Salam
Tadi gi check-up Adam..alhamdulillah berat naik..syukur..tp..tp..tp..Ada yg tapinya...TAPI..nurse tu suruh aku campur FM..apakah? haruskah? patutkah??? Nurse ni xbelajar ke psal penyusuan ibu..cuba baca antara perbualan aku..Nurse ni JM tau..
Jururawat Masyarakat..aku rasa bkn fully tau psal susu ibu ni..
Nurse : Puan anak menyusu badan lagi ker??
Aku : A'a mmg menyusu badan..fully breastfeed..
Nurse : X campur ker?
Aku : Tak..saya mmg fully breastfeed..
Nurse : Puan kena campur ni..sbb setakat susu badan je x cukup..xpernah bg anak susu formula ker? kalo fully breastfeed sampai 6bln je..nnti bg tau susu formula tau..bg tambah lemak sket badan anak tu..
Aku : Baik lah..(sambil tersenyum..tp dalam hati aku mmg menyumpah laa..dia xtau yg aku ni tau tentang breastfeeding...)
Tu la lebih kurang antara perbualan aku..Kesimpulannya, kenapa ada sesetengah nurse ni mcm x arif psal BF ni..kata Klinik Kesihatan Presint 9 tu nak jadikan sbg KLINIK RAKAN BAYI..tetapi kenapa nurse yg wat check-up kanak-kanak tidak tau psal BF ni..aku mmg xbleh terima..bkn bermaksud aku menolak FM..tp usaha aku nak lengkapkan misi 2 thn penyusuan..dalam AL-QURAN pun ada sebut psal susu ibu ini..
Ini dijelaskan oleh Allah S.WT dalam firman-Nya:
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)
Rasulullah s.a.w juga menegaskan tentang had umur bayi yang disabitkan hukum penyusuan iaitu selama dua tahun sebagaimana hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi:
Maksudnya:
Tidak akan menjadi mahram dari susuan kecuali susuan yang boleh membuka usus (membesarkan pertumbuhan anak) dan penyusuan itu hendaklah sebelum sampai dua
tahun.
Entah la kan..sepatutnya kita perjuangkan susu ibu ini..di barat, sgt menitik beratkan susu ibu..padahal mereka bukan Islam..tetapi mereka tau kebaikan dan keistimewaan susu ibu..oleh itu, ibu-ibu semua..fikir-fikirkan lah..