Wednesday, September 16, 2009

Tiada tol raya di LPT, Lebuh Raya KL-Karak

Tiada tol raya di LPT, Lebuh Raya KL-Karak

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma iaitu antara tengah malam dan pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.

Apa yang menarik, laluan percuma itu terbuka kepada semua kelas kenderaan dan seterusnya menjimatkan sehingga RM8 bagi pengguna Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur manakala di LPT sebanyak RM29 satu perjalanan.

Inilah kali pertama sebuah syarikat konsesi lebuh raya memberikan tol percuma kepada pengguna lebuh raya. Baru-baru ini PLUS memberikan diskaun hingga 20 peratus kepada pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan semasa musim perayaan kali ini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, pengecualian pembayaran tol adalah sebagai hadiah dan terima kasih MTD selaku pemegang konsesi kepada pengguna lebuh raya itu sempena hari raya.

"Keputusan ini diambil dengan rasa penuh tanggungjawab untuk membantu mengurangkan beban semua rakyat Malaysia terutama pengguna Lebuh Raya Pantai Timur yang pulang berhari raya ke kampung halaman mereka.

**Kosmo Online..

Berdasarkan kepada keratan akhbar diatas, kesimpulannya jalan akan menjadi lebih sesak sebab semua org berlumba² nak dapatkan TOL PERCUMA..kalau tak percaya, anda bolehlaj rancang perjalanan anda pada 18hb dan 24hb ini..STK..

3 comments:

PuaN su SU said...

yg adooo kan akak...free time 12-5am..cam no..
tak larat nak blik malam nie

mRsauRa said...

hehehe...apapon berhati2 di jalan raya yer...slamat ari raya!

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

takan sesak pada masa tu coz tak ramai org berani balik malam malam kat jln tu coz " berhantau" hehehehe