Assalamulaikum
Saya nak berkongsi cerita mengenai penyusuan..Kebanyakan ibu-ibu tidak tau boleh atau tidak menyusukan anak masa kita demam...Kesimpulannya boleh..memang lagi digalakkan menyusukan anak ketika kita demam..Penyusuan ibu ketika ibu dilanda demam dapat membantu anak meningkatkan sistem pertahanan badan dia secara tidak langsung..Saya sendiri pernah menyusukan anak ketika demam..bagi saya masa kita demam ni la lagi byk antibodi badan kita dihasilkan untuk melawan virus demam ni..dan secara tidak langsung, anak akan mendapat antibodi sedikit sebanyak yang disalurkan melalui susu kita..Mari saya berkongsi satu kenyataan yang saya dapat dari forum al-fikrah.net ni untuk panduan kepada ibu-ibu sekalian..
Ibu Masih Boleh Menyusukan Walaupun Demam
Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya.
Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.
Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.
Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.
Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

menyusu dimana-mana..
Oleh itu, ibu jangan meragui susu ibu..ALLAH telah menciptakan susu ibu sungguh sempurna..tiada tandingan di dunia ni..kenapa diragui keistimewaan susu ibu tu sendiri..Tepuk dada tanya selera..
Ada ibu yang diberi ubat oleh doktor dan doktor menyuruh ibu tersebut memberhentikan sementara penyusuan ibu..Maybe antibiotik..sbb ada sesetengah antibiotik memang boleh menjejaskan kualiti susu ibu dan disalurkan pada anak..So why now kalau ibu yang demam ni, mengantikan ubat itu dengan supplement..Kita telah sedia maklum yang Vitamin C memang berfungsi sebagai pertahanan diri..Kalau demam makan Shaklee vitamin C 500mg 2 biji dan patahkan dua..ini boleh membantu mengurangkan demam..malah Shaklee Vitamin C ini diperbuat secara organik dan nutural..dan tidak mengandungi kesan sampingan..saya sendiri memang pengguna tegar vitamin c ini..alhamdulillah, sejak mengamalkannya saya jarang dijangkiti demam dan selesema..Syukur..
Akhir kata, penyusuan ibu harus diteruskan walaupun ibu mengalami demam kerana susu ibu tiada tandingannya..
Sharing is caring..
2 comments:
orang sekarang tengah dilanda selsema teruk jugak sampai telinga pun ala2 pekak...heheh..tapi masih meneruskan penyusuan..bagus info ini..moga2 afnan akan dpat manafaat menyusu ketika umminya ini demam....
zulie : tujuan aku nak bg ibu-ibu ni celik mata..mungkin ada alternatif lain selain berhentikan sementara penyusuan..harap ko cpt sembuh..
Post a Comment