Sunday, February 27, 2011

SGM 3 : Smooth Sailing Breastfeeding Journey

Assalamulaikum

Kepada ibu-ibu menyusu, saya nak wat-warkan mengenai SGM ni..Mana-mana yang nak menambah ilmu tu boleh la hadir seperti tempat dan masa yang tertera di bawah ni ek..Semua menda boleh bincang, SGM ni takde la straight kepada tajuk sgt..saya pernah hadirinya..


Topic:
Smooth Sailing Breastfeeding Journey

Date: 27th February 2011, Sunday

Time: 10am ~ 12noon

Venue: Moms Basic, Saujana Utama, Sg. Buloh

Will discuss on barriers & challenges in breastfeeding and how to overcome each problems in three different phases.

Special Mini Topic: Let's learn the Marmet Technique. A handy skill that every mom should have!

As usual, it is a baby-friendly and casual event. We shall have pot-luck at the end of the session.

Limited seats. Hurry! Register your name (and your friends' too) by emailing to momsbasic@gmail.com before 23rd February 2011.

Happy Breastfeeding
p/s : saya akan hadir pada hari tersebut bersama-sama Along Azrina..boleh kita berkenal-kenalan...

Saturday, February 26, 2011

26/2/1957 - 6/5/2009

Assalamulaiku..

Happy birthday to arwah ayah..even arwah dah takde..we still remember your birthday..Al-Fatihah..semoga arwah ayah dtempatkan dengan orang-orang yang beriman..

p/s: adik-adik ku...jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa sentiasa untuk arwah ayah..hanya doa anak yang soleh akan mensejahterakan arwah di sana..miss him a lot..

raya tahun 2005

Friday, February 25, 2011

Adam Ni Aktif Sangat La...Ni Mesti Mamanya Banyak Telan Vitamin..APAKAH?

Assalamulaikum

Minggu lepas adik dtg rumah..dah lama x jmpa Ahmad Adam Rifqi kaedahnya..seronok hero seorang tu..ye la sikit-sikit tashu (maksu), a'da (makda)..tu je la..kejanya melompat, berlari, memanjat, mengacau orang..kalau org datang rumah..lagi dia seloks..seloks tunjuk peel dia la..semua menda nak tunjuk..kekadang tensen gak la..tp dah namanya budak-budak kan? sampai adik saya cakap..'aok ni byk makan vitamin ni, tu le pasal adam aktif melampau..cer stop makan dulu..' saya adalah ibu menyusukan anak..apakah? teori mana la adik saya ni guna...tok bomoh mana la dia rujuk..saya sekadar tersenyum je..bagi saya vitamin bkn mempengaruhi keaktifan anak..alhamdulillah la anak saya aktif..ni menandakan dia sihat, minda dia cergas dan sentiasa bergerak meng 'explore' sekeliling..kadang-kadang saya rasa tertekan gak..sbb tak duduk diam..tapi kalau la itu membuatkan dia boleh merangsangkan minda dia, saya harus akur..mak saya cakap, anak saya ni hanya suku je aktifnya dari saya..maksudnya, saya ni lagi aktiflah..hehe..so jangan tunding jari kat vitamin ek..bkn vitamin yg bg anak aktif..tapi faktor mak nya ni haaa..

Aktif saya bkn setakat memanjat ye kawan-kawan..aktif saya sampai main air dalam singki, masuk dalam peti ais, masuk dalam oven yang lekat sekali dengan dapur memasak tu..aktif saya sampai duduk dalam bekas nasi tu, aktif saya sampai mak pening kepala..terjun tingkap, turun ke tanah ikut lantai rumah ** dulu duduk rumah papan, rumah dulu-dulu kan ada papan boleh tanggal bertujuan untuk buang air kecik.. pendek kata memang lebih aktif dari anak saya ni la..so xbleh nak kata apa..hnaya mampu bersabar..kadang-kadang geram gak..hehe..memang anak bertuah..

Jangan la risau kalau anak aktif..tu tandanya dia sihat..selagi tak jadi hyperaktif dah cukup bagus..

tgk tinggalkan mama kat belakang..

 peace to kawan-kawan Mama..

Wednesday, February 23, 2011

Relaktasi @ Proses Penyusuan Semula

Assalamulaikum

Maksud relaktasi ialah proses penyambungan semula penyusuan susu ibu selepas susu berkurangan atau kering berikutan kurangnya atau tiada langsung penyusuan langsung selama beberapa minggu atau bulan.

Relaktasi biasanya melibatkan 2 inisiatif:
1. Membawa bayi supaya mahu semula minum daripada payudara ibu.
2. Meningkatkan semula produksi susu ibu supaya ibu berupaya menyusukan anaknya secara eksklusif tanpa suplemen lain (terutamanya susu formula)
Secara keseluruhannya, artikel ini ditulis bagi menjelaskan kedua dua inisiatif di atas.

