Assalamulaikum
Sekarang ini ramai di kalangan ibu-ibu telah membuka mata dan menerima penyusuan ibu..Masa zaman dulu-dulu susu ibu ini hanya diberi masa pantang je..lepas naik keja, terus disulami dengan susu formula..Zaman telah berubah dan sekarang kemudahan dan informasi mengenai kebaikan susu ibu hanya di hujung jari..just click je..terus terpapar maklumat yang dikehendaki..mudah kan? antara nak dan tak nak je...
So saya nak cerita sikit la apa yang saya dapat masa hadiri kursus MBfPC selama 4 hari..Banyak rupanya ilmu baru yang saya dapat..tapi kena tambah lagi ilmu dan rajin buat research..
Susu ibu ada 2 peringkat iaitu kolostrum dan susu matang..Meh saya brief sket pasal kedua-duanya..
a) Kolostrum - berwarna kuning keemasan, kelihatan pekat dan likat serta tinggi kandungan protein..secara am nya akan keluar pada awal kelahiran dan juga ada mengambil masa beberapa hari nak keluar..ini bergantung kepada badan si ibu dan juga rangsangan yang dilakukan oleh anak ke atas payudara..Kalau cepat kita susukan anak, cepat lah kolostrum itu keluar..Kolostrum ini hanya akan ada 2 - 4 hari sahaja selepas ianya keluar pada hari pertama..Kolostrum ini sangat berharga sebab kaya dengan antibodi dan imunisasi pertama si anak untuk melindungi bayi daripada serangan penyakit.
b) Susu Matang - keluar selepas kolostrum..mengambil masa 4-5 hari untuk keluar dan bergantung kepada badan si ibu..selalunya berwarna putih dan bersifat ringan je..warna yang suci..cepat hadam..itu pasal la anak kerap menyusu..sebab susu ibu ini cepat hadam..mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang ideal untuk pembesaran dan perkembangan anak..kaya dengan laktosa, kolestorol baik, omega-3, taurine dan asid amino di mana baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi..Breastfeed children found to have highers IQs..
Kebaikan susu ibu :-
- mengurangkan risiko penyakit seperti jangkitan telinga, alergik, jangkitan paru-paru, jaundis dan obestiti.
- senang dihadam
- mewujudkan kasih sayang dgn ibu - bonding
- membina keyakinan dalam diri anak
- mengurangkan stress disebab hormon oksitosin (love hormon)
- mempercepatkan pengecutan rahim si ibu
- mengurangkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser servik
- ibu senang menyusukan ketika baring dan boleh rehat sekali
- menjimatkan wang - untuk si ayah
- mempercepatkan penurunan berat badan ke bentuk asal
- anak kurang sakit, jadi kurang la ulang alik gi klinik
- senang untuk travelling - tak perlu bawa perkakas botol bagai
- ibu ayah kurang mengambil cuti sebab anak kurang sakit - kualiti kerja
2 comments:
hah tu dia,,dah kuar satu article....bagus2!
zulie..jenuh aku pk ayat ni..huhue..
Post a Comment