Friday, April 15, 2011

MASALAH PENYUSUAN, PEMAKANAN DAN PERAHAN SUSU IBU

Assalamulaikum

Ai nak berkongsi mengenai penyusuan ibu ini..masalah, pemakanan dan perahan susu ibu..harap dapat membantu ibu-ibu yang baru dan juga ibu-ibu yang lama..
 
credit to :   
Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 

Disember 2006
sumber ;  www.mybengkung.com
mamaqaireen 

Masalah Penyusuan Susu ibu
  1. Puting leper atau tenggelam 
    • Bayi masih boleh menyusu walaupun puting leper kerana bayi perlu merangkum areola untuk mendapatkan susu
    • Penyelesaian -perlu yakin tentang kebolehan menyusu
        • Gunakan picagari/pam untuk tarik piuting keluar 
        • Potong hujung picagari sebelah masuk ubat. 
        • Kemudian ambil penekan di bahagian belakang, masukkan penekan tadi dibahagian yang telah dipotong. 
        • Ibu boleh menarik penekan picagari perlahan-lahan secar berterusan tetapi dengan tekanan lembut
  2. Bengkak payudara
    • Berlaku kerana samada bayi tidak menyusu dengan kerap, diberi susu formula atau bayi menghisap dari puting sahaja
    • Penyelesaian 
      • tuam payudara dengan tuala panas
      • perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkannya
      • pastikan bayi menghisap dari aerola
      • susuilah bayi anda kerap
  3. Puting luka
    • Berlaku kerana bayi menghisap dari puting payudara
    • Penyelesaian 
      • pastikan bayi menghisap dari aerola
      • beri bayi hisap dari payudara yang tidak sakit dahulu
      • bila susu mengalir baik, beralihlah ke payudara yang sakit
      • selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke  penjuru mulut bayi
      • alihkan bayi dari puting anda perlahan-lahan
      • sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu anda
      • elakkan penggunaan sabun atau losyen pada puting
Pemakanan Untuk Ibu 
  • perlu ambil makanan seimbang untuk pastikan badan anda mendapat bekalan kalori, protein, vitamin dan mineral secukupnya untuk keperluan diri dan bayi anda
  • amalkan pemakanan yang seimbang berasakan piramid pemakanan
    • banyak sekali ambil dalam bentuk bijirin, 
    • makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
    • makan sederhana nasi
    • makan sedikit 
  • anda digalakan minum 6 ke 8 gelas air sehari. Anda juga boleh menambah  pengambilan air dari sup dan buah-buahan
Memerah susu
 
Tujuan memerah susu ibu
  • membekalkan susu kepada bayi yang terpisah dari ibunya
  • meningkatkan penghasilan susu
  • membekalkan susu kepada bayi yang sakit atau bayi pramtang yang belum bersedia menghisap susu ibu
  • melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat 
  • mengekalkan dan meneruskan penyusuan ibu bagi ibu yang bekerja
Teknik memerah
  • dengan tangan
  • dengan pam tangan
  • dengan pam mesin *** perah setiap payudara 5 ke 10 minit secara bergilir
Penyimpanan susu perahan
  • suhu bilik - 4 ke 8 jam
  • peti sejuk - 48 ke 72 jam
  • pembeku (2 pintu) - 3 bulan
Cara memberi susu perahan
  • susu dari tempat pembeku - letakkan susu beku di rak bawah peti sejuk semalaman
  • rendam bekas berisi susu di dalam bekas yang mengandungi air suam.
  • jangan panaskan dalam ketuhor gelombang mikro atau dia atas api
  • berikan susu kepada bayi menggunakan sudu atau cawan kecil untukelak keliru puting
Penyusuan susu ibu bekerja
  • semasa cuti bersalin, susuilah bayi anda sepenuhnya
  • 2 minggu sebelum bekerja, berlatihlah dengan jadual berikut
Masa
Hari 1-3
Hari 4-6
Hari 7-9
Hari 10-13
Sarapan
EBM
EBM
EBM
EBM
Minum Pagi
SI
EBM
EBM
EBM
Makan tengah hari
SI
SI
EBM
EBM
Minum Petang
SI
SI
SI
EBM

Thursday, April 14, 2011

My New Gajet

Assalamulaikum

Story dah basi..sepatutnye kasi post bln lepas..tapi tu la xde mood nak update sangat..haha..apakah? Just nak share ngn kawan-kawan semua..my new gajet hadiah sempena birthday ai yang ke 30 tahun..hehe..so minta henpon baru la apa lagi from my lovely suami..terima kasih encik ayah..hadiah anniversary nak kamera plak ek..hehe..tgk le enpon ni..bkn riak..nak bg tau je..jeng jeng jeng..

******

****

***

**

*


samsung galaxy ace

Wednesday, April 13, 2011

Happy 23rd Birthday My Sister Mijah

Assalamulaikum


Hari 13 April 2011..Besday Mijah hari ni..pagi tadi lupa nak wish..hahaha..tu la kuar rumah awal sgt kul 6.45pagi..orang bizi nak mandi manda..dia kalut nak gi kelas..tu la sapa suh ulang alik Shah Alam - Putrajaya - Shah Alam..kan dah kena kuar awal pagi..hehe..

