Friday, April 30, 2010

13 Bulan

Salam
Hari ni genap Adam 13 bulan
Antara milestone Adam :

- Dah bleh berjalan jatuh..skrg dah mkn byk menapak compare 2 minggu lepas..
- Suka main kuda-kuda atas blkg ayah..
- Pandai marah kalo brg yg dia tgh pegang kena amik..
- Skrg ckp pa..pa..pa..pa..*** sepatutnya panggil ayah..
- Dah pandai naik push car sendiri..pastu tolak ngn kaki sendiri..even x sampai sgt..so Adam sengetkan bontotnya nak bg kaki seblh cecah lantai
- Makin kuat mkn dan menyusu..bekalkan 20oz EBM mesti abih..kul 4 dah settle 20oz..
- Malam pun makin kuat menyusu..

Tu je la kot..hehe..x igt..nnti update lain ek..Alhamdulillah selama 13 bulan ni BF Adam..11 month to go..

Monday, April 26, 2010

Berhenti Seketika

Salam
Utk 2 hari ni
26-27 April 2010 ni..
Aku x update..
Handle kursus juruaudit dalam..
Di mana??
Pusat Maritim Putrajaya..
Bile free nnti aku update..

Friday, April 23, 2010

Hasil Semlm

Salam
Sorry lama x update..penyakit M dtg..pastu bz sket wat preparation utk kursus next week..
Skrg mau cite psal hasil perahan semlm..
Alhamdulillah..even dah sethn BF..hasil maintain lagi..semlm dpt 20oz
Aku pam 4 kali semlm..
3 kali kat opis, 1 kali kat rumah..

9.00 am = 7.5oz
12.00 pm = 2oz *** pam dlm 15 minit je..bos ajak kuar mkn..
3.30 pm = 6 oz
10.20 pm = 4.5oz
Total = 20oz

Alhamdulillah..
Sekarang ni Adam makin kuat minum..selalunya mesti ada lebih 1 botol..aku hantar 5 botol 4oz..means 20oz sehari..CONFIRM habis..Mama Nek bg tau, kul 4 tu semua susu dia dah abih..so kalo dia nak minum..mama nek bg air masak xpun bubur nasi..nak tunggu aku balik..tp bile aku balik..bagi susu kat dia..kekadang minum bebetul..kekadang memain je..kenyang lagi kot..ptg-ptg mmg seblm aku amik Adam mmg Mama Nek bg dia makan dulu..so mlm aku just BF dia je..kalo malam asek makan lg, confirm dia xnak minum sgt..apa-apa pun aku bersyukur sudah sampai ke tahap ini..hujung bulan ni genap Adam13 bulan dan 13 bulan gak aku BF Adam..so boleh bertahan sampai 24 bulan..insyaALLAH..
go Zimah go..

HAPPY BREASTFEEDING..

budak yg kuat menyusu itu..

Tuesday, April 20, 2010

Bayi Susu Ibu IQ Tinggi

Salam
Baca kat UTUSAN MALAYSIA tadi..
Tajuk artikel Bayi Susu Ibu IQ Tinggi
Bleh tgk kat SINI


SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.

Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.

Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.

"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.

"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.

"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.

"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.
ni la hasil bayi susu ibu..

Monday, April 19, 2010

Di Suatu Ketika

Salam
Perbualan antara Mr. Ayah + Mrs. Mama pada ptg Jumaat lepas

Mrs. Mama : Abg, td kan syg ada baca artikel psal susu ibu ni dalam blog along..Rupanya menyeksa lembu ek kalo nak dpt kan susu awal lembu tu..

Mr. Ayah : Camne dia buat?

Mrs. Mama : Ibu lembu yang lepas lahirkan anak, dipisahkan ngn anak..pastu tetek lembu tu dipam..sian tau..anak lembu tu mesti meraung-raung nak susu..tp manusia buat dia camtu sbb nak dptkan susu awal lembu tu..pastu manusia minum susu tu..eee..sian betul kat anak lembu tu..

Mr. Ayah : Emmm, tu le psal anak manusia ada perangai cam lembu....!!

Mrs. Mama : Ark, terkedu..huhue..

Kesimpulannya, aku bkn kondem FM..tidak sama sekali..tu pilihan masing-masing..nak bg anak BF or FM..tp kita sbg manusia..haruskan bg anak kita yg berusia x sampai sethn tu minum susu lembu? Sian tau..ALLAH jadikan kita boleh menyusukan anak, apa jadikan masalah pulak xnak menyusukan anak..Mmg minum FM x salah..tp bg lah anak kita merasa susu kita..susu ibu..biarlah perut kecik mereka dipenuhi dgn susu ibu..keberkatan susu ibu itu sendiri..selepas 2 thn kalo nak bg FM pun terpulang la..tp dlm masa 2 thn ni, bg la anak anda ngn susu ibu..biarlah ikatan anak ngn ibu itu kuat..so nnti xkan ada anak tikam mak..anak lekar mak..anak tampar mak..boanding ngan anak kecil itu satu kenikmatan..kita belai dia, bercakap-cakap ngn dia..bila anak tu dah besar nanti..mesti kita akan merindui saat² semasa dia kecil..sbb anak itu akan sibuk ngn dunia nya sendiri..cuba kita lihat zaman skrg ni..kes-kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi..sedih tau tgk..sian bayi yg tidak berdosa itu..dunia semakin maju..tp manusia semakin tidak bertamadun..ni dititik tolak daripada pemakanan awal anak..iaitu susu ibu..sbb susu ibu ni terpelihara..tp ibu itu sendiri mestilah makan makanan yg halal..yg bersih..supaya keberkatan susu ibu itu terpelihara..kalo kita makan dari sumber yg haram..sendiri mau igt la kan..sharing is caring

HAPPY BREASTFEEDING..

p/s : sapa rasa mcm menyampah baca entry ni..sila tekan X..ni blog aku..aku punya suka la nak tulis ape kan..hahahaha..