Thursday, December 30, 2010

ALLAH Bagi Saya Peringatan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur..sakit kepala saya dah hilang serta merta.tiada lagi menderita sakit setiap pagi..tak perlu la nak makan dadah-dadah tu semua..Syukur sangat..Sakit ni hilang selepas saya membayar zakat..Saya cerita ni bukan nak riak..bukan nak mendebik dada..tapi peringatan untuk diri sendiri..kekadang kita lupa dan alpa dengan tuntutan yang memang kita kena buat..kiranya WAJIB la kan..bukan kena bayar banyak-banyak pun macam income tax..hanya 2.5% je dari apa yang kita dapat..Zakat itu mensucikan harta..Sebelum ni memang saya tidak pernah berzakat..betapa jahilnya saya..Ya ALLAH, hambaMU ini alpa..rupa-rupanya tidak semestinya kita mempunyai duit yang banyak baru boleh berzakat..dengan rezeki yang ciput ni pun kita masih boleh berzakat..Ketika itu saya memang jahil sangat..tapi dengan peringatan itu membuatkan saya membuka mata dan hati kepentingan berzakat..Mari saya sharekan mengenai zakat..

Pengertian Berzakat :

Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golonggan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. 

Dalil Yang Mewajibkan Mengeluarkan Zakat

Ibadat Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Dalil Wajib ini antaranya berdasarkan firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

"Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku'lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang ruku'."
An-Nur: Ayat 56

Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta seseorang. Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

"Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak yang buruk)."
At-Taubah : Ayat 103

Pengertian 'menyucikan' bermaksud membuang sifar kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat menyucikan diri dari iri hati, dengki serta menaruh perasaan dendam terhadap orang yang kaya.

Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta ataupun pendapatan seseorang. Ini diperjelaskan lagi dalam firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

"Dan pada harta-hata mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari meminta."
Adz-Zaariat : Ayat 19

Dalam ayat yang lain, firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami kelurkan dari bumi.."
Al-Baqarah : Ayat 267

Oleh yang demikian, kewajiban menunaikan zakat menjadi tanggungjawab setiap orang Islam apabila cukup syarat-syarat wajib zakat.

Syarat-syarat Wajib Zakat
1. Islam - dikenakan hanya ke atas orang Islam

2. Merdeka - orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tetap dikenakan sebagai salah satu syarat wajib

3. Sempurna Milik - harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang

4. Cukup Nisab - paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.

5. Cukup Haul - genap setahun harta itu disimpan.

6. Niat berniaga - untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja).

Jenis Harta Yang Dikenakan Zakat
1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP / LTAT
7. Perniagaan

Zakat tidak dikenakan atas harta-harta tetap seperti bangunan, rumah dan tanah kecuali diperniagaan atau mendatangkan hasil melalui sewaan.

Kadar zakat - 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.

Ganjaran Berzakat
Firman ALLAH S.W.T melalui ayat berikut yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mengerjakan sembahyang dan mengelurkan zakat, mereka beroleh pahapa disisi Tuhan mereka, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Al-Baqarah : Ayat 277

Dalam ayat yang lain firmanNya yang bermaksud :

"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan ALLAH amat luas kurniaanNya bagi meliputi ilmu pengetahuanNya."
Al-Baqarah : Ayat 261

Oleh itu, kita memang dituntut untuk menunaikan zakat. Kita boleh berhabis duit semata-mata nak beli make-up, beg tangan, kasut, baju-baju cantik, make-up kereta, henpon baru dan lain-lain. Tapi kenapa kita liat nak bayar zakat hanya 2.5% dari apa yang kita ada? Fikir-fikirkan lah dan Selamat Beramal..

2 comments:

Zarith said...

allhamdulillah....

Zimah said...

zaa : keajaiban ALLAH..