Thursday, December 30, 2010

ALLAH Bagi Saya Peringatan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur..sakit kepala saya dah hilang serta merta.tiada lagi menderita sakit setiap pagi..tak perlu la nak makan dadah-dadah tu semua..Syukur sangat..Sakit ni hilang selepas saya membayar zakat..Saya cerita ni bukan nak riak..bukan nak mendebik dada..tapi peringatan untuk diri sendiri..kekadang kita lupa dan alpa dengan tuntutan yang memang kita kena buat..kiranya WAJIB la kan..bukan kena bayar banyak-banyak pun macam income tax..hanya 2.5% je dari apa yang kita dapat..Zakat itu mensucikan harta..Sebelum ni memang saya tidak pernah berzakat..betapa jahilnya saya..Ya ALLAH, hambaMU ini alpa..rupa-rupanya tidak semestinya kita mempunyai duit yang banyak baru boleh berzakat..dengan rezeki yang ciput ni pun kita masih boleh berzakat..Ketika itu saya memang jahil sangat..tapi dengan peringatan itu membuatkan saya membuka mata dan hati kepentingan berzakat..Mari saya sharekan mengenai zakat..

Pengertian Berzakat :

Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golonggan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. 

Dalil Yang Mewajibkan Mengeluarkan Zakat

Ibadat Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Dalil Wajib ini antaranya berdasarkan firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

"Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku'lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang ruku'."
An-Nur: Ayat 56

Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta seseorang. Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

"Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak yang buruk)."
At-Taubah : Ayat 103

Pengertian 'menyucikan' bermaksud membuang sifar kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat menyucikan diri dari iri hati, dengki serta menaruh perasaan dendam terhadap orang yang kaya.

Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta ataupun pendapatan seseorang. Ini diperjelaskan lagi dalam firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

"Dan pada harta-hata mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari meminta."
Adz-Zaariat : Ayat 19

Dalam ayat yang lain, firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami kelurkan dari bumi.."
Al-Baqarah : Ayat 267

Oleh yang demikian, kewajiban menunaikan zakat menjadi tanggungjawab setiap orang Islam apabila cukup syarat-syarat wajib zakat.

Syarat-syarat Wajib Zakat
1. Islam - dikenakan hanya ke atas orang Islam

2. Merdeka - orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tetap dikenakan sebagai salah satu syarat wajib

3. Sempurna Milik - harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang

4. Cukup Nisab - paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.

5. Cukup Haul - genap setahun harta itu disimpan.

6. Niat berniaga - untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja).

Jenis Harta Yang Dikenakan Zakat
1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP / LTAT
7. Perniagaan

Zakat tidak dikenakan atas harta-harta tetap seperti bangunan, rumah dan tanah kecuali diperniagaan atau mendatangkan hasil melalui sewaan.

Kadar zakat - 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.

Ganjaran Berzakat
Firman ALLAH S.W.T melalui ayat berikut yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mengerjakan sembahyang dan mengelurkan zakat, mereka beroleh pahapa disisi Tuhan mereka, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Al-Baqarah : Ayat 277

Dalam ayat yang lain firmanNya yang bermaksud :

"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan ALLAH amat luas kurniaanNya bagi meliputi ilmu pengetahuanNya."
Al-Baqarah : Ayat 261

Oleh itu, kita memang dituntut untuk menunaikan zakat. Kita boleh berhabis duit semata-mata nak beli make-up, beg tangan, kasut, baju-baju cantik, make-up kereta, henpon baru dan lain-lain. Tapi kenapa kita liat nak bayar zakat hanya 2.5% dari apa yang kita ada? Fikir-fikirkan lah dan Selamat Beramal..

Thursday, December 23, 2010

Cluster Headache II

Assalamulaikum 

Tadi pagi saya ke klinik..dah tak tertahan sakit kepala..sebelum ni memang saya tahan je..ni dah tak boleh dibiarkan..dah dekat 3 minggu sakit kepala..rasa sakit tu macam nak hentak-hentak je kepala kat dinding..sakit tu tak lama, dalam 1-2 jam je..lepas tu dah ok..sakit hanya dibelah kanan mata membawa ke dahi..tang tu je sakitnya..saya dah terangkan kat doktor dan cerita serba sedikit mengenai cluster headache ni..Saya bertanya dengan doktor,apakah penyebabnya..Adakah disebabkan pengambilan supplement? Tapi doktor kata bukan..supplement tidak menyebabkan sakit kepala..malah bagus mengamalkan supplement ini katanya..Saya terangkan supplement apa yang diambil dan doktor katakan B Kompleks itu memang bagus! wink wink wink ;)

Mari saya terangkan pasal cluster headace ni..

Cluster headache, nicknamed "suicide headache", is a neurological disease that involves, as its most prominent feature, an immense degree of pain. "Cluster" refers to the tendency of these headaches to occur periodically, with active periods interrupted by spontaneous remissions. The cause of the disease is currently unknown. It affects approximately 0.1% of the population, and men are more commonly affected than women.