Anyway, Happy Birthday yang ke 23..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..Belajar elok-elok nanti dah keja gaji besau blanja gi Langkawi..hahaha..

Friday, April 8, 2011

Fisiologi Penyusuan Susu Ibu

Assalamulaikum

Apa yang ibu-ibu menyusu PERLU @ KENA tau..PENTING!!



PROLAKTIN

• Dihasilkan oleh kelenjar pituitari di otak.

• Berfungsi agar kelenjar payudara menghasilkan susu.

• Sudah mula dihasilkan semasa hamil tetapi susu tidak dihasilkan kerana
dihalang oleh hormon lain.

• Payudara memerlukan beberapa minit semasa penghisapan bayi untuk
hormon ini dikeluarkan.

• Setiap kali penyusuan, kadar prolaktin meningkat hampir 10 kali ganda.

• Penghisapan bayi sangat penting untuk memastikan prolaktin dihasilkan dan susu dikeluarkan oleh alveoli.

• Lebih kerap bayi menghisap – lebih banyak prolaktin – lebih banyak susu.

• Lebih tinggi pada waktu malam.


OKSITOSIN (hormon of love)

• Penting untuk pancutan susu.

• Reseptor oksitosin bertambah 10X ganda semasa hamil.

• Bertindak pada otot yang mengelilingi sel di alveoli lalu menolak susu dari alveoli ke duktus untuk dikeluarkan melalui putIng.

• Boleh menyebabkan ‘rengat’ – kerana pengecutan rahim.

• Hormon-hormon yang dikeluarkan semasa ‘stress’ akan menyebabkan oksitosin dihalang pengeluarannya.

•Susu mengandungi FIL – feedback inhibitor of lactation (faktor menghalang penyusuan)

• Bila payudara dipenuhi susu – FIL akan memperlahankan pengeluaran
susu.

• Bila payudara ‘kosong’ – FIL berkurangan – penghasilan susu lebih cepat.

• Hormon lain yang terlibat – cortisol, insulin, tyroksin.

credit

Wednesday, March 30, 2011

Mama Along dan 2 Anak Daranya..

Assalamulaikum..

Dah lama tak citer pasal perkara yang luar daripada Shaklee kan? Teruk beno tahap kerajinan tuan punya belog ni..ok mari saya ceritakan psal Mama Along dan Anak-Anak Daranya..

Actually Mama Along ini adalah kawan di Susuibu.com..mula-mula kenal Along ni dia reply pasal perihal breastfeeding..lepas tu nak tumpang peti ais rumah dia..sbb umah saya blackout..then gi sesama ke SGM Susuibu kat Tasik Cempaka Bangi..entry boleh tgk kat sini SGM 1 ..tak abis kat situ je..hubungan kami bertambah rapat setelah anak kedua Mama Along iaitu Aisyah menjadi anak susuan saya..masa ni Mama Along kekurangan susu dan stok bekunya mencair..tambahan pula, masa tu Mama Along kena matistis..bengkak susu yang teruk sampaikan kena amik antibotik..so saya menawarkan diri untuk membantu dan membekalkan stok beku EBM kepada Aisyah..kebetulan saya kelebihan susu dan lagi sebulan nak expired..alhamdulillah, Aisyah tidak menolak susu saya..tapi bila jmpa nak kasi direct dia tak nak..malu sket Aisyah ni..sejak hari tu hubungan saya dengan Along bertambah rapat..pulak tu buat biz sesama..Kemana-mana sentiasa bersama..cume lom kesempatan nak ikut dia balik kampung je..bawak Adam berjmpe dengan keluarga di Ijok..

 Anis dan Aisyah..2 beradik yang amat rapat..

Adam, nanti ingat tau..keluarga Mama Along tu sedara kita..Aisyah tu kakak Adam..even lahir pada tahun yang sama..tapi berlainan bulan..Aisyah lahir pada 3 Januari 2009 kalo tak salah..Adam plak 30 Mac 2009..

Minggu lepas Adam asek sebut Mama Along..Mama Along je..rindu kot dah lama tak jmpe Mama Along, Kakak Anis dan Kakak Aisyah..Semlm Mama Along datang rumah..kemain gembira lagi Adam..sampaikan nak minta suap makan ngn Mama Along..mengada-ngada betul..Saya berharap hubungan ini kekal..InsyaALLAH..

 Adam melaram tudung Mama..

Adam memang menyusu ibu..Hari ni genap 2 tahun..saya berkira-kira nak wean off Adam..dia dah besar, dah tidak perlu menyusu badan..tapi boleh teruskan dengan fresh milk @ susu tepung..Mesti ada hikmahnya kenapa penyusuan ibu hanya sampai 2 tahun menurut Islam..tapi kalau Adam ingin menenen malam-malam..kena bagi gak la..kang melalak, x larat nak dengar..dia punya suara memang boleh tahan besarnya..Macam mana la keadaan bile nak wean off nanti..sayu le plak hati..hadoi!!

ini la Mama Along dan 2 Anak Daranya, Anis & Aisyah