Assalamulaikum
Apa yang ibu-ibu menyusu PERLU @ KENA tau..PENTING!!
PROLAKTIN
• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.
• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.
• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.
• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.
• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.
• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.
• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.
• Lebih tinggi pada waktu malam.
OKSITOSIN (hormon of love)
• Penting untuk pancutan susu.
• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.
• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.
• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.
• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.
•Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)
• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.
• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

2 comments:
wah..wah...bagus2..terus buat kajian dah nie...hehheh..semalam aku try buat cross puzzle...banyak yg aku tak dapat jawapan...hohoo...nanti tiru ko ek?...hahhah
zulie : aku pun belum buat lagi..haha..gile malas..asal buka nota je..anak aku sebok nenen..hangin je!
Post a Comment