Cluster headaches are excruciating unilateral headaches[1] of extreme intensity.[2] The duration of the common attack ranges from as short as 15 minutes to three hours or more. The onset of an attack is rapid, and most often without the preliminary signs that are characteristic of a migraine. However, some sufferers report preliminary sensations of pain in the general area of attack, often referred to as "shadows", that may warn them an attack is lurking or imminent. Though the headaches are almost exclusively unilateral, there are some documented as cases of "side-shifting" between cluster periods, or, even rarer, simultaneously (within the same cluster period) bilateral headache.[3] Trigeminal neuralgia can also bring on headaches with similar qualities. However, with trigeminal neuralgia the pain is mostly located around the "cheek" area and is described as being more lance-like in quality.
Oh, sungguh sengsara kalau sakit ni menyerang..memang rasa nak hiris-hiris je kepala ni..teramat sakit yang mencengkam..tak buat keja pun tak berdaya..kalau baring pun sakit juga..Memang mencabar betul laa..Doktor ada terangkan puncanya..mungkin angin yang terdapat di dalam perut telah memenuhi rongga tulang di bahagian mata dan atas dahi..Punca sebenar tidak diketahui dan tiada jalan penyelesaian kecuali surgery or makan ubat sahaja..Jenuh la nak makan ubat setiap hari..Nanti bergaduh pula ubat dengan vitamin di dalam badan..hahaha..Doktor sarankan ambil ubat-ubatan dan tengok dalam 10 hari ni..Kalau masih berulang sakit kepala..tindakan susulan akan diambil..Refer to Pakar, buat MRI dan sebagainya..Oh, tidak..Dugaan yang ALLAH bagi kepada saya..

3 jenis ubat doktor bagi..atau lebih kejam lagi..dadah..

Doktor minta start diet dan makan dengan kerap..6 kali sehari..waaa, skrg ni saya just makan 3 kali sekali heavy meal..kudap-kudapan tu jarang la..huhue..tak nak bagi perut kosong sangat kata nya..takut nanti makin banyak asid dalam perut terkumpul pastu jadi angin dan menyebabkan sakit kepala..

Bila fikir-fikir balik, ALLAH nak bagi peringatan kepada saya..tu le pasal saya sakit..Mesti ada kekurangan kat memana dalam kehidupan saya..Peringatan itu menandakan ALLAH menyayangi saya..ALLAH masih ingat saya...Oleh itu, bersangka baik la kepada setiap apa jua dugaan yang menimpa..Mungkin ALLAH nak bagi rezeki yang besar kepada saya..sebelum tu ALLAH duga saya dulu..

ni la drugs yang kena saya makan..kena habiskan..hoho..

Sunday, December 19, 2010

Lipstik Body Shop Free..Sapa cepat dia dapat..

Assalamulaikum

Saya nak bagi free je lipstik body shop ni..baru lagi beli..baru pakai dalam 3-4 kali..tak sesuai dengan saya..bibir jadi bengkak dan gatal-gatal..huhue..harga RM45..agak mahal..nak buang sayang..nak simpan kang expired plak..nak jual balik macam tak patut je..sebab dah pakai sket..so, saya nak bagi je kepada sesiapa yang berminat..1st come 1st serve...just tinggalkan komen kat entry ni..nanti saya hantar melalui pos..pos pun saya bayar...

pandangan penuh..

no 14 Pink Ginger..bleh tgk kat sini..PINK GINGER BODY SHOP

Sila tinggalkan nama, alamat dan no telefon anda diruangan komen..Siapa cepat dia dapat ek..Edisi Terhad..

Thursday, December 16, 2010

Headache?

Assalamulaikum

Dah 2 minggu saya rasa sakit kepala yang teramat sangat...nak kata x makan, makan..nak kata kurang minum air, minum..nak kata stress, xde pulak..erm, sakit pada atas kening kanan @ atas mata membawa ke atas sket di dahi...berdenyut-denyut je..officemate kata tu tanda-tanda nak tambah power spek mata..mungkin juga la..sekarang ni saya cuba TIDAK memakai spek mata..ada la rasa kurang sket, tapi still ada rasa sakit-sakit gak..maybe sakit sebab tak bleh fokus nak tgk jauh..ngadap komputer pun rasa berdenyut-denyut je..apa la sebabnya ek..lepas mkn panadol, mmg ok sakitnye..pastu menyerang kembali..sudahnya saya tahan je laa..nanti nak gi check mata..mana tau kot² memang kena tambah power spek..duit lagi..dah la spek yg ada skrg ni baru je ganti dalam bulan Mei hari tu..kalo tak salah la..huhue..parah gini..sethn 2 kali ganti spek mata..sib baik la Encik Abg dah berjanji nak belanja spek baru..yahhhhoooooo..mau pilih yang camne ek?

sakit kepala...

*** note : dah goggle psal sakit kepala ni..nama saintifiknya cluster headache..mmg menyerang sebelah mata je..antara penyebabnya, mungkin bersesuainya dgn saya ialah bright light..confirm masalah rabun ni..huhue..nak tau lebih lanjut..baca kat sini..
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000786.htm

Tuesday, December 14, 2010

Pengumuman Mengenai Along Azrina @ MamaAna @ Puan Azrina

Assalamualaikum

Untuk perhatian kepada semua rakan-rakan sekalian..
Puan Azrina atau Along Azrina atau MamaAna telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 13 Disember 2010..Oleh itu, beliau akan BERCUTI selama seminggu dari berblog..Kepada sesiapa yang nak datang melawat, boleh la melawat beliau di Tingkat 3, Wad 3B, Katil 13..
Harap Maklum..

Saya Yang Menurut Perintah

Tuesday, December 7, 2010

Bertukar kepada GTalk

Assalamulaikum

Dengan ini, secara rasminya saya bertukar kepada GTalk menggantikan YM saya kerana di pejabat tidak boleh ON langsung YM..sudah di 'blocked'..YM hanya akan beroperasi selepas waktu pejabat..Harap maklum..Untuk lebih senang, rakan semua boleh hubungi saya melalui telefon tangan..

ID GTalk saya :-

hazimah79

Sekian, harap maklum..

