunjuk bagus kat org lain..tp sedangkan diri sendiri ko tu camne..minah ni mcm psiko sket..x pepsal kang aku gaduh je..so aku mmg xbalas msg dia..bkn sebab takut ke ape..tp sbb aku xnak pjgkan cite..if aku salah, aku minta maaf..ala,kalo org berceritakan hal kita ada ke kita nak sms serang org tu..ada tak??? tu tindakan org yg separuh betul je..aku bukan buat fitnah pun..tp ckp menda betul..menda yg mmg kalo org lain tau..mesti org lain pun bengang ngn ko..entah la..dalam situasi ni kali aku salah..aku minta maaf..ye mmg salah bercerita psal hal org..tu aku mengaku..tp ko buat camtu seolah-olah aku jaja cerita ko kat semua org..hey, bkn jenis aku la jaja citer org..igt aku heran sgt ke ngn cite ko tu..sampai ko ckp aku dengki ngn ko..hey tolong la..aku nak dengki watpe?? xde maknanya nak dengki ngn hidup ko..aku tau cite psal diri ko..tp aku simpan je..malas nak jaja-jaja..xdpt faedah pun..kalo dpt duit RM1juta dgn jaja cite ko..bagus gak..bleh wat byr hutang ANGKASA..haha..gila psiko laki bini ni..nmpk je diam..tp hati mcm ape tah..ni la org kata..diam-diam ubi berisi..kalo berani semuka la..

huh! lega dpt luahkan..kalo yg baca ni salah aku..aku terima..mmg ada salah aku gak..tp sepatutnya dia xbleh ckp aku macam-macam..kalo betul la hati dia bersih, suci, murni..dia xkan hantar sms camtu..paling kuat pun bising laki bini je..entah la kan..malas nak layan org 'SAKIT' camni..

p/s : sape yg menyampah..jgn baca...ni blog aku..suka aku lah..

Tuesday, June 22, 2010

Hadoi!

Salam
Hadoi..sedihnya..stok beku EBM tinggal 20 ketul je..catat sejarah betul la..dulu kemain byk lagi..siap bleh bg kat org..skrg ni nak bg Adam pun kira cam sesak nafas aku nak pam..hoho..psal eh..maybe sbb skrg ni hormon prolaktin dah kurang..pastu aktiviti mengepam dah kurang..dulu pam 7-8 kali sehari..pastu reduce kepada 6-7 kali sehari..pastu 5 kali sehari..skrg ni 3-4 kali shj..adakah disebabkan kurangnya pam..susu ku merundum? dulu sehari bleh dpt dlm 21-24oz..skrg ni 12-16oz je sehari..kekadang kalo luar biasa dpt la dlm 17-18oz..hoho..apakah??? aku risau..bulan Ramadhan kian menjelang..Adam plak skrg makan dan menyusu sama kuat je..camne nak atasi ek..2 hari ni bekalkan 20oz..ada lebih 2oz tak minum..tp dah dipanaskan..nak simpan pun xbleh..kalo x bleh gak wat stok..kumpul-kumpul jadi byk..perkara ni terjadi disebabkan demand Adam tinggi..20oz sehari..aku plak hanya dpt pam dlm 12-16oz je sehari..tu pun jenuh..kekadang dpt 12oz je..so kena topup 8oz..stok beku la jadi mangsa..tu la psal stok beku tinggal nyawa-nyawa ikan je..jikalau la aku kena gi kursus..ape mau buat..stok beku kurang..huhue..takut plak aku..help me!!

 ni la hasil yg tinggal..

Adik Beradik Susuan

Salam
Adam, entry ni Mama tujukan khas utk Adam..nnti kalo Adam dah beso..dah bleh baca Adam mesti igt ape yg Mama nak sampaikan ni..untuk pengetahuan Adam..Adam ada adik beradik susuan..Aisyah Humaira' binti  Ammar..Anak kepada Mama Azrina..Adam kena igt tu..Aisyah adik beradik ngn Adam..Mama bg susu Mama kat Aisyah..masa tu Mama Azrina kekurangan susu..Mama bantu dia..sbb masa tu susu Adam berlebihan..daripada dibuang, syg..baik Mama bg kepada org yg memerlukan..Alhamdulillah..Skrg ni Mama dah ada sorg anak perempuan..Adam kena igt..dia muhrim Adam..x batal air wuduk..x boleh bernikah..HARAM! Adam kena igt tu..Adam pun kena igt..keluarga Mama Azrina semuanya bersedara dengan kita..Mama Azrina, Papa Ammar, Kakak Anis..mmg sedara kita..so nanti jgn sombong-sombong dan malu-malu dgn mereka...igt pesan Mama ni ek..nnti kita kena rajin jenguk mereka..sbb mereka sebahagian keluarga kita..Aiysah anak Mama juga..walaupun bukan lahir dari rahim Mama..tp darah yg mengalir tu ada genetik darah Mama juga..sbb dia minum susu Mama..Adam paham kan?? So, jgn lupakan mereka..

