Thursday, December 30, 2010

ALLAH Bagi Saya Peringatan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur..sakit kepala saya dah hilang serta merta.tiada lagi menderita sakit setiap pagi..tak perlu la nak makan dadah-dadah tu semua..Syukur sangat..Sakit ni hilang selepas saya membayar zakat..Saya cerita ni bukan nak riak..bukan nak mendebik dada..tapi peringatan untuk diri sendiri..kekadang kita lupa dan alpa dengan tuntutan yang memang kita kena buat..kiranya WAJIB la kan..bukan kena bayar banyak-banyak pun macam income tax..hanya 2.5% je dari apa yang kita dapat..Zakat itu mensucikan harta..Sebelum ni memang saya tidak pernah berzakat..betapa jahilnya saya..Ya ALLAH, hambaMU ini alpa..rupa-rupanya tidak semestinya kita mempunyai duit yang banyak baru boleh berzakat..dengan rezeki yang ciput ni pun kita masih boleh berzakat..Ketika itu saya memang jahil sangat..tapi dengan peringatan itu membuatkan saya membuka mata dan hati kepentingan berzakat..Mari saya sharekan mengenai zakat..

Pengertian Berzakat :

Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golonggan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. 

Dalil Yang Mewajibkan Mengeluarkan Zakat

Ibadat Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Dalil Wajib ini antaranya berdasarkan firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

"Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan ruku'lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang ruku'."
An-Nur: Ayat 56

Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta seseorang. Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud :

"Ambilah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak yang buruk)."
At-Taubah : Ayat 103

Pengertian 'menyucikan' bermaksud membuang sifar kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat menyucikan diri dari iri hati, dengki serta menaruh perasaan dendam terhadap orang yang kaya.

Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta ataupun pendapatan seseorang. Ini diperjelaskan lagi dalam firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

"Dan pada harta-hata mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari meminta."
Adz-Zaariat : Ayat 19

Dalam ayat yang lain, firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami kelurkan dari bumi.."
Al-Baqarah : Ayat 267

Oleh yang demikian, kewajiban menunaikan zakat menjadi tanggungjawab setiap orang Islam apabila cukup syarat-syarat wajib zakat.

Syarat-syarat Wajib Zakat
1. Islam - dikenakan hanya ke atas orang Islam

2. Merdeka - orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tetap dikenakan sebagai salah satu syarat wajib

3. Sempurna Milik - harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang

4. Cukup Nisab - paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.

5. Cukup Haul - genap setahun harta itu disimpan.

6. Niat berniaga - untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja).

Jenis Harta Yang Dikenakan Zakat
1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP / LTAT
7. Perniagaan

Zakat tidak dikenakan atas harta-harta tetap seperti bangunan, rumah dan tanah kecuali diperniagaan atau mendatangkan hasil melalui sewaan.

Kadar zakat - 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.

Ganjaran Berzakat
Firman ALLAH S.W.T melalui ayat berikut yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh mengerjakan sembahyang dan mengelurkan zakat, mereka beroleh pahapa disisi Tuhan mereka, tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
Al-Baqarah : Ayat 277

Dalam ayat yang lain firmanNya yang bermaksud :

"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH ialah sama seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan ALLAH amat luas kurniaanNya bagi meliputi ilmu pengetahuanNya."
Al-Baqarah : Ayat 261

Oleh itu, kita memang dituntut untuk menunaikan zakat. Kita boleh berhabis duit semata-mata nak beli make-up, beg tangan, kasut, baju-baju cantik, make-up kereta, henpon baru dan lain-lain. Tapi kenapa kita liat nak bayar zakat hanya 2.5% dari apa yang kita ada? Fikir-fikirkan lah dan Selamat Beramal..

Thursday, December 23, 2010

Cluster Headache II

Assalamulaikum 

Tadi pagi saya ke klinik..dah tak tertahan sakit kepala..sebelum ni memang saya tahan je..ni dah tak boleh dibiarkan..dah dekat 3 minggu sakit kepala..rasa sakit tu macam nak hentak-hentak je kepala kat dinding..sakit tu tak lama, dalam 1-2 jam je..lepas tu dah ok..sakit hanya dibelah kanan mata membawa ke dahi..tang tu je sakitnya..saya dah terangkan kat doktor dan cerita serba sedikit mengenai cluster headache ni..Saya bertanya dengan doktor,apakah penyebabnya..Adakah disebabkan pengambilan supplement? Tapi doktor kata bukan..supplement tidak menyebabkan sakit kepala..malah bagus mengamalkan supplement ini katanya..Saya terangkan supplement apa yang diambil dan doktor katakan B Kompleks itu memang bagus! wink wink wink ;)

Mari saya terangkan pasal cluster headace ni..

Cluster headache, nicknamed "suicide headache", is a neurological disease that involves, as its most prominent feature, an immense degree of pain. "Cluster" refers to the tendency of these headaches to occur periodically, with active periods interrupted by spontaneous remissions. The cause of the disease is currently unknown. It affects approximately 0.1% of the population, and men are more commonly affected than women.


