Sunday, May 30, 2010

Kejutan Sempena 2nd Anniversary

Salam
Mau cite sket psal 2nd Anniversary ni..
Dapat kejutan sempena 2nd Anniversary ni..
Patutlah pepagi lg Encik Mus dah keluar..katanya nak jmpe org..
Rupa-rupanya gi amik kek yang ditempah..
Dia balik je, ckp gi tgk kat dapur..aku pun kata..ada aper?
Siap marah-marah aku lg..eish..ape la..x romantik langsung..
Anyway, thanks for the cake abg..sedap..my fav..moist chocolate cake..
I like!
Ni la kek nya..sedap kan..

nice cake.. :)

Adam 14 Month

Salam
30hb dah ek..genap la Adam 14 bulan..
Alhamdulillah..makin besar anak Mama + Ayah ni..
Macam-macam dah ragam dia..milestone pun byk yg dah capai..
Meh kita lihat milestones Adam 14 bulan ni :-
- Sudah boleh berjalan sepenuhnya..seronok tgk dia jalan...kalo bawak gi taman lagi dia suka..tempat luas makin dia suka..hari tu gi KLIA..kemain lagi jalan-jalan sekeliling..jenuh gak aku nak kejar..
- Skrg dah pandai merajuk..mengamuk..tp kejap je..mengaruk + merajuk x panjang..
- Makin lasak..biasa la kalo dah jalan..
- Makin bijak..cth, masa aku tgh pam susu..kemain lagi seboknya selak-selak baju aku..tgk ape aku tgh buat..
- Suka buat kuda-kuda atas belakang ayah..sesambil gelak-gelak..notty sungguh..
- Mengamuk kalo dia dah bgn tido..pastu xbawak keluar bilik..mtk kita bwk dia keluar..nak main..bile dokong je ajar kuar..terus diam..senyum..
- Suka kaco Chesu..adik encik suami..merangkap adik ipar aku..
Apa lagi ek..lupa la..nnti la aku update kemudian..yg pasti Adam still breastfeed..alhamdulillah..ada lagi 10 bulan utk lengkapkan misi 2 tahun..insyaALLAH..

HAPPY BREASTFEEDING!!

budak yang berusia 14 bulan itu..

Happy 2nd Anniversary

Salam
Hari ini bersamaan 30 Mei 2010 genap 2 thn perkahwinan tu..
Dah 2 tahun ek..dalam 2 thn ni..byk la rintangan dan dugaan yg aku hadapi..
Gembira, suka, duka, sedih..semua ada..semua menjadi satu..
To Encik Suami..MUSTAZALAFFINDI BIN MAT JUSOH..
Love you so much..you are my soulmate, my close friend and my every things..
Kekadang kita ada bertekak, bermasam muka..itu adalah asam garam dalam sebuah rumahtangga..
Harap abg, jgn amik hati kali syg masam muka ek..macam abg x kenal syg camne kan..
Tapi..abg suka tau kenakan syg..orang tgh serius..dia bleh wat lawak..mintak sabun mandi..dibaginye..air freshner..nak marah pun ye..tp x jadi marah..len kali jgn wat lawak xsenonoh camtu ek..bikin hangin je..
Thanks gak jadi ayah kepada anak bujang kita..AHMAD ADAM RIFQI...thanks for everything..
Syg harap genap 2 thn perkahwinan kita ni..abg jadi makin matang ek..rajin-rajin bantu syg tau..xlarat mau buat semua keje rumah..

 perjalanan kita masih jauh..

Thursday, May 27, 2010

Penghadaman Bayi

Salam
Aku nak kongsi sikit hasil pembacaan aku surat khabar hari ni..
Bleh tgk kat SINI..

CERITA DI SEBALIK PENGHADAMAN
Oleh Prof.Dr. Boey Chiong Meng
Profesor Pediatrik dan Pakar Perunding Gastroenterologi Pediatrik


Satu daripada pengalaman paling menyeronokkan dalam hidup kita ialah apabila menyambut kehadiran bayi ke dunia ini. Sewaktu lahir bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk hidup - mereka belum dapat bangun ataupun berjalan kerana sistem saraf belum matang. Bayi juga tidak boleh bercakap kerana otak mereka masih berkembang. Begitu juga dengan sistem penghadamannya. Sebab itu dalam tempoh ini si manja hanya dapat menghadamkan susu ibu.