Thursday, December 2, 2010

Penyusuan Adam Diketika 1 Tahun 8 Bulan

Assalamulaikum

1 Tahun 8 Bulan, tahap yang telah dicapai oleh saya dalam penyusuan ibu tanpa susu buatan manusia. Alhamdulillah, saya masih ada kekuatan untuk mencapai misi penyusuan 2 tahun..Hanya berbaki lagi 3 bulan lebih sahaja..Harap saya dapat bertahan kerana sekarang penyakit M telah datang..stok beku EBM hanya berbaki 13 botol x 3-3.5oz sahaja..Mampukah?? InsyaALLAH, saya mampu lakukan dan kuatkan semangat..Doakan saya ye kawan-kawan..

Dalam masa 1 tahun 8 bulan ni, macam-macam dugaan yang saya hadapi..susu merundum, menempuh bulan puasa 2 kali, kena berkurus (tp kebanyakan saya minta pengecualian, hanya berkurus in house or balik hari sahaja), teman baik muncul semasa Adam berusia 10 bulan, nipple luka, bengkak susu, stress, kepenatan melampau, stok susu yang terlebih dan banyak lagi cabaran yang telah diharungi..Semua itu mematangkan saya dan membuatkan saya tabah untuk berjaya setakat ini..Belum lagi cakap-cakap suruh campur susu, susu ibu selepas 1 tahun memang tidak berkhasiat untuk anak, berat anak tidak naik cantik, anak kurus sangat dan macam-macam lagi..Tapi saya hanya pekakkan telinga dan buat-buat tak tahu je..saya tahu apa saya buat..

Hasil daripada kedegilan saya itu, Adam jarang sakit..kalau demam sekali pun cepat kebah..selsema cepat je baik..tp makan masa juga la 3-4 hari..Keaktifan memang teramat aktif, ada je menda yang dibuatnya yang saya tidak terfikir..Kiranya rumah tu memang macam tongkang pecah la..Senang menerima arahan dan senang mengikut menda-menda yang kita sebut..Tapi kekadang kenakalannya memang mencabar kesabaran Ayah + Mama...Tapi anak yang aktif merupakan anak yang bijak..itu yang  saya dapat melalui pembacaan..

Nak tau camne saya boleh berjaya ketahap ini? Saya akan pastikan pam, pam dan pam tiap 3-4 jam sekali, minum air masak sekurang-kurangnya 3Liter sehari, doa yang berterusan serta menjaga pemakanan yang seimbang..Tapi saya tidak setiap masa makan yang berkhasiat..kekadang teringin gak melantak KFC, PIZZA, McD..Kalau malas masak, tapau je nasi goreng kg, mee sup, sup ayam dan segala masakan kedai..Kalau masak di rumah sekali pun, kekadang tak ikut pun piramid makanan tu..masak je apa yang ada..So bagi menampung ketidakstabilan khasiat makanan seimbang..Saya memang pengamal tegar supplement..Bagi mengisi ruang-ruang kosong yang lompong-lompong tu..Kenapa saya amik supplement? Tengok la corak pemakanan saya seharian camna..Ada masa OK..ada masa KO gak..Jadinya, tepuk dada tanya la selera masing-masing..Saya mula amik Vitamin C, Multivitamin @ Vita-Lea, B Kompleks dan Alfalfa semasa saya mengalami kemerunduman susu dan juga keletihan yang melampau..balik keja je dah lenguh-lenguh badan dan tidak mampu bertahan untuk melakukan keja-keja rumah..Tapi selepas amik Shaklee, mmg badan tak penat sangat dan mampu bertahan sehingga jam 11-12 malam..susu pun bertambah..I like!! Saya memang telah jatuh cinta dengan Shaklee..Selepas itu saya mencuba pula ESP..memang boleh menambahkan susu..Boleh hubungi saya bagi merasi sendiri kehebatan Shaklee ni..Saya sedia membantu..

Saya memang berusaha sehabis-habisan bagi menjayakan penyusuan sehingga tahap ini..Saya memang berbangga dan berasa bertuah sebab dapat menyusukan Adam..Saya rasa tidak akan mampu bertahan jika tiada semangat yang kuat dan sokongan suami yang tidak berbelah bagi..Alhamdulillah, ALLAH permudahkan perjalanan penyusuan saya dan juga hasrat saya untuk melengkapkan misi 2 tahun penyusuan..Kepada rakan-rakan diluar sana..bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..Jikalau kita kuat semangat dan menetapkan target dalam diri..InsyaALLAH, kita mampu melakukannya..

permata hati Ayah dan Mama

Thursday, November 25, 2010

Kena Gigit?

Assalamulaikum

Sekian lama rasanya tak cite pasal hero no. 1 kat rumah tu..skrg makin MELASAK tak ingat..balik kg raya hari tu, semua family geleng kepala tengok Adam ni..sampai Wan dia berdebar dada tengok dia lompat, lompat atas meja..hadoi..kelasakan kamu bikin Mama sesak nafas la Adam..Tapi itu satu pertanda positif..anak yang aktif merupakan anak yang bijak..alhamdulillah, syukur..

Sekarang dapat tabiat baru..pening kepala saya..Sebelum raya tu, tengah-tengah basuh botol...tengok-tengok puting botol tu berlubang..SAH..memang kena gigit..So kena tukar yang baru..nasib baik cuti raya..Then semlm, tengah basuh botol..x perasan lagi pasal puting tu..Tup-tup pagi tadi masa nak sediakan barang Adam, tengok puntingnya dah berlubang..hadoi..dah la takde stok..Apa saya nak buat ni..So main belasah je pakai puting tu..sib baik berlubang tepi..bile test xde la kuar byk sangat susu..Tapi kalo dia sengetkan puting tu..mmg tumpah la isi di dalam..

