Monday, March 28, 2011

INFO : Meneruskan penyusuan ibu kepada anak selepas usia 2 tahun

Assalamulaikum..
Saya ingin berkongsi artikel menarik di bawah ini :-

Pernah terfikir untuk melanjutkan penyusuan sehingga melebihi 2 tahun?  Informasi di bawah mungkin dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak.

Sumber: Rita Rahayu Omar. Majalah Pa&Ma 
Selepas 2 tahun, Azrina berhasrat untuk terus menyusukan si manja (extended breastfeeding). Tekadnya itu, bertambah kukuh apabila yang tersayang tidak mahu bercerai susu. INTAN JASTINA JAMALUDDIN mendapatkan pandangan daripada pakar laktasi, Rita Rahayu Omar berkenaan isu ini.
Umum sedia maklum dengan polisi kebangsaan mengenai penyusuan susu ibu yang menggalakkan semua ibu menyusukan bayi secara eksklusif di 6 bulan pertama dan diteruskan sehingga usianya 2 tahun. Pemberian makanan pelengkap pula hanya boleh dimulakan apabila bayi mencecah enam bulan.

Polisi tersebut merupakan susulan polisi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak United Nations (UNICEF). Namun, kedua-dua badan ini di dalam kenyataan masing-masing menyarankan penyusuan susu ibu diteruskan lebih daripada 2 tahun di samping pemberian makanan pelengkap.

Oleh yang demikian, hasrat untuk meneruskan penyusuan selepas usia 2 tahun sangat digalakkan sehinggalah kata sepakat antara anda dan anak dicapai tentang bila masa paling sesuai untuk menghentikan penyusuan. Faktanya, ramai wanita yang menyusukan anak secara eksklusif menikmati faedah amalan ini sehingga mereka memutuskan untuk meneruskan penyusuan susu ibu lebih lama daripada yang dirancang.

Oleh kerana itulah, penyusuan yang diteruskan sehingga umur 3 atau 4 tahun merupakan perkara normal di kalangan sesetengah masyarakat dunia terutamanya di negara-negara Asia. Lazimnya, kanak-kanak ini akan bercerai susu secara semula jadi tanpa perlu dipaksa. Hakikatnya, amalan extended breastfeeding merupakan fitrah manusia. Paling utama amalan ini sangat baik untuk anda dan anak juga.
Kelebihan: ibu
Jika bercadang mahu mengamalkan extended breastfeeding, ketahuilah banyak manfaat daripada hormon penyusuan yang bakal anda peroleh. Hormon prolaktin dipercayai banyak membantu anda menenangkan perasaan sementara oksitosin merangsang perasaan sayang yang sedia ada. Terbukti, hormon-hormon ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda! Malah, dengan menyusukan si manja, ia membantu anda memperuntukkan masa yang suntuk itu untuk mengukuhkan lagi jalinan ikatan kasih sayang. Amalan ini turut melambatkan kesuburan anda dengan berterusan menahan ovulasi daripada berlaku.

Antara lain, ia memberi perlindungan tambahan terhadap beberapa penyakit atau masalah tertentu seperti:

1. Kanser payu dara (Helewa, Levesque & Prvencher, 2002)
2. Kanser ovari (Schneider AP, NE J Med, 1987)
3. Kanser rahim (Brock KE, Med J Australia, 1989)
4. Endometrium (Petterson B et al, Acta Obstet Gynecol Scand, 1986)
5. Osteoporosis (Blaauw R et al, SAMJ 1994)
6. Mengurangkan insulin bagi yang menghidap diabetes. (Davies HA, British Med J, 1989)
Kelebihan: anak
Extended breastfeeding tidak sekadar memberi zat pemakanan paling optimum dan perlindungan imunologi kepada si manja. Lebih daripada itu, anak yang meneruskan penyusuan memperoleh ketenangan setiap kali sesi menyusu. Disebabkan itu, anda boleh menjadikan penyusuan susu ibu sebagai “ubat penenang” sewaktu dia dirundung sedih atau marah. Ketika dia bertarung melawan penyakit pula, tubuhnya dapat dihidrasi dengan baik menerusi susu ibu itu sendiri. Sementara itu, mungkin ada yang khuatir anak tidak boleh berdikari jika asyik “berkepit”. Anggaplah penyusuan susu ibu sebagai asas kukuh untuk kasih sayang ibu dan anak sepanjang hayat. Anak yang mendapat cukup kasih sayang dan perhatian akan lebih berkeyakinan. Aspek ini sangat penting dalam usaha membentuk keperibadian yang cemerlang.
Kadangkala dalam kesibukan kerja harian, kita sebagai ibu bapa moden terlalu ghairah untuk memastikan anak cepat berdikari. Hakikatnya, si kecil sentiasa memerlukan perhatian, kasih sayang dan panduan ibu bapa. Bukankah itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa? Malah jelas terbukti melalui pelbagai kajian psikologi yang mendedahkan keperibadian dan perwatakan seseorang dewasa berkait rapat dengan pengalaman zaman kanak-kanak mereka.