 ni la dia Aisyah Humaira' binti Ammar..gambar dari FB Mama Azrina..

Pesta Gol Portugal

Salam
Semalam aku berpeluang tgk match Portugal vs Korea Utara..
Dalam keadaan hujan tu..diarg main ngn penuh semangat..
Memang pesta Portugal..7-0 Korea Utara kena belasah..
Keeper Korea Utara macam dah lemah nak kejar bola..dah penat sgt kot..
Thn ni aku xlayan sgt World Cup..sbb xde geng nak stay up..masa bujang-bujang dulu, aku ngn adik aku..Kami siap berkampung dpn TV lagi..selama sebln..mmg best..thn ni tadak..Encik Ayah tak minat bola sgt..So..tgk mana yg sempat je la..Tahniah kepada Portugal..so bleh gi Suku Akhir ke?

 maskot

Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day

Salam
Rasanya masih belum terlewat nak wish
Happy Father's Day kepada Encik Ayah..
Mr. Mustazalaffindi Mat Jusoh..
Thanks to be a father to our son..
We love u so much Ayah..


Special dedication to Arwah Mustafa Bin Omar
Selaku My Beloved Father..semoga roh ayah tenang disana..dan ditempatkan dengan org yang beriman..Amin..Al-Fatihah..

Friday, June 11, 2010

Cuti

Salam
Aku bercuti ye kawan-kawan
Start cuti 11/06/2010 - 20/06/2010
Balik Kota Bharu, Kelantan
Kali ni mau terjah :-
Pasar Siti Khatijah
Rantau Panjang
Pantai Cahaya Bulan
Wakaf Che Yeh
Bandar KB
Tesco KB
KB Mall
KBTC
Huh, jenuh semua nak pegi..
Oleh itu..selamat bercuti..

Thursday, June 10, 2010

Mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest

Salam
Terpanggil nak join contest ni..
Macam menarik je..
Contest by Mamaeja
Bleh tgk kat SINI
Atau klik kat gambar di bawah ni..

Kat sini aku ceritakan serba sedikit apa yg aku suka psal blog Mamaeja ni..salah satunya kaler PINK..yes pink..lembutnya..selembut wajah tuan punya blog ni..sejuk mata memandang..header blog yg menarik..family picture..fokus kepada anak dara beliau..alahai, so sweet their little princess..yg lelain tu..aku lom jelajah lagi..tu je la kot..

So kat bawah ni plak gambar yang aku pertaruhkan..harap hat tu diterima la ek..hehe..

Nama Anak : Ahmad Adam Rifqi Bin Mustazalaffindi
Tarikh Lahir : 30/03/2009
Nama Ibu : Hazimah Binti Mustafa
Email : hazimah@ppj.gov.my

Gambar ni diambil pada 8 May 2010 yang lepas semasa jalan-jalan-makan-angin di Cameron Highlands..tempat kejadian gambar ini di Taman Agrotek MARDI..disebabkan bunga sebelah tu comel..so haruslah Mama Adam ni posingkan heronya disitu..bergaya bersama topi..yg ala-ala topi Jepun..

p/s : Harap adalah rezeki Adam ek.thanks..

Wednesday, June 9, 2010

Chicken Pox

Salam
Meh aku share info psal chicken pox ini..aku amik dari web ini..

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).  

Tanda dan Gejala  
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.  

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan 
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan 
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 

Pengasuh Oh Pengasuh, Lagi?

Salam
Apa pendapat anda mengenai pengasuh yang diam-diam tak nak bg tau yg one of the family members kena chicken pox? dari pemerhatian aku sehari², memula anak pengasuh demam..pastu berkurung je dlm bilik..then anak bongsu demam plak..hari ke3 baru kuar rashes tu..dah hantar balik kg..then pg td mcm ternampak one of her cucu ada putih² kat muka mcm lotion utk chicken pox tu..so what should i do to preven my son? Yg nak jadi geramnya, xnak bg tau ko..senyap² je..aku ni jenis perati keliling..bkn jenis letak anak terus gi keja @ amik anak terus balik rumah..aku mesti dok lepak² sembang² dlm 10 minit gitu..selain pantau keadaan sekeliling..sian tau..bdk ramai 10 org..tu belum masuk cucu dia 2 org..kalo serentak kena..x ke susahkan ibu bapa lain..mana yg byk cuti ok la..tp kalo yg xde cuti sgt cam aku ni? haaa..mana mau hantar? bkn kata aku x amik tau hal anak..tp kalo kita kerap sgt cuti..EL..MC..mesti bos kat opis akan ckp macam-macam..org keliling akan pk macam-macam..org mmg x paham situasi kita..even kita terangkan camne sekali pun..diarg still akan blame kita..ala, anak sakit sket je..for me family 1st..lantak korang la kalo nak letak job 1st..bg aku famliy adalah segala-galanya..duit boleh cari..tp family..xde galang gantinya..bile dah xde, baru nak hargai..aku xnak mcm tu..so berbalik kepada pengasuh tadi..dari last week aku dah perasan..memula anak dia yg sek men tu demam..aku pun heran psal demam seminggu x kebah²..mesti something wrong..kalo demam biasa dlm 2-3 hari dah ok..pastu asek berkurung je dlm bilik..then anak bongsu dia plak yg demam..2 hari x gi sekolah..berkurung je..ptg tu amik Adam, aku nmpk dia bisik² kat anak dia..mtk anak dia ddk dlm bilik..ala, budak darjah 2..mana nak berkurung sgt kan..then hari ke3..ptg aku amik Adam, tgk muka ngn badan dah naik rashes..agak dah..mmg chicken pox..aduhai..sib baik dah cuti sekolah..terus pengasuh tu anto anaknya balik kg..agaknya kalo x cuti..mau nya ddk kat situ lagi..sampai la tu..dia pun diam xbg tau ape²..tak berbunyi pun mulut ckp yg anak dia tu kena chicken pox..cuma aku yg tnye..kena chicken pox ek..bahaya ni kak..aku bkn ape..sian kat bebudak lain..sama gak ngn Adam..mmg la org kata kalo nak jadi..jadi gak..tp kalo boleh, elakkan la kan..bg besar sket..bdk kecik kena chicken pox ni kesian tau..kalo berpeluh lg la kesian..gatal-gatal satu badan..nak boleh merebak..budak..mana bleh larang jgn bagi garu..diarg bkn paham sgt lagi..entah la..pening aku ngn pengasuh ni..jaga ok..tp bab-bab mcm ni la yg aku lemahnya..ada masalah ckp..ni tidak..diam-diam je..hadoiiii..pengasuh oh pengasuh..

Tuesday, June 8, 2010

Dah Agak Dah..

Salam
Aku dah agak dah..pagi td pengasuh Adam ckp minggu dpn dia cuti 2 hari..
14 & 15 Jun..mmg aku dah standby tunggu je bile dia ckp nak cuti..sib baik next week aku cuti seminggu..so selamat la kan..tp camne ngn org lain..sian diarg..kalo sehari ok lagi..ni sampai 2 hari..aku geram pun ada..dah tau ko nak cuti..napa la x inform 2 minggu awal..senang la org nak arrange masa..ni minggu dpn nak cuti..td baru ckp..eish..susahkan org betul la..aku mmg x berkenan betul ngn situasi camni..mmg la dia berhak cuti..tp kalo sekali kala aku bleh terima..ni hampir tiap² bulan..ape cite tu??? x pikir ke psal org lain..??? aku tau la ko mmg penat jaga anak org..tp sapa suh ko jaga ramai-ramai..12 org beb..itu termasuk 2 org cucu..aku x sanggup kalo jaga sampai 12 org..mana nak kejar...bila sorg dah kuar..terima org lain..camtu la seterusnya..ada satu budak tu..memula ckp mau tumpang je..tup² terus stay kat situ..ape kes!! Sian tau kat bebudak kat situ..Oleh itu ibu-ibu di luar sana..ada kebaikan dan keburukan hantar kat pengasuh ni..mcm situasi aku..jaga mmg ok..tip top..tp bab nak cuti selalu tu yg aku rasa agak melampau...oleh itu, kena selidik gak latarbelakang pengasuh..takut byk cite plak kemudian hari..

