Monday, March 1, 2010

CUTEST BABY WITH CUTE MOM_by Mama_Aqish

Salam
Macam best je kan contest ni..
Anjuran Mama Aqish
Kalau anda semua nak join..
Sila ke
SINI Syarat-syarat pun ada kat situ..
Aku mempertaruhkan gambar ini..

Nama : Ahmad Adam Rifqi Bin Mustazalaffindi (Adam)
Umur : 11 Bulan

Nama Mama : Hazimah Binti Mustafa (Zimah)

Ini serba sedikit mengenai tuan punya blog Mama Aqish..sebenarnya, aku just jalan-jalan td..pastu terjmpe contest anjuran beliau..x sempat aku nak belek²..yg pasti blog beliau ceria je..menceritakan mengenai diri sendiri, family dan rakan taulan serta kehidupan seharian beliau..tambahan pula ada update psal semua sales di Malaysia..I LIKE !! tu la sahaja serba sedikit mengenai beliau..

Semua hadiah ditaja sepenuhnya oleh :-

1. So Lovely Collection
2. LuvBabyFashion
3. dnurboutique & dnurjusmate 5
4. addacutecloth

He's 11 Month Now..

muaaaahhh..shiom sket..

Salam
Mau bg tau
Adam dah 11 bulan..yei..
Dah 11 bulan gak aku BF Adam without FM..sukanya..
Dalam 11 bulan ni byk pencapaian Adam..
Antaranya :-

- Dah pandai bye bye bile kita cakap bye..nak letak tpon, kita cakap bye pun dia wave tgn dia..
- Dah reti cak cekuq udang gamik ** baru pandai, dah lama aku ajar..siap mulut nyanyi, tapi bahasa dia la..
- Hari tu ajar 1,2,3..pandai sebut..tp bunyi dlm bahasa dia la..
- Dah reti goyang-goyang badan kalo bunyi muzik..so sweet..
- Pandai marah kalo org amik mainan dia...tp kalo ngn bdk baya dia rela je mainan dia kena amik..hehe..kira mengalah je la..
- Makin lasak..** ikut perangai sapa la ni ek..
- Tido xbleh panas sket..mesti asek terjaga je..
- Menyusu memain..kekadang kena paksa..
- Nak makan pun kena kejar keliling rumah..
- Pandai buka tong sampah..
- Suka main stereng keta..kalo ayah nak drive, pastu bising mulut mtk main stereng dulu..

Tu je la kot..yg lelain aku lupa la..hehe..So selama 11 bulan ni..mcm² peel dia..kekadang naik geram pun ye..tp itu semua proses pembelajaran dia..aktif mmg xbleh kata la..kalo compare ngn anak org lain..aku tgk kalo gi memana..ddk diam je..bile Adam, bawah meja pun dia main..penat woo mau kejar..tu belum dpt kaki lagi..kalaulah dah berjalan..kurus mama dia ni..hehe..

Wednesday, February 24, 2010

Bila Hati Terguris

Salam
Tetiba aku rasa sakit hati ni..
Terguris..pedih..setelah melihat sesuatu yang aku rasa menda kecik..
Tapi bagi aku itu satu menda yang besar..
Cite nya camni..tadi aku belek² FB..
Terjumpalah sesuatu yang membuatkan aku rasa mcm x patut je..
Hello..KEPADA ORANG YANG BERKENAAN..
PLEASE ok..silalah remove kan gambar itu dari FB awak..
Gambar itu membuatkan aku rasa sakit hati..
Memang menda yang dah lepas, tapi satu gambar boleh menceritakan byk menda..
DIA dah kawen ok..dah ada anak..
So buat ape awak nak tayang lagi..
Tak fikir ke perasaan aku ni..AKU ISTERI DIA..diulangi ISTERI..
ISTERI mana yang tak rasa terguris hati..terasa hati..
Mungkin anda semua kata..ala, menda kecik je..
Tapi perasaan aku xbleh menipu..mmg AKU RASA SAKIT HATI..teramat sakit..
Atau AWAK mmg xboleh lupakan DIA..(SUAMIKU)..
BINALAH kebahagian awak sendiri..
JANGAN nak kenang menda yang dah lepas..
JANGAN disebabkan gambar itu, aku jadi kurang pertimbangan..
Jikalau AKAL mengatasi EMOSI..macam-macam boleh jadi..
Aku tidak mau EMOSI mengatasi AKAL..
So sebelum EMOSI aku menguasai AKAL..
SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI SUAMIKU..
Kalo nak berhubungan pun, jangan melampaui BATAS..
INI AMARAN..JANGAN SAMPAI EMOSI AKU MENGATASI AKAL..
INGAT!!

Faedah Susu Ibu

*** gambar dari goggle.com

Salam..

Aku nak berkongsi artikel yg aku baca dari ILUVISLAM.COM


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud , "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/susu buatan dari lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyakan khasiat dengan susu ibu sendiri,tapi susu sintetik ini tidak dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik sekali bagi pembesaran baik semenjak ia dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah,sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanaAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang betul. Sebaik bayi dilahirkan,susu pertama berwarna kekuningan,ia dikenali sebagai KOLOSTRUM dan mempunyai 3 kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

KOLOSTRUM mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan dapat menghapuskan bakteria,tambahan pula susu ibu menganduing DHA dan AA(yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi:

1.
Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti,ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi,Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit,lelah dan ekzema

2. Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria,walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu,susu ini tidak akan basi

3. Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4. Mencegah dari penyakit rabun malam

5. Mencegah bayi dari mendapat alahan

6. Menggelakkan taun

7. Menggelakkan jangkitan telinga

8. Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf,dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan.



Kesimpulannya, susu ibu ini byk kebaikannya..oleh itu marilah kita bersama-sama memartabatkan keunggulan susu ibu ini..


SAY YES TO BREASTFEEDING

Tuesday, February 23, 2010

Gila Stereng

Salam
Skrg Adam ada hobi baru
Asal naik keta je mesti nak main stereng dulu
Kalo tak mesti bising mulutnya
Asal dapat kejap pun jadi la
Senyum sampai ke telinga
Tgk la gambar ni..

pin pin..pon pon..

mari la naik kawan²