Khasiat tetap sama
Bayi hanya memerlukan susu ibu dari hari pertama kelahiran sehingga usianya mencapai 6 bulan. Selepas tempoh itu, kajian menunjukkan terdapat 1 atau 2 komponen di dalam susu ibu tidak mencukupi untuk bayi yang semakin membesar. Perbezaan paling ketara adalah daripada segi komposisi air dan kandungan lemak. Namun, harus diingatkan! walaupun susu ibu kekurangan komponen tersebut, ia tetap jauh lebih baik berbanding susu formula. Dengan itu, susu ibu tetap bersesuaian dengan jumlah kalori yang diperlukan mengikut waktu dan umur bayi pada ketika itu.

Malah, dalam kajian terkini, Fat and Energy Contents of Expressed Human Breast Milk in Prolonged Lactation, PEDIATRICS vol. 116 no. 3 September 2005 menyatakan: Susu ibu yang diperah oleh ibu yang menyusukan bayi lebih daripada 1 tahun menunjukkan peningkatan kandungan lemak dan tenaga berbanding susu ibu yang diperah oleh ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif dalam tempoh yang singkat.
Sementara itu, WHO dan UNICEF menyarankan berikut sebagai pilihan penyusuan untuk bayi:
1. Susu ibu yang diperoleh terus daripada payu dara ibu.
2. Perahan susu ibu daripada ibu kepada bayi.
3. Susu ibu susuan.
4. Pengganti susu ibu yang sesuai.
 
Lihatlah! Kedua-dua badan ini meletakkan susu ibu sebagai pilihan terbaik bagi penyusuan bayi. Oleh kerana itulah,kandungan nutrisi susu ibu tidak patut dipertikaikan lagi! Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dalam komposisi susu ibu jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sekali pun. Namun, secara umumnya kandungan di dalam susu ibu itu masih yang terbaik untuk anak anda. Tiada susu lain yang dapat menandingi kebaikan dan khasiat yang terkandung di dalam susu ibu! Ertinya, kandungan khasiatnya tetap kekal sama walaupun anda menyusu melebihi 2 tahun sekalipun.

Ulasan : Ibu-ibu tak payah ragu-ragu dgn khasiat susu ibu..buatlah yang terbaik untuk si manja..tidak menjadi hal untuk meneruskan penyusuan selepas 2 tahun..tetapi terpulang kepada ibu itu sendiri..Macam saya, mmg akan meneruskan penyusuan ibu selepas 2 tahun tetapi hanya belah malam sahaja dan ketika cuti..Kalau belah siang di rumah pengasuh, akan dibekalkan makanan yang berkhasiat dan mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh anak saya dan juga fresh milk sekiranya anak minta..daripada pengasuh bancuh susu formula..baik kita sendiri bekalkan dan kita tau susu apa yang diberi...bagi saya tidak salah kalau ibu itu ingin memperkenalkan fresh milk kepada si manja..kerana pendapat saya, susu memang perlu kita ambil..lebih-lebih lagi kepada anak yang kurang makan dan hanya berminat dengan susu..tak kan kita nak paksa anak sekiranya dia tak nak makan kan? ini hanya pandangan saya, sekiranya tidak bersetuju..boleh abaikan dan tekan butang PANGKAH...

anak hasil susu ibu..