So camna nak buat ek bagi Adam tak gigit puting lagi? perlukah bagi susu melalui cawan sedut tu jer? x tahan la gini selang sehari tukar puting..Bankrup la Mama dia ni..dah la pakai puting MAM..Kawan-kawan ada cara tak bagaimana nak atasi masalah ini? Ingat nak ajar Adam minum susu pakai cawan sedut..tp dia menyusu badan lagi..Takda masalah ker nanti ek..??

Thursday, November 11, 2010

101110 dan 111110

Assalamualaikum

101110 & 111110

Cantik kan nombor ni...binary nombor..saya cukup suka subjek masa belajar dulu, topik binary nombor ni..baik dalam Maths dan Sains Komputer..Sebenarnya nombor di atas tu adalah tarikh hari semalam dan hari ni.. 10.11.10 dan 11.11.10..Takde ke sesapa nikah, kawin @ melahirkan anak pada tarikh ni? Rare tu..

Monday, November 8, 2010

Adam 1 Tahun 7 Bulan

Assalamulaikum

Sudah lama rasanya saya tidak menceritakan kisah hero saya yang sorang ni..Sekarang Ahmad Adam Rifqi telah berusia 1 tahun 7 bulan..dah besar dan makin byk karenah..Adam masih lagi menyusu badan dengan saya..alhamdulillah, susu saya cukup untuk Adam dan maintain sehingga kini tanpa campuran susu formula..Perkembangan Adam sangat baik dan memberangsangkan..Makin aktif dan banyak akal..Menunjukkan dia seorang yg bijak..Antara perkembangan Adam yang positif :-

- Makin byk perkataan yang dia tau..Antaranya :-
  • Man Man - Ultraman
  • Ayah - telah semakin jelas sebut ayah
  • Amik - Ambil
  • Tak..de.. - Tiada
  • Buu...ka.. - Buka
  • Cat - Kucing
  • Ba... - Bantal
  • Be.. - Belon
  • Tup - Tutup
  • Chee - Chesee
  • Air
  • Ku-eh - Kuih
  • Nasi
  • Nenen - Nak susu
- Dah reti melompat sikit-sikit
- Suka naik push car laju-laju
- Skrg suka tgk citer ultraman...tapi kejap je la..lepas tu gi main semula
- Paling suka dengki ngn Mama..bila Mama kemas mainan dia, dia selerakkan semula
- Sanggup masuk bawah katil untuk amik bakul sampah dalam bilik..

Buat masa ni tu je yang saya boleh coretkan..Nanti update lagi pasal Adam ek..Saya rasa berbangga dapat menyusukan Adam sehingga kini..Hasil penat lelah saya rasa berbaloi tengok telatah dan gelagat Adam..Adam tidak banyak meragam sejak dilahirkan hingga kini...Tapi kekadang ada juga angin nya kalau permintaan dia tidak dipenuhi..Alhamduliillah..perkembangan positif dan hasil menyusu ibu..

Adam tengah menikmati roti jala..

Saturday, November 6, 2010

Tarikh Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum

Baru lepas dengar pengumuman raya..Hari Raya AidilAdha jatuh pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijah 1431Hijrah, hari Rabu..
Kepada sesapa yang belum apply cuti tu..silala apply cepat-cepat ek..takut kang x lulus plak..kena jaga opis..hehe..

Makaroni Cabonara

Assalamulaikum..
Kepeningan x tau nak masak apa, so minum malam ni amat ringkas..Makaroni Cabonara..memang dah lama plan nak buat..baru hari ni terlaksana..rupa nampak sedap..tp rasa lom tau..

tadaaa..

Monday, November 1, 2010

Kebizian

Assalamulaikum

Saya sekarang dilanda kebizian yang melampau..buat sementara ini, blog tidak berupdate..
Tetapi...trial pack tetap akan berjalan seperti biasa..
Segala kesulitan amatlah dikesali..
Sekian, terima kasih..

Monday, October 25, 2010

Tips Bangun Subuh

Assalamulaikum

Mari saya berkongsi mengenai tips bangun subuh yang dipetik dari iluvislam.com

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.


Selamat Beramal... :) 

Thursday, October 21, 2010

Lagi Fakta Mengenai AIR

'...Pakar Kesihatan mengakui bahawa kekurangan air dalam badan adalah punca kepada semua penyakit. Ini termasuklah jerawat, penghadaman, kegemukan, jantung, tekanan dan kanser...'

sumber Majalah RAPI 15 Okt 2010

Wednesday, October 20, 2010

Vrrrrooommmm

Assalamulaikum

Hai kawan-kawan..marilah kita menunggang motor dengan berhemah ok..
patuhi lah undang-undang jalan raya..
Jangan nak merempit okeh? 

hai kawan-kawan..jgn nakal-nakal tau..

Monday, October 18, 2010

HP Deskjet F2480 All-in-One Printer

Assalamulaikum

Sukanya dapat gak satu printer ALL-IN-ONE ni..
> Boleh Print
> Boleh Copy
> Boleh Scan
Percaya tak? Hanya RM 70 je suami saya belikan..hehe..dah la murah, ok plak tu..rasanya harga sebenar dalam RM 200++ - RM300++ kot..entah la, kurang pasti..Apa-apa pun lepas ni saya boleh la menggunakannya tanpa rasa was-was..Thanks to Mr. Ayah..Love U So Much.. :)

Saturday, October 16, 2010

Susu Ibu Mujarab Untuk Sakit Mata

Assalamulaikum

Kita sudah sedia maklum, susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai bagi setiap ibu-ibu..Tidak dinafikan susu ibu telah terbukti merupakan makanan terbaik untuk bayi yang baru lahir..selain mengandungi zat-zat dan nutrisi yang bagus untuk tumbesaran bayi..susu ibu juga merupakan penyembuh yang baik untuk sakit mata yang dialami si kecil..Di sini saya ingin berkongsi info dari majalah kegemaran saya iaitu Majalah Rapi..Mari kita lihat bagaimana susu ibu dikatakan sangat mujarab untuk merawat sakit mata..

