Wednesday, January 7, 2009

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Memandangkan Hari Asyura jatuh pada hari ini..iaitu 7 Jan 2009 (Rabu) bersamaan dengan 10 Muharam 1430H...disini aku copy + paste dari email yang aku terima..so bace la ek..

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan Marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / Mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap2 rambut yang disapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti2 dari kecil hingga mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala"

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Surah Al-Ikhlas seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala".
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca surah Al-Ikhlas 11 kali

12. Membaca
"hasbiyallahhu wa ni'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun itu.

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

14. Puasa
Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala"
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada Neraka.

No comments: