Thursday, August 20, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu

Tanggal 4 Ogos 2008 aku telah disahkan oleh doktor positif hamil anak sulung..Berita ini sungguh mengembirakan aku dan terkejut pun ada..alhamdullillah, aku tidak mengalami alahan yang teruk hanya pening-pening sahaja dan tidak boleh menghidu bau wangi dan juga alergik kepada bau durian..mmg seksa rasanya.tp alhamdulillah aku mampu tempohi fasa pertama..dalam masa mengandung, aku tidak terfikir pun untuk memberikan bakal anak ku ini susu ibu..entah macam mana satu hari itu, aku melayari internet dan terjumpa forum susuibu.com..disitu bermulalah pengumpulan ilmu dan pendedahkan serba sedikit mengenai susu ibu ini.

30 Mac 2009 aku telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.20 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang..kelahiran aku ini
over due..genap 40 minggu 1 hari..dari situ bermula la episod penyusuan ibu ini..setelah melahirkan, aku lambat memberi hisapan yg pertama, setelah 2 jam baru aku susukan anak aku..masa tu dengan tidak tahu macam mana cara pegangan dan juga cara hisapan yg berkesan..aku meminta nurse mengajar aku..tapi masih terkial-kial lagi..setelah balik ke rumah keesokkan harinya, aku mengalami bengkak susu dan juga nipple tenggelam..sungguh seksa waktu itu..dengan baby yg menangis, aku pun turut serta menangis..masa itu, husband byk memberi sokongan..bermula pada itu, aku berusaha mengurangkan bengkak susu..aku tuam breast dengan air panas dan pam keluar susu supaya breast tidak terlalu membengkak..sakit tidak boleh digambarkan!! Dalam pada itu, ada juga suara-suara supaya aku membagi susu formula..but I SAY NO!! aku mampu breastfeeding anak aku..sedangkan ibu kucing pun mampu susukan anaknya yg 3-4 ekor, takkan la aku yang baru seorg anak ini tidak mampu..fikir-fikirkan la..

Tanggal 30 Ogos 2009 ini, genaplah AHMAD ADAM RIFQI 5 bulan dan juga aku telah berjaya menyusukan Adam selama 5 bulan ini tanpa susu formula, air masak mau pun makanan tambahan..aku mmg menyokong sepenuhnya polisi susuan ibu ini..insyaALLAH aku akan teruskan penyusuan in
i sehingga 2 tahun dan seterusnya selagi diizinkan ALLAH..insyaALLAH.. hubungan aku dengan anak juga bertambah mesra + erat kerana dakapan, pelukan dan belaian itu penting utk tumbesaran anak..ada kajian mengatakan, pelukan setiap hari terhadap anak boleh membantu tumbesaran anak, pembentukan minda dan juga sikap anak itu sendiri..ini terbukti anak yg memyusu ibu lebih patuh, taat dan mendengar kata..yg penting JARANG MENDAPAT SAKIT..

Oleh itu, ibu-ibu diluar sana dan juga bakal-bakal ibu..kita dianugaerahkan oleh ALLAH kelebihan dan keistimewaan yang tidak terhingga..iaitu SUSU IBU..jgn ragu, jgn berfikir pjg marilah kita bersama-sama memberi anak kita yg terbaik utk pembesaran mereka..jgn beralasan kerana bekerja, tidak cukup susu, susu tidak banyak..semua itu boleh diatasi..kita
boleh meminta pandangan danpendapat daripada klinik-klinik, hospital-hospital..tidak salah menimba ilmu dan juga menambah ilmu yang sediada..skrg ini pun telah ada badan-badan sokongan dan juga NGO yang menyokong penyusuan ibu ini..mereka berbangga kalau dapat membantu kita semua..sharing is caring..

Akhir kata

" SAY YES TO BREASTFEEDING ″

Mama + Adam menyokong penyusuan ibu..

Oleh itu, mari bersama-sama menyertai peraduan ini dan menyokong penyusuan susu ibu..

Terma dan syarat peraduan:

  1. Terbuka kepada semua penulis blog.
  2. Buat 1 entri di blog anda untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu dengan cara paling menarik dan kreatif.
  3. Entri boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya.
  4. Copy & paste logo peraduan ini di permulaan entri anda.
  5. Linkkan logo itu kepada entri ini.
  6. Masukkan blog Mom’s Choice dalam blog list anda.
  7. Tinggalkan komen di sini dengan menyertakan link terus ke entri anda yang menyertai peraduan ini.
  8. Peraduan bermula 1 OGOS dan berakhir pada 22 OGOS 2009.
  9. Pemilihan pemenang akan diadili oleh para hakim yang dilantik oleh Mom’s Choice.
  10. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

SERTAI SEKARANG

“HAPPY WORLD BREASTFEEDING WEEK 2009″

6 comments:

~aSHa~ said...

good luck ye...best karangan ko tu...aku tak reti mengarang ni..so mmg patut aku tak dpt A1 dlm BM...dpt A2 je..uhuhuhu

~aSHa~ said...

aku sokong n vote ko

e-caR NazRin aka ibuEiymann said...

salam,
gud luck utk contest nie gaks.. sesamer lar kite jd BF-ibu yg rawksss!! nnt leh share2 info BF smaer yerr..eh, forumer si.com gaks ker..gune nick ape ek?

nk follow tp xde widget follower laks..

ain.ya.nun. said...

kak, nak vote kat mane ni?? tado tempat tekan butang pun??

ni way..

gud luck ye.
caiyookk!!

ArmaniWhite said...

gud luck to u zimah,..mudahan ada rezki ko & adam k..

Zimah said...

asha : thanks ek sokong aku..

dak ping : just komen je..tu dah kira vote..

e-car : good luck too..BF rules..hehe

nami : thanks ek..doakan aku..hehe..