'Conjunctivitis' atau lebih dikenali sebagai sakit mata adalah sejenis jangkitan mata yang mudah untuk berjangkit. Mata menjadi merah, dipenuhi tahi mata dan sukar untuk membuka mata. Antibodi di dalam air susu ibu iaitu immunoglobulin, mencegah bakteria dari melekat pada permukaan mata. Ini menyebabkan pertumbuhan bakteria terhalang dan membantu untuk menamatkan jangkitan mata. Anda hanya perlu titiskan sedikit susu ibu secara langsung ke permukaan mata anak anda. Angkat kelopak mata anak anda sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya. Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan. Jika gelaja sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.

HAPPY BREASTFEEDING..

Wednesday, October 13, 2010

My Wish


I wish this E5
Wah, mmg smart la..harga ori pun xde la mahal mana..ZITRON set bleh dpt RM820..tu boleh less lagi tu..kalo AP set lg murah..ala, bape ratus je beza ngn ori..baik beli ori by NOKIA kan..kamera 5 MegaPixel..Ini sudah cukup baik..lebih kurang ngn N79 sekarang..cume xde 2nd camera je..xpe la, janji henpon ni smart..Bila la bleh dpt ek..baru publish Ogos 2010 baru ni..

Monday, October 4, 2010

Kehilangan..

Assalamulaikum

Tika dan saat ini saya rasa ralat sgt..saya kehilangan rantai pemberian emak..waaa...limited edition tu..tempah khas..harga pun boleh tahan laa..rasa saya mungkin tercicir..tak pun letak dimana-mana lupa nak amik...erm, bila saya muhasabah diri..mungkin ALLAH bagi peringatan kepada saya..mungkin saya lalai dengan segala suruhanNYA..antaranya melambat-lambatkan solat, tidak menutup aurat dengan sempurna, byk membuat dosa kepada suami, mak dan kawan-kawan..bertapa kerdilnya saya ini..mungkin juga saya tidak berzakat ke jalanNYA..zakat emas..mana la tau kan terlebih daripada had yang ditetapkan..ALLAH nak amik kejap je kan...so saya redha dengan kehilangan itu..ALLAH masih sayangkan saya..jadi ALLAH bg kita peringatan..oleh itu, rakan-rakan sekalian..kalau pernah mengalami menda yang sama macam saya..harap jgn bersedih..kita lihat balik apa yang telah kita lakukan sebelum ini..ALLAH nak menguji kita..biarlah kita kehilangan barang berharga..jangan sampai kita kehilangan KASIH SAYANG ALLAH...

Saturday, October 2, 2010

1 Tahun 6 Bulan

Assalamulaikum

Dah lama saya tidak bercerita mengenai hero saya ni kan..Ahmad Adam Rifqi..semlm 30/9/2010 genap Adam 1 thn 6 bulan..Alhamdulillah masih menyusu badan sepenuhnya tanpa susu formula..Syukur kepada ALLAH kerana memberi saya kekuatan dan semangat yang kental untuk bertahan sehingga kini..Ada lagi 6 bulan bg menamatkan misi penyusuan saya ini..Semoga ALLAH permudahkan rezeki kami sekeluarga..

Perkembangan Adam pada tahap ini sangat memuaskan..Di sini saya senaraikan perkembangan Adam secara kasar..Antaranya :

- Bawa push car laju-laju sampai langgar dinding..pastu gelak-gelak..
- Dah pandai guling-gulingkan badan kalau tak dapat sesuatu yang dia nak..sambil nangis-nangis simpati..
- Makin kuat makan..susu still 15oz belah siang..malam minum susu selang 3-4 jam..
- Makin tinggi, ini terbukti bila dah boleh mencapai barang di atas meja makan..
- Terer memanjat kerusi dan meja..pastu lompat-lompat..hadoi..
- Dah senang gosok gigi..pandai nak gosok gigi sendiri..
- Kalau Mama marah dia, pastu merajuk gi kat ayah..mengadu la kiranya..camtu gak kalo ayah dia marah..
- Sekarang makin suka mengigit orang..tak kira sapa..yg jadi mangsa Mama dia la..
- Suka tgk iklan TV3, Ribena yang laki pmpn nyanyi tu, iklan twisties..kalau tgh menyusu..automatik bangun..
- Dah terer pegang pensil warna dan conteng-conteng..saya ada belikan drawing block..

Tu je la setakat ini yang saya ingat..pendek kata perkembangan Adam amat bagus..Alhamdulillah jarang demam dan selsema..berkat susu ibu..antibodi Adam kuat..kalau ada orang yang demam dan selsema..Adam kekadang berjangkit sama tak pun x berjangkit langsung..Alhamdulillah...

saya dah 1 thn 6 bulan kawan-kawan..

Tuesday, September 28, 2010

Alhamdulillah

Assalamulaikum
Alhamdulillah, semoga ALLAH memberkati apa yang aku lakukan..

Thursday, September 16, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

 - STICKY MODE -
Salam
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Kepada semua rakan-rakan, blogger-blogger sekiranya saya ada tersilap bahasa yang mengusik jiwa..saya memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..kepada nak balik kampung tu..berhati-hati di jalan raya..ingatlah orang yang tersayang..

Dari kami : Mus, Zimah dan Adam...

Tuesday, September 7, 2010

Perlukah Ambil Suplemen Harian Setiap Hari?