Kenapa Mahu Relaktasi
Relaktasi tidak mudah.Walaubagaimanapun hampir 75% peratus ibu yang mencuba relaktasi mendapati ianyanya adalah pengalaman yang positif (samada berjaya eksklusif ataupun tidak). Secara keseluruhannya, relaktasi lebih mudah dijayakan sekiranya fokus ibu ialah kepuasan menyusukan anak sendiri dan mengetahui yang anaknya menerima khasiat susu ibu berbanding kemahuan ibu untuk menghasilkan susu yang banyak.

Umur Bayi
Semakin muda bayi itu, semakin mudah proses relaktasi berlaku. Ini adalah kerana bayi perlu menghisap secara terus daripada payudara ibu sebagai syarat utama untuk penghasilan susu.
• Bayi di bawah 3 bulan lebih mudah untuk dipujuk untuk menyambung penyusuan
• Bayi di atas 6 bulan agak sukar untuk dipujuk
• Bayi yang pernah menyusu susu ibu sebelum ini lebih mudah dipujuk berikutan applikasi penyusuan daripada susu ibu dan botol adalah berbeza

Berapa Lama Ianya Akan Berhasil?
Sebaik baiknya luangkan masa 2 minggu bersama bayi sepanjang proses relaktasi.  Sebagai anggaran, jumlah masa yang akan diambil untuk memulakan semula penyusuan secara eksklusif ialah sama dengan masa yang telah diambil semasa penyusuan terhenti. Ramai daripada ibu yang relaktasi mengambil masa kurang daripada sebulan untuk mengembalikan bekalan susu mereka.

Dalam kes saya, saya mengambil masa 2 minggu untuk memastikan saya menyediakan susu yang cukup untuk bekal bayi selama saya bekerja(18 oz untuk 10 jam) tanpa perlu ‘backup’ dengan susu formula.

Bagaimana Harus Saya Memulakannya?
• Dapatkan panduan daripada Kaunselor Laktasi yang bertauliah untuk sebarang konsultasi samada ibu dan bayi mengalami masalah lain (seperti keliru puting) bagi membantu proses relaktasi yang lancar
• Dapatkan pam elektrik yang berstandard hospital yang membolehkan pengepaman serentak untuk ibu mengepam 8 ke 12 kali sehari. Ianya penting untuk mengelakkan kes seperti puting luka.
• Banyakkan sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi
• Tawarkan (offer) payudara dengan cara menggeselkan puting di pipi bayi selang 2 jam sekali
• Beri bayi menghisap secara terus selama 20 minit atau lebih pada satu payudara
• Tawarkan (offer)payudara sebelah lagi sekiranya bayi masih mahu menyusu
• Pam kedua dua belah payudara selama 20 minit selepas menyusukan bayi
(Nota: Prinsip penyusuan susu ibu ialah susu akan makin bertambah sekiranya payudara dikosongkan dengan berkesan)
• Ibu digalakkan mengepam 20 minit pada waktu malam (12 pagi – 6 pagi) selepas menyusukan bayi dimana produksi susu agak tinggi pada waktu itu
• Sekiranya bayi terlalu marah dengan pengeluaran susu yang lambat, berikannya 1 oz susu formula di dalam cawan kecil (untuk alas perut), dan cuba sambung dengan menawarkan payudara semula.
• Elakkan penggunaan puting palsu(pacifier) mahupun botol. Kerana payudara ibu memerlukan stimulasi yang secukupnya daripada bayi.
• Panduan : Sepanjang 2 minggu bersama bayi, susukannya secara terus di samping mengepam dimana susu yang dipam akan dibekukan sebagai stok semasa ibu memulakan bekerja nanti.
• Anggaran susu perahan yang perlu ditinggalkan : 10 jam = 12 oz – 18 oz (kuantiti mungkin berubah mengikut usia bayi dan masa meninggalkan bayi)

Pengamalan Kangaroo Care semasa proses relaktasi
• Bayi hanya dipakaikan lampin untuk memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan ibu di mana ibu juga berkeadaan bare chest
• Ibu mendukung bayi sebanyak mungkin (semasa menonton televisyen, membaca majalah mahupun tidur)
• Bagi membantu, bayi boleh dibawa didalam sehelai kain seperti pouch atau kain batik
• Tiada had waktu maksima untuk kangaroo care
• Selain daripada kebaikan kangaroo care seperti menstabilkan pernafasan, denyutan jantung dan suhu bayi, cara ini juga dapat menserasikan bayi dengan bau ibunya.
• Kangaroo care adalah ‘easy-access’ bayi kepada susu ibu dimana secara tidak langsung akan meningkatkan produksi susu ibu.