Cluster headaches are excruciating unilateral headaches[1] of extreme intensity.[2] The duration of the common attack ranges from as short as 15 minutes to three hours or more. The onset of an attack is rapid, and most often without the preliminary signs that are characteristic of a migraine. However, some sufferers report preliminary sensations of pain in the general area of attack, often referred to as "shadows", that may warn them an attack is lurking or imminent. Though the headaches are almost exclusively unilateral, there are some documented as cases of "side-shifting" between cluster periods, or, even rarer, simultaneously (within the same cluster period) bilateral headache.[3] Trigeminal neuralgia can also bring on headaches with similar qualities. However, with trigeminal neuralgia the pain is mostly located around the "cheek" area and is described as being more lance-like in quality.
Oh, sungguh sengsara kalau sakit ni menyerang..memang rasa nak hiris-hiris je kepala ni..teramat sakit yang mencengkam..tak buat keja pun tak berdaya..kalau baring pun sakit juga..Memang mencabar betul laa..Doktor ada terangkan puncanya..mungkin angin yang terdapat di dalam perut telah memenuhi rongga tulang di bahagian mata dan atas dahi..Punca sebenar tidak diketahui dan tiada jalan penyelesaian kecuali surgery or makan ubat sahaja..Jenuh la nak makan ubat setiap hari..Nanti bergaduh pula ubat dengan vitamin di dalam badan..hahaha..Doktor sarankan ambil ubat-ubatan dan tengok dalam 10 hari ni..Kalau masih berulang sakit kepala..tindakan susulan akan diambil..Refer to Pakar, buat MRI dan sebagainya..Oh, tidak..Dugaan yang ALLAH bagi kepada saya..

3 jenis ubat doktor bagi..atau lebih kejam lagi..dadah..

Doktor minta start diet dan makan dengan kerap..6 kali sehari..waaa, skrg ni saya just makan 3 kali sekali heavy meal..kudap-kudapan tu jarang la..huhue..tak nak bagi perut kosong sangat kata nya..takut nanti makin banyak asid dalam perut terkumpul pastu jadi angin dan menyebabkan sakit kepala..

Bila fikir-fikir balik, ALLAH nak bagi peringatan kepada saya..tu le pasal saya sakit..Mesti ada kekurangan kat memana dalam kehidupan saya..Peringatan itu menandakan ALLAH menyayangi saya..ALLAH masih ingat saya...Oleh itu, bersangka baik la kepada setiap apa jua dugaan yang menimpa..Mungkin ALLAH nak bagi rezeki yang besar kepada saya..sebelum tu ALLAH duga saya dulu..

ni la drugs yang kena saya makan..kena habiskan..hoho..

Sunday, December 19, 2010

Lipstik Body Shop Free..Sapa cepat dia dapat..

Assalamulaikum

Saya nak bagi free je lipstik body shop ni..baru lagi beli..baru pakai dalam 3-4 kali..tak sesuai dengan saya..bibir jadi bengkak dan gatal-gatal..huhue..harga RM45..agak mahal..nak buang sayang..nak simpan kang expired plak..nak jual balik macam tak patut je..sebab dah pakai sket..so, saya nak bagi je kepada sesiapa yang berminat..1st come 1st serve...just tinggalkan komen kat entry ni..nanti saya hantar melalui pos..pos pun saya bayar...

pandangan penuh..

no 14 Pink Ginger..bleh tgk kat sini..PINK GINGER BODY SHOP

Sila tinggalkan nama, alamat dan no telefon anda diruangan komen..Siapa cepat dia dapat ek..Edisi Terhad..

Thursday, December 16, 2010

Headache?

Assalamulaikum

Dah 2 minggu saya rasa sakit kepala yang teramat sangat...nak kata x makan, makan..nak kata kurang minum air, minum..nak kata stress, xde pulak..erm, sakit pada atas kening kanan @ atas mata membawa ke atas sket di dahi...berdenyut-denyut je..officemate kata tu tanda-tanda nak tambah power spek mata..mungkin juga la..sekarang ni saya cuba TIDAK memakai spek mata..ada la rasa kurang sket, tapi still ada rasa sakit-sakit gak..maybe sakit sebab tak bleh fokus nak tgk jauh..ngadap komputer pun rasa berdenyut-denyut je..apa la sebabnya ek..lepas mkn panadol, mmg ok sakitnye..pastu menyerang kembali..sudahnya saya tahan je laa..nanti nak gi check mata..mana tau kot² memang kena tambah power spek..duit lagi..dah la spek yg ada skrg ni baru je ganti dalam bulan Mei hari tu..kalo tak salah la..huhue..parah gini..sethn 2 kali ganti spek mata..sib baik la Encik Abg dah berjanji nak belanja spek baru..yahhhhoooooo..mau pilih yang camne ek?

sakit kepala...

*** note : dah goggle psal sakit kepala ni..nama saintifiknya cluster headache..mmg menyerang sebelah mata je..antara penyebabnya, mungkin bersesuainya dgn saya ialah bright light..confirm masalah rabun ni..huhue..nak tau lebih lanjut..baca kat sini..
http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000786.htm

Tuesday, December 14, 2010

Pengumuman Mengenai Along Azrina @ MamaAna @ Puan Azrina

Assalamualaikum

Untuk perhatian kepada semua rakan-rakan sekalian..
Puan Azrina atau Along Azrina atau MamaAna telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 13 Disember 2010..Oleh itu, beliau akan BERCUTI selama seminggu dari berblog..Kepada sesiapa yang nak datang melawat, boleh la melawat beliau di Tingkat 3, Wad 3B, Katil 13..
Harap Maklum..

Saya Yang Menurut Perintah