Masa Tadika

Salam
Tgk gambar kat bawah ni..
Ni masa aku belajar di TADIKA KEMAS MUKIM LEBAK..
Masa ni umur 5 thn..kelakar la tgk muka time ni..hehe..
Skrg ni semua dah besar..dah beranak pinak lagi..
Ada segelintir org dalam gambar tu sedara mara aku gak..biasa la kat kg kan..

Sunday, June 6, 2010

Makaroni Goreng

Salam
Pagi ni masak Makaroni Goreng

Antara bahan-bahannya ialah :
- Makaroni 
- 4 biji bawang merah ditumbuk @ blend
- 3 ulas bawang putih ditumbuk @ blend
- 1 biji tomato dipotong dadu
- 1 tin sos spagethi cap Kimball
- Sosej dipotong kecil-kecil
- Daging cincang
- Minyak masak
- Serbuk lada hitam
- Garam & Gula ikut selera

Cara-cara memasaknya :
Memula rebus makaroni dan masukkan sedikit garam serta minyak masak..bila dah kembang toskan airnya..Tumis bawang hingga garing dan masukkan daging..tambah air rebusan makaroni tadi sedikit..bila daging dah masak, masukkan sos spegethi dan
masukkan sosej..tambahkan garam, gula sesedap rasa..bila dah mendidih, masukkan tomato tadi..last sekali masukkan makaroni yang telah direbus tadi..ok siap..boleh dihidang..Senangkan..

tadaaa...siap ada senduk tu..hehe..

Thursday, June 3, 2010

LYNA'S GIVEAWAY



Salam
Meh kita join giveaway ni by MamaLyna
Ikut la syarat-syarat yang telah ditetapkan ek..senang je..
SAYA JOIN, SAYANG LYNA

Tuesday, June 1, 2010

Pengasuh Oh Pengasuh


Salam
Aku mmg bengang ni..Pengasuh suka sgt cuti tau..ni dgr cite nak cuti lama gak la sempena cuti sekolah..Ingat opis tu aku punya ke..nak cuti² selalu..dah la hari tu Adam demam aku dah EL..ni nak cuti lagi??? Tahun ni blm sampai 1/2 tahun lagi..cuti aku dah tinggal 10 hari..camne tu..? dah la tiap tahun xde balance..asek abis je..nak carry pun xde..baki 0..eee, tensen la ngn pengasuh ni..yg nak buat lagi tensen, esok nak cuti..hari ni baru bagi tau..gila tak? Tak dinafikan dia jaga ok..tp asek cuti tu je yg tak tahan..igt aku ni xde keja lain ke..cuti cuti cuti..bos mmg la tak ckp byk..tp agak² la kan..anak demam dah la cuti..ni tambah² lagi ngan pengasuh nak cuti..cube la pikir sket..aku ni ada komitmen..keja..so ko sbg org diberi amanah, dibayar..boleh tak jgn cuti selalu..kalo x boleh nak bg sepenuh komitmen..baik xpyh jaga anak org..tu belum lg aku lapor kat JKM..ko jaga 10 org tau..aku dok diam lg..mmg la ko kata ko cekap..cergas..lincah..tp kalo dah 10 org..larat ke nak kejar semua..?? buatnya semua menangis? mesti ko biar je kan??? pastu bleh lagi terima org yg nak tumpang sehari...tamak betul ko ek..dah nak jaga 10 org..2 org cucu..tambah lagi org tumpang..tak ke nama GILA!! mmg aku baran betul laaa...nak cari taksa buat masa ni kena pk panjang..mcm² masalah skrg ni..gerun pun ada gak..tp taska yg elok, jauh le plak dari rumah..kuar rumah, punch dulu pastu anto taska..** ni kes kalo taksa jauh dari rumah..pastu masuk opis..camtu la hari²..abih masa dl keta je..masuk opis mesti lambat..hadoiiiii!!!