Pertumbuhan sistem penghadaman
Sistem penghadaman berkembang seiring dengan pembesaran si manja. Pada peringkat awal si manja belum bersedia untuk menerima makanan lain kecuali susu ibu.
Pada usia kira-kira enam bulan, sistem penghadaman bayi mula matang untuk menghadamkan makanan yang lebih kompleks dan bersifat pepejal, seperti kanji, protein dan lemak dalam diet bukan susu.Pada peringkat ini, si manja sudah bersedia untuk diperkenalkan kepada makanan pejal (makanan pelengkap). Namun ibu disarankan supaya terus menyusukan bayi sementara membiasakan mereka secara perlahan-lahan dengan makanan pepejal.Tahap paling kritikal membabitkan sistem penghadaman bayi ialah pada peringkat dua tahun pertama.Mikroflora usus yang terbentuk sepanjang tempoh itu banyak mempengaruhi keimunan jangka panjang anak.Jika pada peringkat itu sistem penghadamannya tidak sihat dan si manja mengalami kekurangan nutrien, pertumbuhan dan perkembangannya akan tergugat.

Dalam usus bayi anda
Waktu dilahirkan, sistem penghadaman bayi adalah dalam keadaan bersih daripada kuman.Sebaik sahaja mula menyusukan, bakteria mula diperkenalkan ke dalam sistem penghadaman bayi.Susu ibu mengandungi beberapa jenis bakteria berfaedah seperti bifidobakteria, yang penting untuk kesihatan usus bayi.
Bilangan bakteria tanpa mengira yang baik atau jahat bertambah dengan cepat dalam beberapa hari pertama bayi dilahirkan. Ia untuk membentuk imbangan mikroflora yang sihat dalam usus.Apabila bayi membesar dengan sihat, mikroflora ususnya yang terbentuk sepanjang dua tahun pertama itu menjadi stabil dan biasanya keseimbangan dikekalkan sehingga si manja menjadi dewasa.Mikroflora usus bayi melindunginya daripada jangkitan dan membantu mematangkan sistem ketahanan si manja, supaya badannya boleh mengenalpasti makanan-makanan tertentu yang tidak berbahaya dan tidak mencetuskan tindak balas imun.Ekosistem mikroflora usus yang sihat penting kepada kesihatan si manja anda secara keseluruhan kerana ia memberi keseimbangan bakteria dalam usus.
Tanpa keseimbangan itu, besar kemungkinan bayi akan mengalami kolik atau kembung (gas dan kesakitan pada bahagian perut). Dipercayai si manja lebih berisiko untuk mendapat alahan (seperti ekzema) dan asma apabila dia membesar.

Susu ibu berbanding susu botol
Susu ibu boleh membantu bayi mencapai tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang optimum. Hasil kajian mencadangkan bahawa kanak-kanak yang disusui ibu kurang mendapat jangkitan gastrousus, telinga, urinari dan pernafasan.
Susu ibu kaya dengan antibodi dan ia dapat melindungi si manja daripada jangkitan. Selain antibodi, kolostrum dan susu ibu juga menggalakkan perkembangan bakteria baik dalam saluran gastrousus bayi baru lahir.Mikroflora usus bayi yang diberi susu formula didapati berlainan daripada usus bayi yang menyusu ibu.Bilangan bakteria bifidobakteria yang membantu dalam pertumbuhan mikroflora usus sihat di kalangan bayi yang mengambil susu formula adalah jauh berkurangan.Beberapa kajian mencadangkan bahawa risiko atopik ekzema di kalangan bayi yang diberi susu formula adalah lebih tinggi berbanding bayi yang hanya mengambil susu ibu.Susu ibu juga membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus, yang mana mengurangkan risiko cirit-birit dan penyakit usus lain.Dengan kata lain, susu ibu memastikan sistem penghadaman sentiasa dalam keadaan baik.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

  Pada usia enam bulan ke atas sistem penghadaman bayi sudah cukup matang 
untuk menghadamkan makanan yang bersifat pepejal.- Gambar hiasan

Wednesday, May 26, 2010

Check-up 14 Month

Salam
Tadi gi check-up Adam..
Just timbang kati je..biasa la anak bujang ku itu..
Dah agak dah, ringan je..hehe..7.4kg..
Susut..mau tak nya..asal ada temujanji..mesti demam..
Dah demam, makan xnak..mana x susut badan..
Xpe la Adam, janji anak mama sihat dan cergas itu sudah baik..berat xnaik ke..itu belakang kira..
Biasa la bg budak² yang lasak..asek main je..
Pasni Mama wat western menu ek..macam saranan Mama Along..hehe...
Yang penting..
Aku still breastfeed Adam almost 14 month..
HAPPY BREASTFEEDING..