Assalamulaikum
" Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini.."
Wah sungguh teruja saya!! Excited betul laa..tak lama lagi novel Trilogi Bagaikan Puteri ni nak keluar..Khas untuk Pesta Buku Antarabangsa 2011 ni..harus cari novel ni nanti..akan keluar hujung April 2011..Waaaa..teringin nak pegi Pesta Buku..tapi tu laa..kena cuti la gamaknya..xkan nak bawak Adam plak kan..tentu sesak time tu..Ok meh review sket psal novel ni..ni adalah kesinambungan novel yang lepas..Sutera Bidadari adalah yang ke 5..ingatkan selepas Cinta Sufi dah xde sambungan..rupa-rupanya ada..mesti peminat RAM menantikan sambungan ni..trilogi ni memang best!! Saya dah la peminat setia RAM..semua novel karya dia memang ada simpan..syok betul baca!
Trilogi Laksamana Sunan @ Saifudin
1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencipta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
Ni sinopsis yang saya copy paste dari RAMFC..
Sutera Bidadari :-
Cerita ini terbahagi kepada empat kisah yang saling terkait antara satu sama lain. Saifudin @ Laksamana Sunan tetap menjadi tunjang utama pengisahan ini. Tiga lagi menceritakan tentang Taghut yang menyusuri asal-usul apabila telah lenyap kesaktiannya. Dilanjutkan lagi mengenai Sang Dewi yang mendiami negeri Inderapuri dalam lingkaran Hindi, yang tanpa jemu menyeru Saifudin agar mampir ke sebuah belantara nan luas. Sang Dewi merupakan makhluk sumpahan. Dan akhirnya dibentangkan pula cerita tentang Saifullah di abad ke 21 yang dikenali sebagai pewaris khazanah Maryam – menjejaki Catatan Maryam dan Keris Nanggroe yang telah dicuri oleh Elizabeth.
Pada tahun 1511 – Saifudin bersama Panglima Awang Bagan, Maryam, Luna, Sadik dan anak keponakan arwah Djailuh yang bernama Abdol Rohman telah melakukan pelayaran ke Negeri Atas Angin untuk memburu si Taghut durjana. Semasa mengharungi pengembaraan inilah banyak pancaroba yang terpaksa dihadapi sehingga hampir-hampir melumpuhkan kudrat Saifudin.
Saifuddin - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah 6 purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
Raja Roman - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya...Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
Makhluk Sumpahan - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu ketika dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
Saifullah - Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abdil Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

"Awan..kalau dapat kucapai maka saktilah hamba.."
" Tatkala cinta berbisik, hatinya memuji Tuhan. Tatkala rindu terusik, RasulNya jadi pilihan.."
" Dendam Itu Bara..Marah Itu Api! "
" Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit.. "
Tagline best..
" Mati Itu Pasti, Hidup InsyaALLAH..."
" Sebagai manusia, aku sayang padamu.."

2 comments:
rajin ko baca novel ek..kalau aku la bertahun aku nak habiskan tau....
aku kalo novel RAM ni mmg mesti baca! yg lelain tu xbaca xpe..sbb kalo novel cinta2 ni..jln cite sama..novel karya RAM ni lain dari yg lain..
Post a Comment