Friday, March 26, 2010

Menyusu anak lebih 2 tahun

Salam
Tadi baca Utusan Malaysia
Mengenai topik Menyusu anak lebih 2 tahun
Dalam sesi soal jawab Bicara Agama
Kat bawah ni bicaranya :-
Soalan:
APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
Jawapan:
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.
Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.
Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.
Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
*** ihsan UTUSAN MALAYSIA

8 comments:

saveme_zero said...

good info..TQ

Siti said...

thanks zimah fot the info...
baby kalau dah biasa menetek..mesti nak lekat jer kan..susah gak nak lepas tu.

Mek Rose said...

nice one..thanx zimah..:-)

Azrina said...

good info zimah.
Tadi pi klinik marisa dptkan motilium ingat nak call zimah tapi prepaid takdak.

Zimah said...

sharing is caring

along : nape x jerit je tadi..hehe..mesti i dgr u..

Mama Rizqullah said...

Info yang sangat berguna bagi ibu2 yang BF anak..thanks...

~aSHa~ said...

bagus gak info last tu...menjarakkan anak secara semula jadi..harus aku bagi pada kawan aku ni..ehehhee

Zimah said...

maslina : sekadar berkongsi ilmu..

zidah : tu la psal..hehe..secara semula jadi..