Bagaimana Ibu Mengekalkan Produksi Susu Selepas Mula Bekerja?
• Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) semasa di ofis
• Sentiasa bertenang
• Mengamalkan cara pemakanan yang sihat
• Minum 8 gelas air sehari

Indikasi Cukupkah Susu Ibu?
Susu yang terhasil akan bergantung kepada :
• Keberkesanan penyusuan bayi tersebut seperti lekapan (latch-on) yang betul, masa yang diluangkan untuk setiap sesi, dan adakah bayi menolak mana mana sesi penyusuan
• Kekerapan stimulasi terhadap payudara ibu. Stimulasi dari pam membantu dalam peningkatan penghasilan susu walaubagaimanapun penyusuan terus daripada bayi lebih berkesan.
• Respon fizikal ibu terhadap stimulasi. Setiap ibu mempunyai kadar respon penghasilan susu yang berbeza beza walaubagaimanapun prinsip penghasilan susu tetap sama iaitu ‘supply and demand’
• Simpan rekod susu formula dan susu ibu yang diberikan sepanjang minggu dimana pemberian susu formula dikurangkan sedikit demi sedikit hari demi hari.
• Bayi yang mendapat cukup susu akan mempunyai sekurang kurangnya 6 lampin basah sehari.
• Najis bayi akan semakin cair, berwarna kuning cair dan semakin kurang berbau berkadaran dengan pertambahan jumlah susu ibu yang diminumnya.
• Berat dan panjang bayi stabil pada setiap kali lawatan klinik.

Alternatif lain?
Terdapat beberapa cara yang dipercayai boleh menambahkan produksi susu ibu. Walaubagaimanapun, suplemen suplemen ini hanya berkesan dengan penyusuan secara langsung dan pengepaman yang berkesan.
• Makanan penambah susu seperti pegaga, jantung pisang, lobak putih, oat, minuman horlicks.
• Suplemen herba seperti halba
• Perubatan moden seperti pil Domperidone dan Mortilium dibawah preskripsi doktor
• Penggunaan supplement nursing system (SNS) dimana susu formula dimasukkan dan tiub dilekatkan pada payudara ibu.
* Bagi ibu-ibu yang mahu mulakan proses relaktasi dengan menggunakan kaedah yang tidak memberi kesan negatif, anda boleh mencuba Set B dan juga  Energizing Soy Protein. Di dalam set B juga kami menyediakan alfafa di mana ia membantu untuk perbanyakkan susu di samping ESP..
Happy Breastfeeding..
credit to blog Puan Suraya, LC  

Friday, February 18, 2011

Hypersimulation dan Power Pumping

Assalamulaikum

Saya nak nak terangkan mengenai power-pumping @ hypersimulation ni..Merupakan kaedah yang bagus untuk ibu-ibu yang mengalami pengurangan susu..

Hyperstimulation dan power-pumping sebenarnya adalah satu kaedah atau teknik yang intensif untuk mempercepatkan proses pengeluaran susu.  Ramai ibu-ibu baru kurang faham apakah power-pumping sebenarnya. Daripada beberapa pembacaan aku dan juga pengalaman aku sendiri ia adalah di mana kita mengepam kedua-dua payudara serentak atau dipanggil kaedah double-pumping selama 60 minit. Caranya ialah 10 minit mengepam-10 minit berehat-10 minit mengepam-10 minit berehat dan dilakukan selama 60  minit.  Kaedah ini sangatlah aku sarankan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah susu sedikit, di datangi period, apabila bayi menghadapi growth spurt (beralih bulan di mana bayi akan consume lebih banyak dari biasa) dan boleh buat seminggu sekali dan jika ada banyak masa lapang boleh buat hari-hari.  Sebaiknya lakukan di waktu malam kerana ketika itu hormon prolaktin kita sangatlah tinggi dan kandungan susu kita pada waktu 12 tengah malam- 6 pagi (kalau rajin buatlah solat sunat minta dimurahkan rezeki alang-alang dah bangun tengah malam kan) sangatlah berlemak dan penuh berkrim. Susu kita pada waktu itulah yang selalunya mempengaruhi kenaikan berat badan anak kita(sebab itu kita sarankan makan vitamin di waktu malam di mana ibu akan perasan susu akan pekat dan banyak, Insyaallah disebabkan pengambilan alfafa).

Bagi ibu-ibu baru kena faham konsep power-pumping ini di mana apa yang kita pam hasilnya kita tidak akan nampak masa itu juga. Sekurang-kurangnya kita akan nampak pertambahannya dalam masa seminggu 2 dengan syarat kena sabar, konsisten dan istiqamah di mana prinsipnya juga sama seperti pengambilan suplemen.  Perlu banyakkan rangsangan seperti kekerapan mengepam 3 jam sekali ataupun banyakkan direct feeding. Ada juga di antara ibu-ibu kurang minum air masak tapi mahukan output susu yang banyak. Kena ada keseimbangan keduanya, banyakkan minum air masak at least 3 liter, jadual mengepam 3 jam sekali dan bykkan direct feeding serta jangan lupa berdoa agar dipermudahkan perjalanan penyusuan. Setiap apa yang kita lakukan perlu displin, sabar dan istiqamah.  Jangan mengharapkan susu akan keluar memancut-mancut jika ibu sendiri tidak ada usaha untuk perbanyakkan susu.

Happy Breastfeeding..