Assalamulaikum
1 Tahun 8 Bulan, tahap yang telah dicapai oleh saya dalam penyusuan ibu tanpa susu buatan manusia. Alhamdulillah, saya masih ada kekuatan untuk mencapai misi penyusuan 2 tahun..Hanya berbaki lagi 3 bulan lebih sahaja..Harap saya dapat bertahan kerana sekarang penyakit M telah datang..stok beku EBM hanya berbaki 13 botol x 3-3.5oz sahaja..Mampukah?? InsyaALLAH, saya mampu lakukan dan kuatkan semangat..Doakan saya ye kawan-kawan..
Dalam masa 1 tahun 8 bulan ni, macam-macam dugaan yang saya hadapi..susu merundum, menempuh bulan puasa 2 kali, kena berkurus (tp kebanyakan saya minta pengecualian, hanya berkurus in house or balik hari sahaja), teman baik muncul semasa Adam berusia 10 bulan, nipple luka, bengkak susu, stress, kepenatan melampau, stok susu yang terlebih dan banyak lagi cabaran yang telah diharungi..Semua itu mematangkan saya dan membuatkan saya tabah untuk berjaya setakat ini..Belum lagi cakap-cakap suruh campur susu, susu ibu selepas 1 tahun memang tidak berkhasiat untuk anak, berat anak tidak naik cantik, anak kurus sangat dan macam-macam lagi..Tapi saya hanya pekakkan telinga dan buat-buat tak tahu je..saya tahu apa saya buat..
Hasil daripada kedegilan saya itu, Adam jarang sakit..kalau demam sekali pun cepat kebah..selsema cepat je baik..tp makan masa juga la 3-4 hari..Keaktifan memang teramat aktif, ada je menda yang dibuatnya yang saya tidak terfikir..Kiranya rumah tu memang macam tongkang pecah la..Senang menerima arahan dan senang mengikut menda-menda yang kita sebut..Tapi kekadang kenakalannya memang mencabar kesabaran Ayah + Mama...Tapi anak yang aktif merupakan anak yang bijak..itu yang saya dapat melalui pembacaan..
Nak tau camne saya boleh berjaya ketahap ini? Saya akan pastikan pam, pam dan pam tiap 3-4 jam sekali, minum air masak sekurang-kurangnya 3Liter sehari, doa yang berterusan serta menjaga pemakanan yang seimbang..Tapi saya tidak setiap masa makan yang berkhasiat..kekadang teringin gak melantak KFC, PIZZA, McD..Kalau malas masak, tapau je nasi goreng kg, mee sup, sup ayam dan segala masakan kedai..Kalau masak di rumah sekali pun, kekadang tak ikut pun piramid makanan tu..masak je apa yang ada..So bagi menampung ketidakstabilan khasiat makanan seimbang..Saya memang pengamal tegar supplement..Bagi mengisi ruang-ruang kosong yang lompong-lompong tu..Kenapa saya amik supplement? Tengok la corak pemakanan saya seharian camna..Ada masa OK..ada masa KO gak..Jadinya, tepuk dada tanya la selera masing-masing..Saya mula amik Vitamin C, Multivitamin @ Vita-Lea, B Kompleks dan Alfalfa semasa saya mengalami kemerunduman susu dan juga keletihan yang melampau..balik keja je dah lenguh-lenguh badan dan tidak mampu bertahan untuk melakukan keja-keja rumah..Tapi selepas amik Shaklee, mmg badan tak penat sangat dan mampu bertahan sehingga jam 11-12 malam..susu pun bertambah..I like!! Saya memang telah jatuh cinta dengan Shaklee..Selepas itu saya mencuba pula ESP..memang boleh menambahkan susu..Boleh hubungi saya bagi merasi sendiri kehebatan Shaklee ni..Saya sedia membantu..
Saya memang berusaha sehabis-habisan bagi menjayakan penyusuan sehingga tahap ini..Saya memang berbangga dan berasa bertuah sebab dapat menyusukan Adam..Saya rasa tidak akan mampu bertahan jika tiada semangat yang kuat dan sokongan suami yang tidak berbelah bagi..Alhamdulillah, ALLAH permudahkan perjalanan penyusuan saya dan juga hasrat saya untuk melengkapkan misi 2 tahun penyusuan..Kepada rakan-rakan diluar sana..bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..Jikalau kita kuat semangat dan menetapkan target dalam diri..InsyaALLAH, kita mampu melakukannya..
permata hati Ayah dan Mama

5 comments:
congrats dear....perjalanan rin jauh lagi....harap2 kita berjaya..amin...
rin : kalo kita kuat semangat..kita mampu lakukannya...jgn putus asa ok?
Zimah teruskan penyusuan Adam tanpa campuran susu lain, buktikan pada orang luar kita boleh buat. Buktikan juga ibu yang consume suplemen bukan cakap auta tapi fakta. Chayok chayok!! Ramai orang tahu bercakap tapi sendiri tak serupa bikin *apsal cam lepas geram kat entri orang lak ni?* Muerkakakakakakakakakakakkakakakakakak (20x)
along : mmg itu tujuan ku..bg buka mata sket utk org sekeliling..
alhamdulillah..akk mmg blh dijadikan cth tau.. bersemangat n bersugguh meneruskan BF..
bgus adam kalo demam cpt kebah..tkdela risaukan mama n ayah nye..
*mmg nk bt jgk beday darwisy tp skrg ni wiken sibuk memanjang.kna bt jgk psl doorgift semua dh siap..,nti fza bgtahu ye..
Post a Comment