Friday, August 21, 2009

Seminar Penyusuan Susu Ibu 20 Ogos 2009

Salam..bertemu kembali..seperti yang dijanjikan, kat sini aku nak update cite psal seminar yg aku hadir semlm..aku sampai di Pejabat Kesihatan Presint 11 dlm kul 8 lebih..dan aku org 1st daftar utk anugerah ibu contoh..(jd contoh aku ni ek..alhamdulillah..) lepas daftar tu, dpt door gift semua..of course la baby things kan..cam sample drypers..then, aku ditujukan dewan seminar..layanan bagus tu..aku ddk barisan kedua..means barisan blkg VIP la..majlis dimulakan dengan kuiz psal breastfeeding ni..asal aku angkat tgn je..diarg xmo tuju kat aku..x aci betul..(tamak tu nak hadiah lagi, padahal kang dpt hadiah 'special' ). lupa plak nak bg tau, siap ade pertunjukan fesyen lg..baju² utk breastfeeding ni..hehe..model² terdiri daripada kakitangan Klinik Kesihatan Putrajaya (kira misi-misi tu le jd model..)

ni la model-modelnya..

Majlis dimulakan dengan perasmian dan penyampaian Anugerah Ibu Contoh (aku la tu dpt), selepas minum pagi baru sesi ceramah dimulakan..ceramah 1st oleh Dr. Wan Hamilton, Pakar Perunding O & G Hospital Serdang..tajuk ceramah beliau PENYUSUAN SUSU IBU..penuh semangat Dr. ni bagi ceramah..dan membuka mata semua org perihal susu ibu ni..Tema penyusuan susu ibu thn ini adalah PENYUSUAN SUSU IBU : TINDAKBALAS BALAS PENTING KETIKA BENCANA, ADAKAH ANDA BERSEDIA?..mmg kena tema tu memandangkan skrg ni mmg byk bencana yg melanda..yg popular skrg ni..HsatuNsatu ni..

Dr. Wan Hamilton

Sesi ke2 oleh Pn. Nor Jannah..menceritakan pengalaman menyusukan anak kembar 4..mmg kagum aku dgn dia ni..umur baru 41 thn..tp anaknya 13 org..mana taknya..1 kali kembar 2 dan 2 kali kembar 4..mau x ramai anak dia..sesi ceramah dia kira touching sket la..huhue..

Pn. Nor Jannah

Sesi ke3..ni yg aku tunggu²..ceramah dari Puan Rita Rahayu Omar,Kaunselor Laktasi dan juga Pengarah Urusan Nurturing Concepts Sdn Bhd...ceramah beliau mengenai 'Breastfeeding Challenges For Working Mothers - Preparation and Tools Can Help'..ni khas utk ibu bekerja..byk info yg dia sampaikan..so skrg antara nak dengan xnak je..byk gak soalan yg ditujukan dan dijawab dgn jelas dan terang..sila lawat sini..

Sesi Puan Rita Rahayu Omar

Akhir sekali, sesi Ubat..'Kenali Ubat Anda'..di sampaikan oleh Pegawai Farmasi..ni pun byk info dan panduan mengenai ubat..mana ubat yg disahkan oleh KKM..mana yg tiruan dan yg diharamkan oleh KKM..

Majlis selesai dlm kul 1.30 gitu..pas mkn aku pun balik...hehe..meh la layan gambo² ni..hadiah yang aku dpt..lumyan..

Ni hadiah yg dpt..sila abaikan pemandangan diblkg..

Ni hadiah Anugerah Ibu Contoh..sape nak bg drypers free camni kan? berbaloi..stok sebln ni..

siap dpt beg baby lagi..

1 comment:

~aSHa~ said...

wah bestnye...tahniah