Salam
Saya ingin berkongsi info mengenai suplemen..Info ini saya petik dari majalah kesihatan kesukaan saya..
MAJALAH RAPI..Mari kita lihat isinya..

Menurut sekumpulan panel sainstis, pengambilan suplemen bergantung pada tahap kesihatan seseorang. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda patuhi kalau mahu mengambil suplemen. Antaranya ialah :-

  • Beta karoten : Perlu dielakkan oleh perokok kerana ia berkesan meninggikan risiko kanser paru-paru
  • Kalsium dan Vitamin D : Baik untuk tulang dan mengelakkan risiko tulang retak kepada wanita sesudah menopaus
  • Selenium : Ia berkesan mengelakkan risiko kanser prostat dan paru-paru
  • Antioksidan dan Zink : Kombinasi vitamin C, E dan Zink mempunyai kebaikan merawat sesetengah jenis penyakit berkenaan mata

dipetik daripada Majalah Rapi  15 Sept 2010

Wednesday, September 1, 2010

Ceritera Adam 1 Tahun 5 Bulan

Salam
Sudah lama rasanya saya tidak bercerita psal hero kesayangan Ayah + Mama ni..Ahmad Adam Rifqi..sekarang ni perkembangan Adam amat memuaskan..keaktifannya tidak jingkau oleh mata kasar..haa..mesti suspen je bunyinya kan...bak kata Mama Along..macam lipas kudung..panjat kabinet tv..duk tepuk-tepuk screen tv..hadoi..tv mahal tu Adam..jenuh Ayah + Mama tunggu harga jatuh baru beli..keduanya, panjat meja kopi..hadoi ni lagi satu hal..lepas panjat tu boleh pulak Adam julurkan kaki pastu goyang-goyang..jatuh la Adam..seriau Mama tau..ketiganya, panjat kerusi meja makan..ni kes kalo kita tgh makan..dia sebok nak naik sama..nak duduk sama..tp bukan duduk tau..berdiri..bile dah berdiri tu..lepas tgn pulak..naikkan sebelah kaki atas meja..mau panjat meja..tu belum lagi kalo capai nasi dlm pinggan..kes semlm..capai mee yg masih panas..berdebar jantung Mama dia ni tau..kempat..panjat sofa..haaa..ni lagi satu kesukaannya..panjat sofa dan lompat-lompat..pastu gelak-gelak..kalo terjatuh kepala jatuh dulu ni..anak bertuah sungguh..kelima suka sgt suh buka peti ais..mau cari menda fav dia..cheese dan vitagen..pepagi mau minum vitagen..pening Mama tau..main koli..periuk tu xpyh ckp la..time mandi plak mesti nak melompat² kejanya..hadoi..takut terjatuh je anak..tu la..makin besar anak itu..makin byk ragam dan peelnya..tak dengar kata pun ye...kekadang memang hangin dgn perangai Adam..tp tu la namanya budak kan..semua menda nak explore..semua menda nak cuba..anak oh anak..

 hai kawan-kawan..

Tuesday, August 24, 2010

Hadoi!!

Salam
Aku kena outstation 15-18 Oktober 2010 akan datang ni..
Tadi baru dpt tau TIDAK BOLEH bawak family..Adam camner? hoho..ni la delima aku sekarang..Ada 2 pilihan je..sama ada kos bilik tanggung sendiri atau tinggalkan Adam dengan Ayah..tapi mampu ke Adam survive tanpa Mama memalam..serabut otak..Plan asal aku memang nak bawa Adam + Ayah..sebab sebelum ni ok je kalo sesapa nak bawak family..tp separuh kos penginapan yang xtermasuk dalam kelayakan, kena tambah duit sendiri..tak kisah la kan..TAPI tadi tup tup dapat tau..bos tak bagi bawak family plak..apa ke dengki la..hoho..tak tau ke aku ni ada anak kecik..menyusu plak tu..tak simpati ke? tapi betul la kan..bos lelaki ni mana paham situasi camni..diarg senang la..semua serah kat isteri dan mak serta mentua..hadoi..ape mau buat..stok EBM plak dalam nyawa-nyawa ikan..aku kena kumpul at least 50 botol untuk kegunaan 5 hari 4 malam tersebut..mana la nak cekau..aku dah kira-kira..aku kena bekukan 5 EBM setiap hari Jumaat utk stok beku EBM..bila dah kira-kira..tolak-tolak cuti raya semua..mmg ngam-ngam 30 stok EBM dapat..campur dgn stok sedia ada dalam 20++..harap dalam masa ini aku tidak guna stok sedia ada itu..kena maintain..maybe cume rotate je takut expired..mampu ke aku buat? aku bajet sehari Adam minum 10 botol..5 botol kat umah pengasuh dan 5 botol lagi untuk malam..kawan-kawan sila doakan aku ek..Lagi satu jalan penyelesaian..pujuk bos mintak bawak family..tapi kos kena tanggung sendiri..ada duit ker? hotel sewa bukannya murah..untuk 4 hari 3 malam je lebih kurang RM600-RM700..melainkan la guna kelayakan..cuma tambah sikit je..huh, dalam delima plak..kalau tak pergi..takut nanti reputasi buruk plak..selama ni mmg aku minta orang lain gantikan aku kalau kena bertugas di luar daerah..help kawan-kawan bagi pandangan..

p/s: Dalam situasi ini saya menggunakan kata ganti nama aku..untuk meluahkan apa yg terbuku dihati...

