Sunday, June 20, 2010

Happy Father's Day

Salam
Rasanya masih belum terlewat nak wish
Happy Father's Day kepada Encik Ayah..
Mr. Mustazalaffindi Mat Jusoh..
Thanks to be a father to our son..
We love u so much Ayah..


Special dedication to Arwah Mustafa Bin Omar
Selaku My Beloved Father..semoga roh ayah tenang disana..dan ditempatkan dengan org yang beriman..Amin..Al-Fatihah..

Friday, June 11, 2010

Cuti

Salam
Aku bercuti ye kawan-kawan
Start cuti 11/06/2010 - 20/06/2010
Balik Kota Bharu, Kelantan
Kali ni mau terjah :-
Pasar Siti Khatijah
Rantau Panjang
Pantai Cahaya Bulan
Wakaf Che Yeh
Bandar KB
Tesco KB
KB Mall
KBTC
Huh, jenuh semua nak pegi..
Oleh itu..selamat bercuti..

Thursday, June 10, 2010

Mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest

Salam
Terpanggil nak join contest ni..
Macam menarik je..
Contest by Mamaeja
Bleh tgk kat SINI
Atau klik kat gambar di bawah ni..

Kat sini aku ceritakan serba sedikit apa yg aku suka psal blog Mamaeja ni..salah satunya kaler PINK..yes pink..lembutnya..selembut wajah tuan punya blog ni..sejuk mata memandang..header blog yg menarik..family picture..fokus kepada anak dara beliau..alahai, so sweet their little princess..yg lelain tu..aku lom jelajah lagi..tu je la kot..

So kat bawah ni plak gambar yang aku pertaruhkan..harap hat tu diterima la ek..hehe..

Nama Anak : Ahmad Adam Rifqi Bin Mustazalaffindi
Tarikh Lahir : 30/03/2009
Nama Ibu : Hazimah Binti Mustafa
Email : hazimah@ppj.gov.my

Gambar ni diambil pada 8 May 2010 yang lepas semasa jalan-jalan-makan-angin di Cameron Highlands..tempat kejadian gambar ini di Taman Agrotek MARDI..disebabkan bunga sebelah tu comel..so haruslah Mama Adam ni posingkan heronya disitu..bergaya bersama topi..yg ala-ala topi Jepun..

p/s : Harap adalah rezeki Adam ek.thanks..

Wednesday, June 9, 2010

Chicken Pox

Salam
Meh aku share info psal chicken pox ini..aku amik dari web ini..

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).  

Tanda dan Gejala  
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.  

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema)
Komplikasi akibat chicken pox:
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan 
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah

    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan 
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox. 

Pengasuh Oh Pengasuh, Lagi?

Salam
Apa pendapat anda mengenai pengasuh yang diam-diam tak nak bg tau yg one of the family members kena chicken pox? dari pemerhatian aku sehari², memula anak pengasuh demam..pastu berkurung je dlm bilik..then anak bongsu demam plak..hari ke3 baru kuar rashes tu..dah hantar balik kg..then pg td mcm ternampak one of her cucu ada putih² kat muka mcm lotion utk chicken pox tu..so what should i do to preven my son? Yg nak jadi geramnya, xnak bg tau ko..senyap² je..aku ni jenis perati keliling..bkn jenis letak anak terus gi keja @ amik anak terus balik rumah..aku mesti dok lepak² sembang² dlm 10 minit gitu..selain pantau keadaan sekeliling..sian tau..bdk ramai 10 org..tu belum masuk cucu dia 2 org..kalo serentak kena..x ke susahkan ibu bapa lain..mana yg byk cuti ok la..tp kalo yg xde cuti sgt cam aku ni? haaa..mana mau hantar? bkn kata aku x amik tau hal anak..tp kalo kita kerap sgt cuti..EL..MC..mesti bos kat opis akan ckp macam-macam..org keliling akan pk macam-macam..org mmg x paham situasi kita..even kita terangkan camne sekali pun..diarg still akan blame kita..ala, anak sakit sket je..for me family 1st..lantak korang la kalo nak letak job 1st..bg aku famliy adalah segala-galanya..duit boleh cari..tp family..xde galang gantinya..bile dah xde, baru nak hargai..aku xnak mcm tu..so berbalik kepada pengasuh tadi..dari last week aku dah perasan..memula anak dia yg sek men tu demam..aku pun heran psal demam seminggu x kebah²..mesti something wrong..kalo demam biasa dlm 2-3 hari dah ok..pastu asek berkurung je dlm bilik..then anak bongsu dia plak yg demam..2 hari x gi sekolah..berkurung je..ptg tu amik Adam, aku nmpk dia bisik² kat anak dia..mtk anak dia ddk dlm bilik..ala, budak darjah 2..mana nak berkurung sgt kan..then hari ke3..ptg aku amik Adam, tgk muka ngn badan dah naik rashes..agak dah..mmg chicken pox..aduhai..sib baik dah cuti sekolah..terus pengasuh tu anto anaknya balik kg..agaknya kalo x cuti..mau nya ddk kat situ lagi..sampai la tu..dia pun diam xbg tau ape²..tak berbunyi pun mulut ckp yg anak dia tu kena chicken pox..cuma aku yg tnye..kena chicken pox ek..bahaya ni kak..aku bkn ape..sian kat bebudak lain..sama gak ngn Adam..mmg la org kata kalo nak jadi..jadi gak..tp kalo boleh, elakkan la kan..bg besar sket..bdk kecik kena chicken pox ni kesian tau..kalo berpeluh lg la kesian..gatal-gatal satu badan..nak boleh merebak..budak..mana bleh larang jgn bagi garu..diarg bkn paham sgt lagi..entah la..pening aku ngn pengasuh ni..jaga ok..tp bab-bab mcm ni la yg aku lemahnya..ada masalah ckp..ni tidak..diam-diam je..hadoiiii..pengasuh oh pengasuh..