Wednesday, June 22, 2011

Terlekat Tulang Ikan?

Assalamulaikum

Adam suka makan laksam...semalam gi Pasar Tani P2 ni, pastu belikan laksam untuk Adam sebekas..dia memang boleh abiskan sebekas tu tau..semalam suapkan dia makan..memang berselera..lepas tu Ayah dia take over plak sementara saya nak makan..tup tup tengah makan terbatuk-batuk..Ayah kasi minum air, then still batuk-batuk lagi..muka dia macam merah-merah dah gitu..Sah! memang tercekik ni..Ayah panik kot, tak tau nak buat apa..bawak masuk bilik air, korek tekak dia..ada tulang terlekat..tapi xbleh nak amik..then korek kali ke2..tu pun jenuh nak bagi Adam buka mulut..meraung-raung dan meronta-ronta..Saya minta Ayah pegang kaki tangan..pastu saya pegang kepala dan bukakan mulut dia..kasi korek! Haa kau, 1cm gak panjang tulang tu..tulang halus tu..maybe tak hancur masa nak blend isi ikan nak wat kuah laksam..Lepas tu, bleh plak Adam lari-lari keliling rumah dengan gembira..anak oh anak..macam-macam la kamu..saya pun sambung makan..haha..

Aci Tak?

Assalamulaikum..

Aci tak kalo saya nak simpan je 3 botol stok EBM dalam freezer tu..rasa sayang plak nak guna bagi Adam..stok tu dah nak expired bln Julai ni..masa tu simpan sbb nak ajar Adam minum susu tepung..tu yang tak guna..pastu rasa sayang plak..nak simpan buat kenangan bleh? nak simpan buat penguat semangat untuk baby akan datang..hoho..teruk kejam mak macam ni kan?? Bagi pendapat sket rakan-rakan..

Sekian, terima kasih..

Tuesday, June 21, 2011

Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?

Assalamulaikum

Rata-rata ada lagi segelintir ibu baru, ibu muda, ibu yang dah beranak 2 masih tidak tau kepentingan dan faedah mengapa perlu bagi anak menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan sebelum memperkenalkan solid food..mengikut Polisi Penyusan Susu Ibu Malaysia

" Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun..Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan..Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi hanya diberi susu ibu sahaja, tidak perlu air masak atau susu tambahan dan tidak perlu makanan pelengkap.."

Terdapat banyak faedah menyusukan anak dengan susu ibu :-

Faedah Untuk Bayi 
- mengandungi bahan pencegah penyakit iaitu antibodi
- mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
- mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-cirit serta penyakit saluran penafasan
- mengurangkan risiko kepada alahan
- perkembangan daya intelek yang lebih baik (menurut kajian IQ anak yang menyusu ibu lebih tinggi)
- kurang masalah pergigian dan ortodontik
- mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak
- menggalakkan tumbesaran
- penghadaman yang mudah dimana susu ibu cepat hadam

Faedah Untuk Ibu
- membantu mengacutkan raham dan mengurangkan pendarahan
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- menjimatkan masa dan wang
- mudah dan tidak perlu persediaan

Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Eksklusif)
- tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
- tidak memberi puting tiruan kepada bayi 
- berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
- antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit kepada bayi
- mengurangkan alahan
- menjaga kesihatan bayi dan ibu
- mengelakkan bengkak payudara
- mengeratkan kasih sayang (bonding)

Susu ibu adalah makanan TERBAIK bayi bagi...so jangan ragu-ragu untuk menyusukan bayi..bayi berhak mendapat cairan EMAS ciptaan ALLAH yang dianugerahkan kepada ibu..

ihsan goggle
petikan artikel dari Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya

Thursday, June 16, 2011

Nora Elena : Final Episod

Assalamulaikum..



Tepat kul 7 kang, mesti semua peminat drama bersiri Nora Elena ni terpacak depan tv..hari ni last episot beb! mesti semua orang tak sabar nak tgk kesudahannya? Apakah pengakhirannya?? Adalah happy ending? Ikut novel Kasih Yang Suci..happy ending? tapi tak tau la kan kalau ada kejutan dari pihak penerbit..kalau laa tak happy ending..mesti ada peminat tegar yang mengeluh, marah, geram sebab ending bkn seperti yang diharap-harapkan..so kita tunggu jam 7 nanti..

Mesti ramai balik on time hari ni..mana yang ada keja tu..cepat-cepat siapkan..hari ni masuk asar je terus solat siap-siap kat opis..kang balik mau berdezup masak..** ni tujukan khas untuk saya la..hehe..amik anak kang xde sembang-sembang ngan pengasuh lama-lama..amik terus capai beg anak..terus balik..laju-laju ni..penangan Nora Elena punya pasal..padahal kalau terlepas pun bleh tgk kat tonton.my..tapi, perasaan teruja tu tak sama..nak gak jadi tengok kesudahannya..nak jadi orang pertama update status kat FB masing-masing tiap sceen yang terjadi..** saya la ni..hehe..x sabar ni..cepatlah kul 5..nak ready masak, mandi pastu ngadap tv..xbleh miss ni..

Wednesday, June 15, 2011

Peminat Setia Upin & Ipin

Assalamulaikum

Selok ah sokmo...hari-hari nok pakey baju upin & ipin...die hard fan betul..semalam gi paso tani P2 ni jumpa la baju upin & ipin ni..comel je gambo kat baju tu..rege dalam RM25..indonesia mari..so ok la kan..sekarang ni reti doh minta baju fav..xmo dah mama tentukan..nak pakai baju kesukaan, pakai kasut fav..macam-macam lagi ah..bangun pagi je..asal celik je mata..'Mama nak tgk pipin..' maksudnya nak tgk upin ipin..tgk la aksi ngn baju upin ipin ni..

 peace yawwww..

pon pon..