Thursday, August 19, 2010

Pentingnya Kalsium & Vitamin D Untuk Tulang Kuat

Salam
Dipetik daripada Majalah Rapi 15 Ogos 2010

" ...Kalsium dan Vitamin D sangat diperlukan untuk membina tulang yang kuat dan sihat. Jumlah pengambilan kalsium yang disyorkan dalam sehari ialahm 1000mg dan jika anda berusia 50 tahun ke atas, anda dinasihatkan untuk mengambil sebanyak 1200mg. Jika anda terasa jumlah kalsium yang diambil tidak mencukupi, ambillah vitamin dan mineral ini dalam bentuk makanan tambahan...."

Sharing is caring
..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Salam
Bulan Ramadhan datang kembali..cepat betul masa berlalu..
Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan..semoga anda semua menjalani ibadah puasa dengan jayanya..Semoga dengan kedatang bulan Ramadhan ini kita tingkatkan lagi keimanan dan mengambil peluang untuk memperbaiki diri..insyaALLAH..

Monday, August 9, 2010

16 Month

Salam
30 Julai lepas genaplah Adam 16 bulan bersamaan 1 tahun 4 bulan..
Skrg ni mmg mencabar melayan kerenah dan peel Adam..memanjat sana..memanjat sini..merajuk bile xbagi barang yg dia nak..mulut makin ringan berckp..tapi dalam bahasa dia la kan..Adam masih lagi menyusu badan dengan aku..alhamdulillah dah 16 bulan..xsangka aku mampu bertahan sejauh ini..ada lagi 8 bulan utk melengkapkan misi ke 2 tahun..insyaALLAH..Bebaru ni ayah dia telah membotakkan separuh kepala Adam..so comel..ayah dia panggil combat..sbb dia makan lasak memanjat..pendek kata celik mata je..main je kejenya..bile tido malam mula la menangis..sbb kepenatkan bermain di siang hari..Ni baru dapat panggil ayah..yah..yah bunyinye..dia sgt cam..kalo pintu depan dgr org buka kunci gril, terus sebut yah yah..mama, yah yah..pastu bingkas bangun menuju ke pintu..tgh menyusu boleh berhenti..skrg cukup suke tgk barney..pepagi kul 6.30 mmg aku buka 615..tgk barney..terpaku dpn tv..cite lain dia xlayan..lagi satu Tom Tom Bak..mmg layan la..haa..paling fav dia..semua iklan di cenel 611 tu..x berkelip mata tgk..ok la..tu je la nak cite..hehe..

budak butaks itu..comel kan?

Friday, August 6, 2010

Adam Demam Lagi?

Salam
Adam demam lagi..ptg semlm amik dari umh pengasuh dah suam-suam badan dia...
Risau betul sbb malam tadi badannya panas..bile check suhu pagi td..39.5 darjah..mak aiiii..terus bawak gi klinik..dan masuk ubat bontot..ni adam tgh tido..semoga Adam Mama dan Ayah cepat sembuh ek..

Thursday, August 5, 2010

Selamat Ulangtahun Kelahiran Encik Ayah

Salam
Hari ni 5 Ogos 2010..Adalah tarikh ulangtahun kelahiran encik suami..
Ayah,
Adam dan Mama mengucapkan selamat ulangtahun yang ke 28..semoga ayah pjg umur, dimurahkan rezeki, memperoleh kesihatan yang baik, ditetapkan iman, menjadi seorang anak yg soleh, suami yang baik dan membimbing keluarga ke jalan yg diredhai ALLAH, menjadi ayah yg mithali dan mendidik anak-anak ke jalan yg benar, menjadi seorg pekerja yang tekun, hamba ALLAH yang beriman dan bertakwa..
Tanpa ayah..kami tak mampu nak hidup sendiri..

HAPPY 28th BIRTHDAY AYAH..
WE LOVE YOU SO MUCH!!

Encik Ayah itu..

Wednesday, August 4, 2010

Frust

Salam
Frust betul la..Sepatutnye esok aku menghadiri Seminar dan Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia di Jabatan Audit Negara...tapi disebabkan esok ada audit dalaman nak masuk audit kat opis..so kena standby..jadinya aku xdapat menghadiri seminar tersebut..huh, dah la thn ni aku xde kursus sgt..x cukup 7 hari sethn ni..Arrrggghhh..frustnya..mmg aku suke gi seminar psal penyusuan ibu ni..tp bkn rezeki aku agaknya..Kenapalah audit nak masuk esok..psal xmasuk minggu dpn...hoho..tensi tensi..

Tuesday, August 3, 2010

Sosej Roll

Salam
Ini cerita minggu lepas..sabtu lepas rasa mcm nak try buat sosej roll..kalo korang baca mesti ckp..eleh, sosej roll pun nak cite..senang je tu..suka aku la kan..hehe..ni 1st time buat..aku mana la reti masak-masak bagai ni..ni kira baik la percubaan aku menjadi..hehe..tgk je la gambo ni ek..

sosej yang telah siap di rebus..

potong kulit tepi roti..

sapukan telur semasa nak gulung..bg roti tu melekat..

roti yang telah digulung..buruk beno rupa..

kasi golek-golek dalam telur..hehe..

antara yang telah siap dicelup telur..


sesi menggoreng..

dah siap..sila abaikan yg hangus tu..hehe..

Memang senang nak buat..tp aku je yg xreti..haha..

p/s : ni cite lama sebenarnya..dah 3 minggu kot..baru skrg publish..asek dlm draf je..xde masa nak cite..haha..

Kekal cantik walau menyusu

Salam
Saya ingin berkongsi artikel di bawah ini..
Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia..

Kekal cantik walau menyusu
Eh, tak malukah?” tanya seorang teman. Dia bertanya begitu ketika membelek-belek album gambar saya yang sedang menyusukan bayi di kawasan tempat duduk kompleks membeli-belah. Mungkin gambar menyusu di tempat duduk kawasan orang lalu-lalang itu sedikit membuatkan dia rasa tidak selesa.

