Tuesday, June 21, 2011

Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?

Assalamulaikum

Rata-rata ada lagi segelintir ibu baru, ibu muda, ibu yang dah beranak 2 masih tidak tau kepentingan dan faedah mengapa perlu bagi anak menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan sebelum memperkenalkan solid food..mengikut Polisi Penyusan Susu Ibu Malaysia

" Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun..Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan..Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi hanya diberi susu ibu sahaja, tidak perlu air masak atau susu tambahan dan tidak perlu makanan pelengkap.."

Terdapat banyak faedah menyusukan anak dengan susu ibu :-

Faedah Untuk Bayi 
- mengandungi bahan pencegah penyakit iaitu antibodi
- mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
- mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-cirit serta penyakit saluran penafasan
- mengurangkan risiko kepada alahan
- perkembangan daya intelek yang lebih baik (menurut kajian IQ anak yang menyusu ibu lebih tinggi)
- kurang masalah pergigian dan ortodontik
- mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
- menggalakkan tumbesaran
- penghadaman yang mudah dimana susu ibu cepat hadam

Faedah Untuk Ibu
- membantu mengacutkan raham dan mengurangkan pendarahan
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- menjimatkan masa dan wang
- mudah dan tidak perlu persediaan

Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Eksklusif)
- tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
- tidak memberi puting tiruan kepada bayi 
- berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
- antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit kepada bayi
- mengurangkan alahan
- menjaga kesihatan bayi dan ibu
- mengelakkan bengkak payudara
- mengeratkan kasih sayang (bonding)

Susu ibu adalah makanan TERBAIK bayi bagi...so jangan ragu-ragu untuk menyusukan bayi..bayi berhak mendapat cairan EMAS ciptaan ALLAH yang dianugerahkan kepada ibu..

ihsan goggle
petikan artikel dari Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya

2 comments:

~aSHa~ said...

ada button like tak?

Zimah said...

zidah..aku xde buat button like..hehe..