Monday, March 14, 2011

Perhatian

Assalamulaikum

Untuk makluman rakan-rakan sekalian, buat masa ini no telefon saya berada dalam proses pengemaskinian..Sesiapa yang hubungi saya mungkin mendengar suara aweks manis berbunyi 
" Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan "
No saya masih sama 019-3929910..tapi buat masa ini terpaksa diberhentikan selama 24 jam bermula jam 2.00 petang dan akan disambung kelak keesokkan harinya untuk proses pengemaskinian..Untuk pertanyaan boleh berhubungi melalui email dan FB..
Segala kesulitan amatlah dikesali.

Harap Maklum..

Saturday, March 12, 2011

Sukarelawan Penyusuan

Assalamulaikum

Demi meningkatkan kesedaran penyusuan ibu, saya dan rakan baik saya Along Azrina yang juga merupakan pengedar Shaklee di Putrajaya dan ibu menyusukan anak sangat berbesar hati untuk membantu ibu-ibu muda dan ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan, ingin mendalami ilmu tentang penyusuan dan memerlukan sokongan moral..Usaha ini dilakukan di atas kesedaran kami sendiri bahawa ramai ibu-ibu yang ingin menyusu tetapi tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai penyusuan dan di sinilah kami berfungsi untuk membantu dan mendengar permasalahan ibu semua. Contoh permasalahan yang sering ibu alami ialah;
  • pemilihan breastpump yang betul
  • membuat stok semasa berpantang
  • penyimpanan susu badan yang betul
  • pengendalian susu badan semasa di taska / rumah pengasuh
  • bagaimana membuat jadual mengepam yang konsisten
  • prinsip dan asas penyusuan
  • relaktasi
  • bagaimana hendak memperbanyakkan susu
  • pengambilan milk booster semasa menyusu
  • dan lain-lain
Saya  dan rakan saya akan berjumpa dengan ibu-ibu pada hari Jumaat (waktu lunch sahaja) dan bolehlah membuat temujanji melalui sms/telefon/email.Perkhidmatan ini adalah PERCUMA sahaja, apa yang kami lakukan bukan bertujuan untuk bersaing dengan sesiapa tetapi di atas kesedaran diri sendiri dan ikhlas kerana Allah S.W.T..Kami akan tumpang gembira sekiranya ibu-ibu berjaya menyusukan anak..

Boleh hubungi kami untuk temujanji..

Hazimah Mustafa
019-3929910
hazimah81@yahoo.com 
hazimah79@gmail.com

Azrina Mohd Tajul Ariffin
012-3202372
alongazrina78@gmail.com
zany231@yahoo.com 


Happy Breastfeeding..

Friday, March 4, 2011

Bulan Islam ke Bulan Julian?

Assalamulaikum

3 Raibualakhir 1432H ni genap la Ahmad Adam Rifqi berumur genap 2 tahun mengikut Bulan Islam..Kalau ikut Bulan Julian, 8hb Mac 2011..Jadi saya nak minta pendapat rakan-rakan mengenai tempoh penyusuaan Adam ni..sama ada nak ikut Bulan Islam atau Bulan Julian?? Saya bercadang nak wean off secara perlahan-lahan..hanya menyusu badan di malam hari sahaja dan nak stop pengepam di pejabat..Kalau ikut tempoh penyusuan Rasulullah, genap 2 tahun baginda telah berhenti menyusu dgn Halimatus-Saadiah..Masa tu kan guna mana ada lagi Kalender Zaman Rome ni..Kalau ikutkan, Adam genap 2 tahun pada 30 Mac 2011..Dah suarakan kepada Si Ayah, dia pun tak tau nak kata camna..Ceteknya la ilmu kami ni..huhue..Mesti ada hikmah kenapa Rasullullah hanya menyusu sampai 2 tahun sahaja kan? Bantu bagi pendapat kawan-kawan..

Thursday, March 3, 2011

My 1st Giveaway

Assalamualaikum..


Kena tag plak ngn Puan Senah a.k.a PA TPK(K)S ni..dah lama tinggalkan dunia giveaway ni..takpe la..demi tidak mau menghampakan Cik Senah kita ni..dgn bebesar hati buat entry pasal giveaway ni..hanya perlu follow je..pastu tinggalkan link dan email..bleh tgk kat SINI 


Ok siap, pantas..tarikh tutup 20/3/2011 tau..cepat jgn terlambat..