Dengan selamba saya menjawab; “Mengapa pula perlu malu? Rasa bangga adalah.”

Entah apa sebabnya, menyusu bayi bagi kebanyakan ibu kini menjadi antara perkara yang memalukan mereka. Lebih mengecewakan, ada yang menganggap menyusu di khalayak kelihatan selekeh, tidak cantik dan kolot.

Menyusu terlalu lama (sehingga anak melebihi usia dua tahun) juga kata mereka menyebabkan payu dara cepat mengendur, sekali gus menjejaskan penampilan.

Sejauh mana fahaman mereka dalam hal itu, saya percaya semua disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dan sokongan daripada orang sekeliling.

Apa yang pasti, menyusu sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada ibu dan bayi sama ada dari segi kecantikan, kesihatan, mental serta emosi.


Payu dara kendur?

“Pandangan itu tidak benar sama sekali,” kata Kaunselor Laktasi dari Pusat Perubatan Prince Court, Chuah Pek Chin.

Beliau yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam bidang perbidanan berkata, menyusu tiada langsung kaitan dengan payu dara kendur dan ‘mahkota’ wanita itu tetap berubah bentuknya apabila sampai masanya.

Perubahan bentuk payu dara, katanya, disebabkan rangkaian tisu-tisu pada bahagian itu lemah sejajar dengan peningkatan usia.

Malah wanita yang tidak pernah menyusukan sekali pun akan mengalami pengenduran payu dara lebih awal sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam.

Bagi Pek Chin, menyusu sebenarnya mempunyai seni tersendiri. Ibu-ibu katanya, perlu tahu cara yang betul melekap bayi ke payu dara, barulah penyusuan akan berjaya.

Ibu-ibu yang menyusu juga sebenarnya memiliki payu dara yang lebih cantik dan penuh. Pemakaian coli yang sesuai untuk menyokong payu dara yang penuh amat membantu dalam mengekalkan bentuknya.

Bagaimanapun katanya, selepas bercerai susu ibu-ibu akan mendapati payu dara mereka sedikit ‘jatuh’ daripada biasa.

“Namun beberapa bulan selepas itu, hormon akan kembali stabil dan mereka perlu melakukan senaman untuk membuatkan ia kembali kepada bentuk asal,” kata Pek Chin yang pernah berkhidmat di Eropah dan Singapura.

Tambahnya lagi, menyusu sememangnya mempunyai banyak kebaikan kepada ibu dan bayi.
Tentu sekali faktor kecantikan fizikal antara tarikan yang sepatutnya diambil berat oleh mereka yang ingin menyusukan bayi.

Menurutnya, daripada sesi bual bicara selepas bersalin yang beliau hadiri, ramai ibu mengaku menyusu membantu mereka kembali langsing secara semula jadi dengan pantas.

“Lemak-lemak berlebihan yang tersimpan dalam badan akan dibakar ketika menyusu. Bukankah ini antara bentuk senaman yang paling mudah dilakukan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ibu-ibu perlu memastikan berat badan yang ideal sepanjang mengandung iaitu tambahan hanya sekitar 11 hingga 15 kilogram. Ini amat penting dalam usaha mendapatkan bentuk badan yang diingini selepas kelahiran kelak. Pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu, begitu juga dengan senaman.

“Menyusu dapat mengurangkan risiko obesiti jangka masa panjang,” katanya.

Bagi mengekalkan kesihatan ibu sepanjang menyusukan bayi, Pek Chin menyarankan agar mereka melakukan senaman ringkas seperti berjalan, regangan ringan dan senaman lantai sejurus badan kembali selesa (empat atau lima hari selepas bersalin).

Selepas enam hingga lapan minggu, mereka sudah boleh melakukan senaman berat seperti aerobik.
Tiada pemakanan khas diperlukan oleh ibu dalam menjayakan sesi penyusuan mereka. Yang paling utama adalah pengambilan makanan berkhasiat dan lengkap dengan pelbagai vitamin.

“Jika seorang dewasa memerlukan 2000 kcal setiap hari, ibu mengandung pula memerlukan tambahan antara 300 hingga 500 kcal lagi,” kata beliau.

Menurutnya, sebanyak 700 hingga 800 kcal diperlukan untuk pengeluaran susu yang mana 500 kcal diperolehi daripada diet harian. Manakala 250 hingga 300 kcal lagi daripada penyimpanan lemak dalam badan.

Bagi ibu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan pula katanya, mereka tidak memerlukan kalori tambahan.

Pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam penghasilan susu. Bagaimanapun kata beliau, meminum susu tidak bererti memperbanyakkan susu badan. Yang paling utama adalah pengambilan cecair bagi menggantikan air yang hilang melalui penyusuan.

“Ibu menyusu perlu mengambil banyak sayur segar, produk tenusu rendah lemak, daging merah dan juga protein,” katanya.

Pengambilan kafein pula katanya perlu dihadkan antara satu atau dua cawan saja sehari, itu pun selepas menyusukan bayi. Jika tidak, bayi akan meragam dan tidak selesa.

Mengenai pengambilan suplemen pula, Pek Chin berkata sebenarnya ia tidak perlu jika kita mengambil makanan yang berkhasiat. Namun, ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan suplemen yang dipreskrip doktor atau juga mencuba petua bergantung kepada keselesaan mereka.

“Walaupun begitu, vitamin B6 diketahui mampu meningkatkan pengeluaran susu,” jelasnya.

Bagi ibu yang mengamalkan vegetarian pula, mereka mungkin mengalami kekurangan vitamin B12 yang terkandung dalam protein haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil suplemen tambahan mengikut panduan yang diberikan pakar.